Medal “I Can I Will Run” Dah Sampai.. Yeay!

Health

Medal “I Can I Will Run” Dah Sampai.. Yeay! | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah dah sampai dah medal Unicorn debab yang comel ni. Geram betul ek Ummi tengok si debab ni hahaha.

Untuk pengetahuan korang, ehhhh macam tulis surat hahaha.. last month Ummi join 2 virtual run sekaligus. Untuk “I Can I Will Run” Ummi ambil 7km je dan International of Radiology 2019 Virtual Run 15km. Yang ni masih menanti medalnya. Medal comel skeleton hehehe.

T-shirt comel pastel colour ni pun dapat sekali sebab masa join memang Ummi pilih untuk dapat medal and t-shirt. Saja buat koleksi. Budak dua ketul tu kata comel baju Ummi hahaha.

Sebenarnya Sabtu lepas Ummi dah register untuk Johor Orange Fun Run 5km. Tapi tak ada rezeki nak lari sebab kesihatan Ummit ak mengizinkan. Rasa badan memang tak larat gila. Hari Jumaat sakit satu badan rasa nak demam. Cepat-cepat Ummi ke klinik. Doktor kata memang nak demam badan awak ni hahaha. Sudahnya Ummi fun run atas katil jek la hari Sabtu hehehe.

Ok next virtual run, Ummi tengah berkira-kira nak join ke tak ni. Medalnya pun comel hahaha. Eh nak lari ke nak medal. Ok nak dua-dua.

Event name: Joyful Run

Category: 5km / 50km /100km

Running Period: 01/12/2019 until 31/12/2019

Medal only: http://bit.ly/2CaUcxn
T-shirt + Medal:
http://bit.ly/2sZeeWx

Kalau korang nak join virtual run ni, korang boleh la follow Runnung Station atau download apps Jom Run di smart phone. Ada free ada berbayar. Ikut korang la nak pilih mana satu ya.

Happy running!

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Medal “I Can I Will Run” Dah Sampai.. Yeay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!