Pendaftaran Online Tahun 1 Ambilan 2021 & 2022 Dibuka Dari 1 Mac – 30 April 2020

Permohonan Online ke Tahun Satu bagi ambilan 2021 dan 2022 akan dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:

  1. Permohonan melalui online:
     https://public.moe.gov.my/
  2. Permohonan manual di sekolah (APDM)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAHUN 1 AMBILAN 2021/2022:

  • Kemasukan 2021 – Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2014 hingga 1.1.2015
  • Kemasukan 2022 – Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1.2016

CARA PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 SESI 2021/2022

  1. Sila layari https://public.moe.gov.my/
  2. Isi Butiran Lengkap – Login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Klik pada ‘Pendaftaran Tahun Satu’ dan isi maklumat lengkap.
  3. Cetak – Cetak borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEPERTI BERIKUT:

  • Sijil Kelahiran Anak (salinan dan sijil asal)
  • Kad Pengenalan Ibu Bapa (salinan dan asal)
  • Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
  • Sampul surat standard dan setem
  • Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh akhir permohonan adalah 30 April 2020.

PENTING!!! Sediakan juga buku kesihatan untuk melengkapkan maklumat berkaitan imunisasi anak masing-masing.

Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

 845 total views,  1 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!