Simptom Influenza & Langkah Pencegahan Influenza

Simptom Influenza & Langkah Pencegahan Influenza | Assalamu’alaikum. Ummi nak kongsikan sedikit info mengenai seranganan virus influenza yang sedang hangat diperkatakan. Info ni untuk rujukan Ummi juga. Semoga anak-anak kita semua dilindungi dari virus influenza.

Apa Itu Influenza?

Flu (influenza) adalah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza yang mudah berjangkit serta boleh menyebabkan maut.

Bagaimana Influenza Boleh Merebak?

Influenza merebak melalui TITISAN AIR. Orang lain boleh dijangkiti influenza apabila menyedut titisan terbabit atau titisan termasuk ke dalam hidung atau mulut mereka selepas tersentuh permukaan tercemar.

Simptom-simptom Jangkitan Influenza

  • Demam panas
  • Batuk
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Sukar bernafas
  • Kelesuan

Langkah Pencegahan Influenza

  1. Membasuh tangan dengan sabun selepas batuk atau bersin.
  2. Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin.
  3. Hindari tempat awam dan jauhi tempat tertutup dan sesak.
  4. Tidak menghantar anak-anak ke pusat asuhan.
  5. Pakai penutup mulut dan hidung.
  6. Pastikan anak-anak diberi suntikan vaksin influenza yang boleh di dapati di klinik dan hospital.

Credit info: Klinik MyFamily JB

‼️‼️ Alert ya parents.. virus influenza semakin mengganas.. Ummi Babah pun risau. Minggu lepas Abang Syamil demam, lepas tu Syahid. Sekarang ni Abang Ilham pulak. Semoga anak-anak Ummi cepat sihat dan dijauhkan dari penyakit-penyakit yang berbahaya. Aamiin.

Jumlah Terkini Jangkitan Influenza di Negeri Johor – sehingga 13 Januari 2020

Pasir Gudang (32)
Johor Bahru seramai (24)
Kulai (15)
Tangkak (6)
Kluang (5)
Muar ( 5)
Batu Pahat ( 1)
Pontian (1)

 713 total views,  2 views today

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!