Aneka Resepi Masakan Ayam

Recipes

Aneka Resepi Masakan Ayam | Assalamu’alaikum. Kompilasi aneka resepi masakan yang berasaskan ayam untuk rujukan Ummi. Dah nak bulan puasa ni kan. Kena la kumpul idea memasak menu berbuka walaupun belum tentu masak menu tu ekeke. Buku 365 Resepi Ummi pun jadi tukun je, pusing-pusing masak menu yang sama kegemaran anak-anak. Mudah-mudahan Ramadhan akan datang Ummi masih gigih menyediakan menu berbuka puasa except kalau ada jemputan berbuka puasa hehehe.

Jom tengok resepi aneka masakan ayam satu persatu.

RESEPI AYAM LEMON CHINESE STYLE

Bahan-bahan:-
2 dada ayam-bersihkan n keringkan

Bahan perap:-
3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
sedikit pepper
1 biji telur
bahan salut:-campurkan
5 sudu besar tepung
5 sudu besar breadcrumbs

Bahan sos:-
1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya

Cara-cara:-
01. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman. 

02. Salut dengan bahan salut n goreng hingga garing n kekuningan.

03. Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan. 

04. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.

05. Curah atas ayam tadi dan hidangkan.

RESEPI AYAM MASAK HALIA

Bahan-Bahan:

500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa
Cara Penyediaan:

Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus). Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Tips:

Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**

**ditumbuk atau dikisar kering

1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.

2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

3. Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari.

RESEPI AYAM MASAK KICAP

Bahan bahan Masakan:

1 ekor ayam
sebiji ubi kentang
1 biji bawang besar
3 biji cili hidup merah
2 sudu besar cili kisar
Daun saderi diracip
Sedikit Susu F&N pekat manis
Lada Hitam
Rempah penumis (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)

Bahan Untuk Kuah Kicap:
Kicap Pekat Jalen
Kicap manis Jalen
Sos tomato Jalen
Sos tiram Jalen

Bahan bahan untuk dikisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara cara penyediaan :

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan hilang bau cili.

2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati kemudian masukkan 2 gelas air masak.

3. Setelah masakan mendidih, masukkan sedikit susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup tadi. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng bersama kunyit sebelum ini. Kacau beberapa minit dan matikan api. Taburkan daup sup untuk hiasan.

RESEPI AYAM KAM HEONG

Bahan2 :
1/2 ekor ayam di potong kecik atau sederhana – letak garam kunyit ckit dan digoreng separuh masak
2 sudu besar sos tiram
Gula
Garam
Secukup rasa

Bahan tumis :
1 sudu besar udang kering direndam dan ditumbuk kasar
10 ulas bawang putih dipotong dadu kecik2
4 ulas bawang merah dihiris
7 biji cili api dihiris kecik2
2 sudu besar rempah kari daging (dibancuh pekat2 dgn sedikit air)
3 tangkai daun kari

Cara2
1. Mula panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan separuh dari daun kari smpai kekuningan.
2. Masukkan udang kering yg ditumbuk..biar sekejap masukkan rempah kari dan cili api yg dipotong.
3. Biar rempah tumis pecah minyak…kemudian masukkan sos tiram, gula, garam dan secukup rasa. Masukkan air 3 sudu besar.
4. Masukkan ayam yg digoreng separuh masak…Kacau2 kejap pastu masukkan lebihan daun kari td…biar sekejap dan siap..
Kredit: Susilawati abu bakar

RESEPI JUICY ROASTED CHICKEN

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ( dipotong butterfly)
1/2 cawan butter ( nak sedap wajib guna butter?)
5 ulas bawang putih
1 sudu makan black pepper
1 sudu makan rosemary
1 sudu kecil garam
2 biji ubi kentang ( nak guna ubi keledek pun boleh) di belah 4
1 batang carrot ( di potong baji)
1 biji lemon ( dipotong bulat bulat)

Caranya:

Tumbuk bawang putih, black pepper, rosemary, dan garam hingga lumat. Kemudian campurkan bersama mentega. Kacau hingga sebati.

Ayam yang dibelah jadi bentuk butterfly macam dalam video moknik tu, letak dalam dulang pembakar. Koyakkan sikit kulit ayam, dan pisahkan kulit ayam dgn isi guna jari tapi jangan sampai terputus terus dari badan ayam?(tak faham, sila tengok video).

Ambil campuran mentega tadi sumbat ke dalam kulit ayam dan gosok gosokkan dia supaya serata keseluruh badan ayam. Mentega yang selebihnya boleh sapu keseluruh luar kulit ayam. (Tengok video ye?)

Carrot, ubi kentang, dan lemon yang dipotong tadi letakkan dibawah perut ayam. Bila kita bakar ayam nanti, segala rasa ayam tu akan meresap ke dalam sayuran dan rasa manis, masam sayuran tadi pun akan meresap ke dalam isi ayam. Akan menambah kesedapan ayam bakar kita nanti.

Tutup ayam dengan aluminium foil, dan perap ayam sekejap lebih kurang 30minit. Kemudian boleh bakar selama 1 jam dengan suhu 200 darjah Celsius. Selepas bakar setengah jam, buka aluminum foil yang tutup ayam tadi dan teruskan bakar sehingga kulit ayam keemasan.

Siap untuk di hidang bersama black pepper sauce, salad dan smach potato. Resepi untuk black pepper sauce, salad dan smashed potato ada di gambar okey ?

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan:
Ayam 1 ekor
Bahan diblend kasar/ditumbuk
Bawang merah 5 ulas
Cili hidup merah 8 tangkai
Cili padi hijau 15 tangkai(kalau xtahan pedas 7 tangkai pun okey)
Kunyi hidup setengah inci
Bahan lain:
Garam
Santan pekat setengah cawan
Santan cair 1 cawan (guna santan fresh baru sedap tp klau xdan,santan kotak pn xpa)

Cara masak
Tumis bahan yg ditumbuk . Masukkan ayam dan santan cair .kacau dengan api perlahan smpai mendidih. Lepas mendidih masukkan santan pekat….tunggu sampai mendidih lagi sekali. Kacau selalu takut santan pecah….akhir sekali masukkan tomato dn tabur daun kunyit.klau pekat sgt.tambah air ikut selera masing masing

Kredit: mastura mukhtar

RESEPI AYAM MASALA

Sekor ayam potong kecik anggaran 1.8kg
Tumis 3 biji bawang besar yg dimayang
Rempah 4 sekawan, daun kari, jintan manis1sudu, jintan putih 1/2sudu

Kemudian bila dah garing skit masukan tomato cincang
bila dh layu masukan pes halia dan bawang putih..tumis lagi sampai wangi
kemudian masukan 3 sudu rempah kari daging+ 3sudu serbuk cili+ 2sudu serbuk jintan manis+1sudu rempah garam masala..bila rempah dah wangi dan masak,masukan ayam..

masak api perlahan,tambahkan skit sos tomato..perasakan garam dan tabur daun ketumbar..maka bolehlah dimakan bersama sanak saudara handai taulan juga rakan2.

Kredit Abg Apitte

RESEPI AYAM MASAK SERAI ALA THAI

Bahan A

10 ketul bahagian ayam digoreng dgn kunyit n garam
1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
3 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili thai
Sedikit air
Minyak

Bahan B (bahan kisar)

3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai lada merah
2 tangkai lada hijau
3 tangkai cili padi hijau
4 tangkai cili padi merah(kalo suka pedas blh tmbah)
Blend smua bahan diatas dgn sedikit air

Cara memasak

Tumis serai yg dititik sampai naik bau.. Kemudian masukkan hirisan bawang dgn daun limau purut.. Tumis sampai garing.. Dah garing masukkan bahan yg dh diblend kemudian masukkan sos tiram,sos cili,air last sekali masukkan ayam & perasa ikut sesedap rasa.. Siap!
Selamat mencuba ?

Kredit: wirawati negara

RESEPI AYAM RENDANG TOMYAM CILI PADI

Bahan:
Ayam
*15@20 tangkai cilipadi(nk pedas lbhkn lg)
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*2 hiris lengkuas
*1 biji tomato
4 btng serai-ketuk
5@6 helai daun limau purut
1 sudu mkn kerisik
1 kotak kecik santan
2 pkt pes tomyam adabi
1 kpng asam keping
2 sudu mkn kicap
Garam,gula n perasa

Cara:
Mesin bhn bertanda *
Didihkn ayam n bhn mesin dlm kuali
Masukkan serai dan daun limau purut
Masukkan kerisik dan pes tomyam
Masukkan santan,garam,gula n perasa
Masukkan asam keping
Bila dah agak kering..masukkan kicap

credit : Mazliza Ahmad‎

RESEPI AYAM GORENG REMPAH MAMAK

Bahan Bahan :
1 ekor ayam.
6 sudu makan tepung jagung.
6 sudu makan tepung beras.
3 tangkai daun kari.

Bahan untuk dikisar :

6 ulas bawang putih.
2 inci halia.
5 tangkai cili kering.
2 sudu makan rempah kari.
1 biji telur.
Garam secukup rasa.
1 sudu makan serbuk lada sulah.
Cara Memasak :

1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak

Kredit nur leayanna juan

RESEPI SUP MAMAK

Seekor ayam
Sepeket kecil rempah sup( 25gm)
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 buku bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
3 Akar ketumbar ( satu sepanjang 3 inci) jangan ambil yg halus2.
.
Cara-Cara:
Blend semua bahan2, kecuali b.pelaga n b.lawang. tumis hingga naik bau, masukkan ayam. Masukkan kentang carrot n air dan perasakan. Bila semua empuk, masukkan tepung gandum yg dilarut dengan sedikit air. Tambah tepung gandum mengikut kepekatan sesuai selera.
2 sudu besar atau lebih tepung gandum.
(tepung saya tak letak)
Kiub ayam
Garam
Cili diketuk
.
Bahan pelengkap:
Daun ketumbar/ daun sup/ daun bawang
Bawang goreng

RESEPI AYAM PERCIK PANTAI TIMUR

Bahan-Bahan

1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian
Bahan Perap
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
garam secukup rasa

Bahan kuah

10 ulas bawang merah*
2 senduk cili kisar
2 kotak santan pekat
1 batang serai*
1 inci halia*
2 batang serai diketuk
1 sudu kecil halba
garam secukupnya
gula secukupnya
1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara-caranya
Kisar bahan perap tadi sehingga kemudian perap ayam pada bahan tersebut selama 30 minit.
Kemudian bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus @ rebus dahulu sebelum dibakar.

Sementara ayam dibakar siapkan kuah dengan cara kisar semua bertanda * tadi kemudian masak di dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masukkan serai diketuk,halba,santan dan asam keping.

Apabila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.

Kemudian bila ayam sudah nampak garing lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika.

Untuk pastikan kuah meresap ke dalam daging ayam, terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.

Akhir sekali, bila ayam sudah nampak berwarna cantik bolehlah diangkat.

Kredit: hanna Yasmeen

RESEPI CHICKEN MANGO

Bahan2:
Ayam..
Isi ayam bahagian peha/dada
Tepung goreng bestari
Minyak utk menggoreng

Cara2:
Panaskan minyak
Celup isi ayam dalam tepung bestari yg dibancuh dgn air…pastu golekkan atas tepung bestari sekali lg dan goreng hingga kekuningan(deep fry)

Parut mangga muda, carrot dan sedikit bawang besar

Sos
Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Air sikit

Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (buh last sekali)…sukatan agak2 je.

Potong2 ayam gaul dgn mangga parut td…tuang sos atas ayam. Siap!!!

RESEPI SATE AYAM

Bumbu perap sate:
-isi ayam (1/2ekor ayam)
*cili kering*
*1 inci halia*
*4 biji bwg putih*
*1 biji bwg besar*
*3btg serai*
Bhn bertanda * – blender
-1 kiub ayam
– 5 sudu besar madu
– 5 sudu sos tiram
– 5 sudu serbuk lada hitam
-3 sudu bsr gula merah
Gaul semua bhn dlm mangkuk n perap 2 jam.

RESEPI AYAM KUKUS CHINESE STYLE

1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam )
2″ halia dihiris nipis
5 batang daun bawang dipotong panjang
garam secukup rasa

Bahan untuk perap
3 sdb kicap cair
2 sdt minyak bijan
1 sdt lada serbuk hitam
garam secukup rasa.
gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 1 jam

CARA PENYEDIAAN:

Panaskan kukusan pada api besar Susun ayam atas pinggan kukusan Taburkan halia dan daun bawang Kukus sehingga empuk.

RESEPI RENDANG AYAM

Bahan2:

1/ 2 ekor ayam ( dipotong2 )
Bahan kisar
15-18 tangkai cili kering
1 1/ 2 biji bawang besar
6- 7ulas bwg putih
Sebesar ibu jari halia
Sebesar ibu jari lengkuas
3 batang serai
( Kisar semua bhn ni )
1 biji kelapa ( blender dgn 2 1/2 cawan air. .perah ambil santannya)
5 helai daun limau purut ( carik2 )x nak letak pun xpe
2 paket kecil kerisik
2 helai daun kunyit ( hiris )
1 keping asam keping
1 1/2 sdb gula pasir
1/ 2 sdb garam
1 sdt perasa
1 1/2 senduk minyak masak

Caranya

Panaskan minyak. .tumis bahan kisar. .masukkan asam keping. .gula.. tumis hingga betul2 naik minyak. .masukkan kerisik. .daun limau purut dan santan. .bila santan dah mendidih dan mula kering ( sentiasa kacau yer jgn sampai pecah santan)..masukkan ayam.. letak garam dan perasa.. bila ayam da empuk..tabur daun kunyit..bila kuah dah pekat.. sesuaikan rasa.. tutup api.. sedia utk dihidang.

RESEPI AYAM MASAK KICAP MADU

Bahan untuk dikisar
-5 biji bawang besar
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia
-2 biji buah keras
-sedikit cili kering

Bahan utama
-1 ekor ayam(digoreng trlbh dahulu)
-5 batang serai(diketuk)
-3 Beradik(ditumis)
– 100 grm sos cili
-400 grm kicap pekat
-2 sudu cuku/ air asam jawa
-2 sudu madu/gula merah
-cili padi/cili merah(hiasan)
-garam
-1 jug kecil air
-sedikit myk utk tumisan

Cara2:
Tumiskan 3 bradik,masukkn serai ditumis hgga wangi dn masukan bahan yg dikisar.
Dah pecah minyak,masukan kicap,sos,air asam,madu serta masukan ayam yg telah digoreng.
Tambah sedikit air dlm 1 jug kecil biarkan mendidih,agak2 dh nk pekat.
Masukan daun kari,cili padi,cili merah garam dan rasa.

Kredit Resepi : yusra nasi arab via mahn

RESEPI AYAM PAT PET

Bahan2 utk dikisar(manja2)
-5 batang serai
-2 inci kunyit hidup
-4 biji bawang besar
-5 ulas bawang putih
-1 mangkuk kecil cili padi
-5 biji Cili merah

Bahan tambahan..
1 ekor ayam(dipotg kecil2)
1 ikat kacang panjang
3 kpg asam kpg
5 helai daun limau purut
Garam gula (ikut rasa)

Kredit Resepi : yusra nasi arab

RESEPI AYAM MASAK KANDAR

Ayam seekor dipotong ikut suka hehehe (boleh goreng separuh masak or mentah je)

Bahan A
*Jintan Manis 2 sdu mkn
*Jintan putih 1/2 sdu mkn
*Bawang Holland sebiji potong 4
*5-6 ulas bawang putih
*2 inci halia
*12 tgkai cili kering
* Goreng terlebih dulu kemudian blend dgn minyak

Bahan B
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
3 sdu mkn Serbuk kari
1/2 sdu mkn Serbuk kurma
Tumis kesemua bahan B sampai naik bau n serbuk kari kurma pecah minyak. Masukkan bahan A

Masak dlm 10 min
Masukkan kicap manis
Masukkan ayam
Perasakan dgn gula garam
Masukkan bawang Holland di potong bulat n cili hijau n daun kari (terlupa nak masukkan)

Kredit Resepi : Yasreen Balqish Al-Idrus‎ (Mahn via Koleksi Resepi Masakan Ayam)

RESEPI AYAM BLACKPEPPER

Cubalah, senang je.
.
Bahan2
Peha ayam 2
Bawang merah 3-4 biji *
Bawang putih 3 biji *
Halia 1 inci*
Sos Tiram 1 1/2 sudu*
Sos lada hitam 1 sudu*
Garam*
Lada hitam 1 sudu*
* blend
.
Perap ayam 1 jam
Bakar ayam 180•c
Dalam 45 minit
.
Isi kentang kalau suka
Sedikit butter sikit2 kat atas

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan2nya.
500gm potongan ayam dirempahkan dengan serbuk kunyit, cili kisar & garam dan digorengkan, kemudian ditepikan.

12 biji gajus di goreng dan ditumbuk halus
1 biji bawang besar kunning dihiris
1 tangkai daun ketumbar dipotong kasar, akarnya ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 inch halia ditumbuk halus
3 sudu cili kisar
2 sudu besar serbuk rempah ‘masak merah’ (kalau ada)
10 biji buah tomato ceri
1 batang rempah kayu manis
4 biji rempah buah pelaga
1 batang serai dititik
1 tin sederhana tomato puri
2 sudu besar bawang goreng
Air setengah cawan
Garam & gula secukup rasa.
Minyak masak untuk menumis & goreng ayam.

Cara2nya
Ayam digoreng dengan kunyit & garam, kemudian ditepikan. Panaskan minyak di periuk, masukan bahan2 di hiris, serai yang dititik. Bila rencah bangkit harum nya letakan cili kisar, tomato ceri & tomato puri. Tuangkan sedikit air dan tumis, bila ia mula mendidih, masukkan ayam yang sudah di goreng tadi. Letakkan air sedikit, gaulkan ayam bersama kuah nya supaya sebati. Bubuhkan garam dan gula. Lebihkan gula sedikit atau ikut citarasa anda. Biarkan ayam nya masak dan empuk. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar sebagai khiasan. Sajikan dengan nasi putih, nasi minyak atau nasi berempah yang lain.

RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS DAUN KARI

Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Cili kering blender
Bwg beso (hiris)
Bwg Putih (hiris)
Halia (hiris memanjang)
Cili padi ijau/merah (belah dua)
Daun kari
Air Asam jawa
Kicap
Air ckit utk kuah
Garam (jika perlu SBB dh ada kicap kn..
aji/gula
Bwg beso (hiris bulat)

Ayam (goreng DL tp xyah goreng garing sgt)

*Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga n bahan hiris n daun kari smpai naik bau.. Pastu mskkn cili blender n Tumis smpai garing..

*Dh garing masukkn air Asam jawa ckit, kicap n air.. Biar kuah mendidih dl..

*ble kuah dh mendidih mskkn ayam goreng.. Mskkn garam (jika perlu), aji n gula secukop rs..

*biarkn mendidih lg skali n masukkn bwg hiris bulat n cili padi.. Siap..

Pemilik resepi : Nur Farhana Ismail Ann #MAHN

RESEPI AYAM PERCIK

Bahan bahan:

-Seekor ayam dipotong empat

Bahan-bahan Untuk Perapan:

– 5 ulas bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– Garam

Bahan Untuk Kuah:

– 1.5 inci halia
– 5 tangkai cili kering
– 1 batang serai
– 2 pek santan pekat
– 8 ulas bawang merah
– Cebisan asam keping
– Garam dan gula

Cara-cara penyediaan:
1. Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu untuk cepat masak. Tetapi jangan terlalu lama.
2. Campurkan bahan-bahan perapan dan kisar kesemuanya.
3. Perap kisaran bersama ayam untuk jangka masa 45 minit.
4. Bakar ayam yang telah diperap.
Penyediaan kuah :
1. Kisar kesemua bahan untuk kuah dan tumis dengan api perlahan.
2. Kacau sepanjang masa sehingga kuah menjadi pekat.
3. Perasakan dengan sedikit garam mdah gula.
4. Lumurkan sedikit kuah ke atas ayam yang sedang dibakar.
5. Ulang lumuran berulang kali agar ayam mampu menyerap kuah yang lebih banyak.
6. Dan ayam anda yang siap dibakar sedia dihidangkan.

*boleh bakar guna oven, arang atau kuali ajaib

RESEPI AYAM MASAK ASAM PEDAS

Bahan-bahan:

ayam setengah ekor
lada kering dlm 8biji (rebus jgn lama sangat)
bawang merah besar 1biji
2cubit belacan
3ulas bawang putih
halia seinci
kunyit seinci
pes asam jawa 1sudu
tumix atau cukup rasa 1sudu
asam keping (sekeping)
tomato, kesum, bunga kantan

Cara-cara:

Kisar lada kering, bawang merah, bwg pth, halia, belacan, kunyit smpai betul2 halus

Masuk minyak dlm periuk.minyak dlm 2senduk kecik.tumis bhn kisar sampai naik minyak.petua dari mak sy untk asam pds yg sedap elok jika dtumis lama.kalau kering tmbh air dan biar lagi

Masuk ayam.tambah air,asam jawa

Bila ayam da lembut masuk garam.gula sikit dan tumix, asam keping

Masuk kantan,tomato dan kesum.jgn terlalu lama nanti tomato trlalu lembik.siap

RESEPI AYAM PANGGANG ROSEMARY

Bahan-bahannya:
● 1 ekor ayam
● 5-6 ulas bawang putih
● 1 sudu besar daun rosemary kering
● 1 inci halia
● 1 sudu besar lada hitam
● 1 sudu makan jintan kasar
● 2-3 sudu besar gula perang
● 2 sudu kecil garam
● sedikit perasa / kiub / serbuk pati ayam
● 2 sudu besar jus lemon
● 3 sudu besar minyak zaitun
● 5 biji kentang
● 2 biji tomato
● 6 biji baby carot
● sedikit mentega – untuk sapu atas ayam

Cara-caranya:
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.

2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.

3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.

4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.

5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.

6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam peti sejuk beberapa jam.

7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.

8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

Sumber: denaihati network

RESEPI AYAM GUNTING

Sumber resepi : Mustar Pak via Resepi Mama Ria

Bahan-bahan :

?Dada ayam (Dihiris nipis)
?1 cawan Tepung goreng adabi
?½ cawan serbuk roti (warna putih)
?1 biji telur
?Sedikit serbuk cili
?Sedikit serbuk lada putih
?Minyak masak

Cara-cara :

?1) Cuci & toskan ayam. Satukan serbuk roti & tepung goreng dalam pinggan. Lumurkan ayam dalam adunan tepung kemudian celup ke dalam telur. kemudian sekali lagi gaulkan ayam tadi ke dalam adunan tepung.

?2) Goreng ayam di dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam hingga masak. Angkat & toskan

?3) Taburkan serbuk lada putih berperisa & serbuk cili. Ikut selera masing2 sama ada nak pedas atau tidak.

?4) Akhir sekali gunting ayam ikut kesesuaian anda. Sedia dihidangkan.

RESIPI BUTTERMILK CHICKEN

Isi ayam
Butter
1/2 tin Susu cair
3 ulas Bawang putih
1 ukas bawang merah
Cili api
Tepung jagung
Daun kari secukupnye
Gula dan garam
Tepung utk goreng ayam ala2 kfc.

Sumber : FB Syakira Shah

RESEPI AYAM PERAP BBQ

Bahan-Bahan:
2.5kg Ayam yang telah dipotong
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)

3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar mentega/margerin or minyak
1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih)
garam secukup rasa

Cara2:

1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.

Tambahan:
Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.
Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.
BBQ lebih sedap diperap lebih lama.
Mula2 perap sekurang2nya 3jam dlm suhu bilik, lepas tu masukkan dlm peti sejuk.

RESEPI AYAM PANGGANG MADU

Bahan perap:
– 3ulas bwg putih
– 2btg serai
– 1inci lengkuas
– 4sdb serbuk cili
– Garam secukup rasa
(Blend, perap semalaman)

Bahan glaze:
– 2sdb kicap pkt
– 3sdb sos tiram
– 3 sdb mnyak bijan
– 6sdb madu ( sy pkai madu kelulut sbb rasa msm2 sket..kalo pkai – – madu biasa, anda boleh tmbah 2sdb cuka apple, atau perahan lemon)
– 2titik pewarna merah (jk suka)

Cara-cara
– Kukus ayam 10-15 minit hingga separuh msk, then bkr dlm oven 30 minit api 180 degree

– stiap 10 minit, kluarkn utk sapu glaze…ni penting, kalau x kulit aym jd kering..glaze yg terakhir tabur bijan sket..

Oh ya, satu lg..elakkn potong ayam pnggang masa dia masih pns. Jus aym akn mngalir keluar & x serap dlm isi dia. Akibatnya bila dia sejuk, isi dlm dia jd keras kejung

kredit : sahariyani kontan

RESEPI KUNG PAO CHICKEN/ RESEPI AYAM KUNG PAO

Bahan2nya
4 keping dada ayam, di pototong dadu2 kecil di gaulkan dengan lada hitam
1 biji bawang besar kunning di hiris2
3 ulas bawang puith di titik2
2 inch halia di hiris2 panjang (batang mancis)
1 biji cili bol di potong dadu2
2 biji rempah bunga lawang
6 batang cili kering di potong kasar2
1 sudu besar tepung jagung di gaulkan dengan air suam
1 sudu teh minyak bijan
1 cawan air (secukup ikut citarasa)
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
4 tangkai daun bawang di hiris serong, bahagian bawah di goreng sama
1 cawan kacang gajus yang sudah dipanggang
Minyak masak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, letakan halia, bawang besar, bawang putih(dititik) bunga lawang dan cili kering. Goreng hingga bangkit bau nya. Masukkan ayam yang sudah di gaulkan dengan lada hitam. Goreng dan gaulkan dengan rencah2 nya. Letakan air secawan, sos tiram, sos cili, kicap dan minyak bijan. Gaulkan rata2. Letakan garam dan gula secukup rasa. Rasa kuahnya. Bila ayam nya kelihatan masak dan mendidih, masukkan daun bawang & cili bol. Biarkan cili bol nya tiga suku masak saja. Tuangkan air tepung jagung untuk pekatkan sedikit kuahnya. Gaulkan semua nya rata2. Taburkan kacang gajus, gaul dan tutup api nya. Sajikan dengan taburan hirisan daun bawang.

RESEPI AYAM PANGGANG BERKUAH LEMAK SERAI/ GRILLED CHICKEN WITH FRAGRANT LEMONGRASS SAUCE

Bahan2nya
1 ekor ayam dara, dibersihkan dan digaulkan dengan serbuk ketumbar, jintan halus dan jintan kasar
2 Batang serai – dikisar
2 Labu bawang merah- dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
2 inch halia – dikisar
2 sudu besar cili kisar
1/2 mangkok daun pudina dikisar
2 sudu besar santan pekat
1/4 sudu teh serbuk kunyit
Garam & Gula secukup rasa (lebihkan gula sedikit)
4 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak dikuali, letakan bahan2 yang dikisar halus bersama cili kisar, goreng hingga ia kelihatan kering sedikit. Letakan garam dan gula, gula nya biar lebih sedikit, supaya manis. Letakan ayam seekor atau dibelah dua. Goreng ayam dengan rempah nya. Biarkan ia masak setengah masak. Kemudian angkat ayam nya, dan panggang nya di dalam ketuhar atau dapur arang. Biarkan ia masak. Dikuah tadi, letakan santan pekat dua sudu, secubit serbuk kunyit dan masukan daun limau purut goreng hingga masak. Sajikan ayam bakar/panggang anda dengan kuah lemak serai bersama kentang rebus dan timun & tomato atau ikut citarasa. Kalau bakar di oven, 15mins pada sucu 160C, di api biasa dan 5 mins api atas pada suhu 180C. Selamat mencuba.


Loading

Related Posts

2 thoughts on “Aneka Resepi Masakan Ayam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!