Masak Lemak Cili Api Sedap di Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara Gelang Patah

Foods Review

Masak Lemak Cili Api Sedap di Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara Gelang Patah | Assalamu’alaikum. Khas buat penggemar masakan lemak cili api dan asam pedas, jom cuba rasa keenakan masakan di port makan terbaru di Gelang Patah. Dijamin sedap! ?????????? Ummi dah cuba. Ehhhh dah tiga kali makan kat sini hehehe. Eh kat mana tu? Kat LOMAQ FOODIES lah.

LOMAQ FOODIES menjual sarapan pagi dan makan tengahari. So korang yang berdekatan meh la datang cuba setiap menu di sini.

Resipi: Sayur Masak Lemak

Lokasi LOMAQ FOODIES di taman perumahan yang baru di Taman Denai Nusantara, Gelang Patah. Orang Gelang Patah mesti tahu lah kan.

Sekitar majlis bacaan doa selamat.

Berkonsepkan gulai kawah gitu.

Menu sarapan pagi:
?️ Roti Canai, Lontong Kering & Basah, Nasi Lemak dan lain-lain.

Menu makan tengahari:

? Itik Salai Lemak Cili Api
? Siput Sedut Lemak Cili Api
? Ayam Lemak Cili Api
? Daging Salai Lemak Cili Api
? Ikan Cencaru/ Pari Bakar bersama aneka kuah pencicah
? Aneka Ulam-ulaman/ Tempe Goreng/Tauhu Goreng
? Nasi Ayam Penyet

Antara ulam-ulaman yang ada.

Sila pilih set makanan dan buat pesanan air di kaunter dan buat bayaran sebelum makan.

Set Itik Salai Masak Lemak Cili Api

Nasi Putih + Itik Salai Masak Lemak Cili Api + Ulam + Telur Masin

1 set – RM7.50

Itik Salai Masak Lemak Cili Api = RM5 tanpa set

Set Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Nasi Putih + Daging Salai Masak Lemak Cili Api + Ulam + Telur Masin

1 set – RM7.50

Daging Salai Masak Lemak Cili Api = RM5 tanpa set

Set Ayam Tua Masak Lemak Cili Api

Nasi Putih + Ayam Tua Masak Lemak Cili Api + Ulam + Telur Masin

1 set – RM7.50

Ayam TuaMasak Lemak Cili Api = RM5 tanpa set

Set Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Nasi Putih + Siput Sedut Masak Lemak Cili Api + Ulam + Telur Masin

1 set – RM7.50
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api – RM6 tanpa set

Telur Itik Masak Lemak Cili Api – RM3

Set Asam Pedas (Ikan Siakap, Ikan Mayong, Ikan Pari, Ikan Sembilang)

1 set RM8

Kepala ikan lain harga.

Harga Ikan Bakar RM5.00 – RM8.00

Mengikut saiz dan harga pasaran.

Kuah pencicah ikan bakar.

Ayam Goreng

Sambal Nasi Ayam Penyet.. sedap! Nasi Ayam Penyet tiada dalam gambar.

Ini yang Ummi makan hehehe. Lomak cili api tu sedap ya ampun.. kalau tak mengenangkan misi kurus dah bertambah-tambah nasi Ummi.. serius sedap dan recommended!! Silalah cuba.

Tambahan seekor ikan cencaru bakar hehehe. Kuah pencicah tu sedap gila.

Itik dan daging disalai sendiri. Segar dari dapur hehehe. Korang pergilah cuba. Belum cuba belum tahu kan. Dah tak payah nak cari tempat jauh-jauh nak makan itik salai masak lemak cili api hehehe. Ok info lanjut macam kat bawah tu ya.

LOMAQ FOODIES

? No. 21, Jalan Denai 4, Taman Denai Nusantara, 81560 Gelang Patah, Johor.

Waktu perniagaan:

Isnin – Ahad 7 pagi – 5 petang

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Encik Nizam 012-744 8733

Loading

Related Posts

9 thoughts on “Masak Lemak Cili Api Sedap di Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara Gelang Patah

  1. Pingback: 10 Tempat Makan Sedap di Johor Anda Mesti Cuba - Nota Afzani Tual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!