Ilham Syahid Support Earth Hour 2020

Ilham Syahid Support Earth Hour 2020 | Assalamu’alaikum. Seperti yang korang tahu, malam tadi seluruh dunia memberi sokongan kepada kempen “Earth Hour” #Connect2Earth. Ummi pun ajaklah The Ilhams ni menyelamatkan bumi, kami berkumpul dalam bilik je.

Abang-abang duduk atas katil, si kecil sorang ni tak reti duduk diam. Dalam gelap pun dia duk merayau. Elok je masa Ummi nak snap gambar dia, dia buat mata ke atas hahaha. Tak ubah macam emoji 🙄🙄🙄🙄🙄🙄

Port paling dia suka.. berdiri tepi air purifier.. kekadang sampai tercabut cover depan tu hahaha..

Nampak tu ada telur atas dahi? Hurmmmm. Ceritanya, jam 9 lebih malam kami baru nak dinner sebab lewat petang kami duk syok makan Popia Cheese Carbonara Mama Cu bagi tambahan Ummi menggoreng kentang goreng untuk anak-anak makan selepas masing-masing penat bertanding dalam “Pertandingan Memanah Anak-anak Nazir” hahaha. Don’t worry diorang masih tak keluar rumah. Hanya di beranda di bawah kawalan Coach Babah.

Ehh belum sampai lagi rupanya cerita dahi bertelur hehe. Ummi ke dapur nak panaskan lauk. Ummi pesan Abang Ilham tengokkan adik. Babah tengah berbual di telefon atas urusan kerja. Rupanya masing-masing khayal. Adik naik atas sofa diorang tak perasan. Sedang elok Ummi keluar dari dapur, Ummi nampak Syahid dah menggelongsir dari kusyen dan tertonggeng ke lantai. Memang Ummi tak sempat nak sambut. Allahu akbar! Nak nangis rasa tengok dahi dah benjol huhuhu. Menangis dia sampai hilang suara. Abang Ilham dah termenung.

Maafkan Ummi Syahid.. Ummi cuai. Ummi dah pesan Abang Ilham. Abang Ilham dah sedih. Abang Syamil buat muka tak bersalah. Dia minta maaf dengan adik. Ummi pesan pada diorang, “kita kan kena jaga Syahid betul-betul.. berdosa tau kalau kita tak jaga dia baik-baik.. Allah marah tau bang..”

Alhamdulillah Babah tuam dengan ais, turunlah sikit benjolnya tu. Tapi budak special sorang ni tetap aktif. Dah mengantuk sebenarnya dia tu. Masih nak main-main. Sudahnya habis sebotol susu baru dia tidur. Harap tak ada yang memudaratkan di musim berkurung ni dik. Ummi minta maaf tau!

 236 total views,  1 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!