#BentoTheIlhams | Koleksi Bento 12 Jan – 16 Jan 2020

Bento The Ilhams

#BentoTheIlhams | Koleksi Bento 12 Jan – 16 Jan 2020 – Assalamu’alaikum. Alhamdulillah minggu ketiga persekolahan, masih maintain berbekal air tangan Ummi.

Plan asal menu minggu ketiga macam kat atas tu, tapi apakan daya Ummi hanya merancang, Allah yang menentukan. Abang Ilham demam dan bercuti selama 3 hari dari hari Ahad hingga Selasa. Jadi ada menu dalam perancangan yang tak dilaksanakan hehehe.

#bentotheilhams 120120
.
ceritanya ummi syok masak.. dah siap masak dan packing baru sedar yang Abang Ilham demam.. jadi bento dia makan kat rumah je ?
.
? Mee Hoon Goreng Kicap ❤️ Bertaburan
? Ayam Goreng 2 ketul

#bentotheilhams 130120

Oleh kerana Abang Ilham demam, maka bento plan nak buat mee goreng cancel.. jadilah..

❤️ Roti Bakar “Delicious” & “Happy Day”
❤️ Air Milo

Kekonon bekal Abang Syamil.. sekali beliau tak nak ke sekolah.. nasiblah memang batuk.. jadi Ummi layanlah juga.. sudahnya bento ke rumah opah je lah..

#bentotheilhams 140120

Masih bekal Abang Syamil je..

? Nasi putih
? Kari Ayam

Kanan atas.. breakfast untuk Babah..

❤️ Tuna Wrap (Wholemeal) ..

Kiri.. bento Ummi..

❤️ Tuna Wrap (Wholemeal)
❤️ Lunch box.. nasi sepenumbuk Syahid ??.. bulgogi ayam.. grilled vege (capsicum + kacang buncis).. epal hijau..
❤️ Buah jambu batu untuk kunyah-kunyah ?

#bentotheilhams 150120

? Sweet Corn
? Popia Otak-otak

#bentotheilhams 160120

? Spaghetti Meatball Bolognese

Atas – Abang Syamil
Bawah – Abang Ilham (dia request nak meatball lebih)

close up.. seram pulak tengok meatball senyum dan kenyit mata ??

hajat hati ummi nak buat macam sarang burung.. tapi nak cepat punya pasal.. sarang burung haru jadinya ??? ada yang tanya Ummi buat mata mulut tu pakai apa? Ohhh itu guna smiley puncher boleh dibeli di Daiso. Punch kan pada seaweed.. siaplah mata mulut ikut puncher yang korang beli.

Alhamdulillah.. Allah beri kesihatan dan kekuatan untuk Ummi meneruskan perjuangan bangun seawal 5 pagi untuk menyiapkan bekalan anak-anak sekalian. Weekend kita plan nak buat menu apa ya untuk next week. Babai!

Loading

Related Posts

4 thoughts on “#BentoTheIlhams | Koleksi Bento 12 Jan – 16 Jan 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!