Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Untuk Kanak-kanak 2 hingga 4 Tahun

Early Child Education Products Review

Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Untuk Kanak-kanak 2 hingga 4 Tahun | Assalamu’alaikum. Kali ni Ummi nak share buku terbaru yang Ummi belikan untuk Abang Syamil. Almaklumlah Abang Syamil kan baru je bersekolah tahun ni. Nak menarik minat dia, Ummi belikan la segala macam buku yang boleh menaikkan semangat dia ke sekolah. Buku 125 Latihan Kawalan Pensel ni sebenarnya sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun. Abang Syamil dah terlajak sikit je baru masuk 5 tahun hehe. Kira sesuai lagi la tu nak bagi dia fokus mengawal pensel.

Serius sangat muka tu hahaha.

Ada contoh kawalan pensel mengikut umur. Ok start latihan 1.. level paling mudah. Pegang pensel dengan betul, ikut garisan yang disediakan.

Dari yang mudah, hinggalah yang agak sukar. Warna-warni bukunya menarik minat kanak-kanak.

Gigih Abang Syamil buat latihan. Buku baru memang excited hehe. So far Ummi tengok cara dia pegang pensel memang betul. Berbeza dengan Abang Ilham yang kidal tu. Sebelum ni masa kecil Abang Syamil pun kidal, tapi lama kelamaan dia sendiri tukar tangan kanan hehe.

? Buku 125 Latihan Kawalan Pensel ?

Apa lagi kelebihan buku Buku 125 Latihan Kawalan Pensil oleh Dr. Mahani Razali ni?

Buku ini dihasilkan khusus bagi membantu kanak-kanak mempunyai supaya kemahiran mengawal pegangan pensil. Bagaimana buku ini boleh bantu anak-anak berlatih menulis?

Okay, jom baca details kat bawah ni⬇

❤ Buku ini disusun secara bertahap mula dengan aktiviti yang paling mudah sehingga aktiviti yang lebih sukar

❤ Sebagai permulaan aktiviti untuk membantu kanak-kanak membina keyakinan diri untuk pegang pensil dengan betul

❤ Aktiviti ini membantu anak anak membina kemahiran motor kecil iaitu kemahiran yang sangat diperlukan untuk anak-anak dapat menulis dengan betul

❤ Membantu kanak-kanak menulis secara konsisten dengan cantik walaupun menulis dengan laju.

❤ Yang paling best, grafik berwarna warni dan menarik membuatkan anak-anak tertarik untuk terus melakukan aktiviti kawalan pensil dan seterusnya menulis secara konsisten. Practice Makes Perfect!☺

❤ Bersaiz A4 dan mempunyai 125 muka surat

Bukan Abang Syamil je yang excited ok, Syahid pun sibuk nak tulis. Sabar ya dik, nanti Ummi belikan adik pula ya.

Korang rasa buku ni mahal tak? hehehe. Ya, tak mahal pun ok. Sangat mampu milik.

Hanya RM 18 sahaja!

Korang yang berminat nak hadiahkan atau belikan buku ni untuk anak-anak boleh la ke klik link di bawah ya. My Litto Shop juga membekalkan bahan pendidikan kanak-kanak yang lain.Jadi silalah cuci mata dan poket untuk perkembangan pendidikan awal kanak-kanak ya.

Facebook – My Litto Shop

Berminat klik www.wasap.my/01127390866/125+Latihan+Kawalan+Pensel atau DM Sekarang!

Jom like page HERNEENAZIRDOTCOM

Baca juga: https://herneenazir.com/2014/10/11/cabaran-30-hari-blogging-day-26-kids

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!