Geng Jumaat Lunch at The Chicken Rice Shop Mall of Medini

Geng Jumaat

Geng Jumaat Lunch at The Chicken Rice Shop Mall of Medini | Assalamu’alaikum. Macam dah lama tak post cerita makan-makan dengan Geng Jumaat yang cukup quorom kan. So hari ni kami keluar sama-sama lokasi asal Sushi King Puteri Harbour, tapi ada orang tu lapar nasi.. suruh makan bento tak nak. Jadi kita layanlah tekak dia nak makan kat The Chicken Rice Shop. Eh.. rasanya ni Eqa yang suggest bukan Noni-Yang-Lapar-Nasi yang nak hahaha.

Walaupun makanan dah ada depan mata, korang masih tak boleh makan selagi Ummi tak snap gambar hahaha. Nasiblah kan.

The most favourite meal set. Ayam mesti nak roasted dan sayur mesti nak bak choi.

Ya ampun sedap gila hahaha.

Pie tee ni pun favourite Ummi. Kenapalah satu set ada dua ketul je. Cubalah bagi lebih sikit haha. Pernah rasa teringin nak cuba buat pie tee sendiri. Tapi vitamin M banyak sangat hahaha. Angan-angan je la jawabnya.

Lepas makan kami singgah AEON Wellness kejap lalu tershopping hahaha. Ummi beli barang super penting je hehehe. Settled je terus balik ke pangkal jalan. Pulang ke office dengan perut yang kenyang dan mata yang mengantuk sambil menunggu jam 5.30pm hahaha. Kalau korang view vlog Ummi kat atas tu, kasi la like satu kali ok hahaha. Ummi tengah semangat nak upgrade youtube channel kekononnya hahaha. Oklah, till then.. babai!

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!