“Sunway Big Box Retail Park” – Taman Hybrid Runcit Pertama di Malaysia

Entertainment

“Sunway Big Box Retail Park” – Taman Hybrid Runcit Pertama di Malaysia | Assalamu’alaikum. Cerita Ummi menghadiri majlis pembukaan pusat membeli-belah terbaru di Iskandar Puteri. Sebelum ni Ummi dah update entri kat bawah tu, boleh baca ya.

Sunway Big Box Retail Park yang terletak di tengah-tengah Sunway Iskandar, Iskandar Puteri, Johor merupakan taman hybrid runcit pertama di Malaysia yang mempunyai kedai berkonsepkan gudang besar dalam persekitaran terbuka. Ianya adalah diantara pusat membeli-belah yang paling dekat dengan Singapoura melalui Coastal Highway Southern Link (CHSL. Syoklah ada port jimba-jimba paling dekat dengan rumah dan PTP hehehe. Ada la tempat nak buang-buang masa di hari Jumaat hahaha.

Antara tawaran menarik sepanjang hari pembukaan Suway Big Box Retail Park. (Unboxing Special)

JOM TENGOK APA YANG MENARIK DI SUNWAY BIG BOX RETAIL PARK NI?

Antara “key brand” dan stor yang terdapat di Sunway Bog Box Retail Park adalah NSK, SSF, BookXcess, Golden Screen Cinemas, Loon Sing Restaurant, MOX, Sports Direct, EnerG X Park, Ace Hardware, Happy Fish, Mr DIY, Tomaz, Caltex, Starbucks, KFC, Burger King, Skechers, Young Hearts, Universal Traveller, Thai Odyssey, Gintell, Guardian, Maxis, U Mobile, Mr Dakgalbi, Absolute Thai, Chicken Rice Shop, Gong Cha, Tealive, Dum Dum Thai Tea, Famous Amos, Tan Ngan Lo, Funskate by Cobay, KB Fun, MyNews.com, Romantika dan Pet Lovers Centre.

Di bawah ni antara gambar-gambar outlet yang sempat Ummi snap.

Pasaraya Borong NSK Trade City yang menawarkan barangan borong dengan harga yang kompetitif.

Absolute Thai.. port makan favourite kami anak beranak. Yeay! dah ada dua choices sama ada nak ke Absolute Thai Mall of Medini atau ke Absolute Thai Sunway Big Box.

Khas untuk peminat Skechers.

Famous Amos..opening special FREE 100g.

Yeay! akhirnya ada Guardian terdekat hehehe.

Woot.. woot.. ada Burger King ok. Ada Burger King drive thru juga tau.

Khas buat peminat Chester London.

Soft opening of Young Hearts.

Khas buat peminat barangan Universal Traveller.

Sejukkan tekak dengan pelbagai pilihan minuman di Tealive. Mamat pakai cap tu adalah Idrus Izzuddin hahaha. Ummi boleh main snap je tak belek orangnya. Kalau tak dah menjemah dah kat situ hehehe.

Rainbow Living Room.. instagrammable room. Untuk korang yang suka posing dan post di instagram, boleh lah masuk ke bilik-bilik comel yang cantik ni.

Maxis Lot G-L-10A  telah dibuka 2 Jan 2020.

Khas buat peminat Common Sense.

The Chicken Rice Shop.. port favourite Geng Jumaat.. bakal dibuka tak lama lagi.

Mr. DIY port favourite kedai saka kini dibuka.. free umbrella with the purchase of RM30 above in a single receipt on 11 and 12 January 2020.

KB Fun port untuk anak-anak.

EnerG X Park. Jom bawa anak-anak ke EnerG X Park yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur. Ummi akan buat post khas untuk EnerG X Park ni ya. Sempat juga la Ummi tumpang lompat-lompat hari tu hehehe.

Golden Screen Cinemas khas untuk kaki wayang. Bakal dibuka soooooooon..

Thai Odyssey juga bakal dibuka..

Funskate by Cobay ini pun port anak-anak.

Nickelodeon is here with their SpongeBob SquarePants play area. Ini yang outdoor punya. Ummi senyap-senyap je ni tak bagitahu The Ilhams hehehe.

Ada juga Sports Direct. Mesti Babah suka kan hehehe.

Oleh kerana jarak dari NSK ke Box in Box agak jauh, kami menaiki buggy. Kalau korang nak guna skooter pun ada tau.

TQ Sunway Big Box. Comel tumbler ni, dah jadi botol air Abang Ilham bawa ke sekolah agama. Ummi is melopong hahaha.

One for the memory! 😉

Last week Ummi dan Geng Jumaat dan cuba lunch di Mr. Dakgalbi Sunway Big Box. nanti Ummi share entrinya ya hehehe.

SUNWAY BIG BOX RETAIL PARK

Persiaran Medini 5, Iskandar Puteri, Sunway Iskandar, 79250 Iskandar Puteri.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!