Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019

Education Info Sharing

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2019

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 akan dikeluarkan pada Khamis, 5 Mac 2020.

Calon boleh memperoleh keputusan SPM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Semakan keputusan SPM 2019 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPM<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 5 Mac 2020 dan akan ditamatkan pada jam 6.00 petang pada 11 Mac 2020. Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.

Kredit info: Kementerian Pendidikan Malaysia

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!