Breakfast di WR Kopitiam Gelang Patah

Foods Review

Breakfast di WR Kopitiam Gelang Patah | Assalamu’alaikum. Peminat menu-menu kopitiam meh sini Ummi nak kongsikan port mengeteh mengopi baru di Gelang Patah. Sebenarnya dah masuk bulan ke empat beroperasi cuma Ummi je yang baru cuba minggu lepas  Saja berkumpul dengan adik beradik (ecehhh macam ramai no la adik beradik) hahaha.

View dari luar pagar. Kami sampai pukul 9 lebih. Orang memang dah ramai time tu.

Suka pulak Ummi tengok dekorasi kopitiam ni. Memang nampak cantik la.. kopitiam hispter hehehe.

List of menu.. banyak menunya.. serius naik blur Ummi nak pilih makan apa. Nampak semua sedap nak makan hahaha. Nasiblah datang ramai. Boleh la order lain-lain dan ngecek sorang sikit kahkah.

Apa menu yang kami cuba?

  • Kopi O, Kopi Ais, Teh Ais, Milo Ais, Air Sirap (untuk budak yang minat sirap)
  • Nasi Lemak (Ayam Goreng, Sambal Paru, Sambal Kupang)
  • Lontong
  • Mee Hoon Kari
  • Egg & Chip
  • Roti Bakar
  • Roti Bun
  •  Telur Separuh Masak

Gambar-gambar kat bawah tu ya.

Kopi O kaw.. tak kopitiam style la kan kalau cawan tak legend macam ni hehehe.

Kopi Ais, Teh Ais, Milo Ais dan Sirap Ais.

Telur separuh masak, 1 set untuk Ummi dan 1 set lagi untuk Babah.

Mee Hoon Kari. Ummi yang punya. Ummi suka mee kari kalau mee tu guna mee kuning buat sendiri kat rumah. Kalau makan kat luar Ummi prefer mee hoon. Ehhh banyak no syarat dia ek. Makan je lah haha.

Lontong Babah punya. Sedap kuahnya. Yang buat lagi sedap tu sambal dia tu.

Roti Bun Ummi punya. Yeahhh dah tak payah jauh-jauh ke Kluang Rail Coffee ekeke. Sedap!

Egg & Chip. Ini Mama Cu punya. Ummi mengecek juga. Sedap ui gravvy dia tu.

Ada empat versi nasi lemak sebenarnya. Syamil makan nasi lemak kosong tiada gambar.

Nasi Lemak Sambal Kupang. Sambal kupang tu sedap. Ni Abang Ilham punya kot.

Nasi Lemak Sambal Paru. Sedap juga paru tu. Ummi memang suka makan paru hahaha. Eh ni Daddy Ngah punya ke Mommy Ngah. Entah dah lupa.

Nasi Lemak Ayam Goreng ni Uncle Cu punya. Tapi nampak macam Mama Cu yang makan lebih.. ehhhh :p Ada lagi satu Roti Bakar mana entah gambarnya. Sedap roti bakar tu rangup rotinya.

Apa feedback kami semasa dan selepas makan?


✏️ Sedapppppp sehingga asyik nak mengorder hahaha. Seriously, semua menu kami order tu memang sedap. Nasi lemak tu power ui lemak secukup rasa.. sambal dia memang meletop sedap.. rasa air tangan orang lama.. air tangan emak-emak  Kalau korang makan nasi lemak biasa tak add on lauk-lauk lain pun dah memang mantap rasanya. Tapi hari tu ada empat pinggan nasi lemak yang berbeza-beza lauk ada sambal paru (sedap), sambal kupang (sedap) ehhh semua sedap hahaha. Egg & Chip tu pun sedap ok. Banyak lagi tak cuba, insha Allah bakal dicuba akan datang. Ehh.. entah-entah esok Ummi muncul lagi ekekeke. Korang kalau nak cuba bolehlah ke sana ya. Bawah tu ada alamat dan waktu perniagaan. Sila jangan datang hari Selasa kelak kaukan kecewa 
.

Terimalah muka kami anak beranak adik beradik yang happy dapat makan makanan sedap haha. Lagi lama lagi banyak kami order hahaha. Simpan sikit next visit hahaha.

Akhirnya budak kecil sorang tu tertidur. Penat tengok orang-orang semua makan. Terima kasih tudung sebab cover double chin Ummi hahaha.

Ok ini episod lain. Kan dah kata takut Ummi muncul lagi ekeke. Siap-siap dalam pukul 10am baru keluar breakfast haha. Mak ko malas masak breakfast. Second trip kami berempat beranak je

Abang Syamil macam biasa dengan nasi lemak dia di mana jua berada. Kali ni dia nak Nasi Lemak Ayam.

Kali ni Ummi cuba Soto Nasi. Bila tengok Laksa Johor hati dah berbelah bagi. Sudahnya Soto Nasi je dulu next time laksa pula ya. Tak lari WR Kopitiam dikejar.

WR KOPITIAM GELANG PATAH

Sambal ni lah yang buat nasi lemak tu menjadi padu sedapnya. Sambil-sambil ngecek nasi lemak Syamil sambil ceduk sambal sedap ni. Perghhh heaven ok.

Babah makan apa? Babah telah termakan hasutan mengorder Egg & Chip haha. Gambar malas snap tengok gambar kat atas ya. Egg & Chip masih sedap macam masa first time try. Rasa kalau diorang buat Chicken Chop mesti sedap ni hehehe.

Babah dah terpikat dengan Sos Cili Linggam’s. Dah berzaman sos ni tapi tak pernah sekali beli haha. Seingat Ummi dulu kawan Ummi Aunty Linda pernah bagi sebotol. Biasa kami makan sos cili Life, Maggi atau pun Bumi Hijau je hehe.

Budak cenonit tak reti diam Ummi nak makan. Dudukkan dalam baby chair dia nak berdiri. Sudahnya Ummi cepat-cepat settlekan makanan dan riba dia. Sibuk la dia menegur meja sebelah haha walau abang kat sebelah tu duk pelik je tengok dia hehehe.

Alhamdulillah kenyang perut anak beranak hehe. Minggu depan adakah kami breakfast di sini lagi? Hmm.. tungguuuu hehehe. Ada lagi tu yang belum cuba ekeke. Untuk korang yang nak cuba, Ummi memang recommend korang ke sini. One of the best makan-makan place at Gelang Patah. Cuba dulu baru nilaikan ok hehe. Info lanjut boleh refer kat bawah tu ya.

WR KOPITIAM

Alamat: No. 240 Jalan Kangkong, 81550 Gelang Patah, Johor.

No. H/P: 011-25831952 atau 017-7084573

Facebook: WR Kopitiam

 Waktu Perniagaan:
.
 Sabtu & Ahad
7.30am – 4pm
8pm – 11pm
.
 Isnin/ Rabu/ Khamis/ Jumaat
7.30am – 3pm
8pm – 11pm
.
‼️Tutup – Selasa

BACA JUGA: SENARAI TEMPAT MAKAN SEDAP DI GELANG PATAH

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Breakfast di WR Kopitiam Gelang Patah

  1. haduii..kat pasir gudang ni takde pulak warung kopitiam macam ni..tengok menu tu semua sedap² belaka..
    nak pi GP jauh bebeno..gaknya kalau sampai dah habis semua ek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!