Ilham Syahid 7 & 8 Months Update

My Hero Kecil - Ilham Syahid

Ilham Syahid 7 & 8 Months Update | Assalamu’alaikum. Hai aunties and uncles hari ni Ummi nak update perkembangan Ilham Syahid untuk bulan ke 7 dan ke 8. Busy sangat Ummi awak ya sampai skip 1 bulan hehehe. Ok jom baca!

Alhamdulillah wa syukurillah.. diusia tujuh bulan Ilham Syahid membesar bagai johan hehe. Masa ni masalah eczema dia memang tengah rancak la kat pipi kiri kanan dagu dan siku. Fuhhhh.. kesian sangat. Kejap ok kejap tak ok. Kami memang dah diarahkan oleh Pakar Bedah Plastik untuk rujuk ke Pakar Kulit Hospital Sultanah Aminah. So far memang dah cuba dah ubat dari sana alhamdulillah serasi. Cerita eczema dalam entri lain la ya.

Kesian baby Ummi, redho je kena bagai hehehe. Diusia 7 bulan ni, perkembangan budak cenonit ni 4 in 1 terus! sekali harung dia tapau.. tumbuh 2 batang gigi serentak, boleh duduk dengan jayanya sambil berdiri lepas tangan. Aduhaiii adik don’t grow too fast dik. Ummi will missed all those moment. Dahi bertanda tu sebab jatuh katil hahaha. First time jatuh meluncur, benda paling Ummi seram. Nasiblah tak ada apa-apa.

Alhamdulillah, 5 November 2019 genap 8 bulan special boy Ummi ni. Nampak tu kerja nak berdiri acah-acah lepas tangan. Memang dah tak boleh tinggal sesorang. Dah masuk 8 bulan ni pantang nampak bayang Ummi, teruslah meraung nak dengan Ummi. Dah start asyik mumbling sesorang bahasa ayam itik. So far eczema memang banyak sangat improvement. Nyahhh kau eczema dari Ilham Syahid hehehe. Ummi memang standby je ubat doktor bagi. Ehhh tadi kat atas kata nak cerita eczema dalam entri lain, tetap ada terselit gak ek hahaha. Ummi ko kalau dah membebel gini la dik.

Masa ni TCA Klinik Pakar Bedah Plastik dan Klinik Pakar Kulit. Eczema dah ok, jadi kena refer pada Pakar Kulit untuk confirmation and approval buat pembedahan. Ada juga yang tanya Ummi, eczema ni effect ke kalau buat operation nanti? Jawapannya.. eczema Syahid ni betul-betul attack kat pipi kiri kanan. Selepas operation, doktor akan tutup kawasan operation tu dengan menampal plaster (bahasa emak-emak.. i don’t know the doctor’s punya term hahaha) yang mana boleh terkena kawasan pipi kiri dan kanan. Doktor tak nak eczema tu getting worse, so parents kena bagi kerjasama pulihkan eczema tu. You get what i mean? ecehhh. That’s why kalau korang perasan before this Ummi ada pakaikan plaster tu and now Ummi dah remove as advised by the doctors.

Appointment yang sebelum ni memang ada merah-merah lagi cuma dah nipis dah. Masa appointment TCA tu Ummi agak frustrated gila la bila doktor pakar bedah plastik kata eczema dia getting worse. Ummi angguk-angguk apa doktor bebelkan. Ummi tahan-tahan. Sudahnya berjurai air mata Ummi depan doktor dan nurse. Nurse siap cakap ibu jangan nangis hahaha. Upset sungguh rasa masa tu. Sebab Ummi Babah dah ikhtiar dan Ummi rasa memang dah berkurangan. End up kami balik rumah dengan hati yang sedih (ummi sorang la yang meratap hiba tu kahkahkah) Babah maintain cool.

Bila hari TCA ni doktor pakar kulit kata ok, ya Allah.. hanya Dialah yang tahu bertapa leganya hati Ummi. Terus kami ke Klinik Pakar Bedah Plastik. Alhamdulillah doktor pakar bedah plastik berkumpul ramai-ramai dan diorang approve untuk operation. Date tertera 20/11/2019 Ummi macam percaya atau tidak je tengok date tu. Kami diminta membawa Syahid berjumpa dengan doktor pakar bius. Bila doktor pakar bius check berat semua lepas la. Berat terkini 7kg nak operation at least 5kg ke atas. Doktor terangkan semua proses pada kami, risiko and whatsoever. Insha Allah Syahid baka dibius sepenuhnya. Dalam pada mengiyakan apa juga info dari doktor, jantung Ummi ni Allah je yang tahu. Kalau dipasang alat monitor degup jantung ke apa, memang nampaklah degup jantung Ummi macamana hahaha. Tapi Ummi acah-acah cool beb! hahaha. Siap semuanya, kami ke Klinik Pakar Bedah Plastik semula untuk confirmkan keputusan pakar bius. Alhamdulillah Syahid masuk semula dalam waiting list. Eventhough dah ada date, tapi still kena update klinik in case apa-apa berlaku.

Kami pun pulang dengan hati yang gembira. Syukur alhamdulillah. On the way kat highway dah nak sampai exit Gelang Patah tiba-tiba kereta kami ada keluar bunyi pelik. Dah cuak dah, terus Babah stop tepi jalan. Dan-dan tu juga dapat call dari klinik bagitahu kami yang date operation dah ditetapkan pada 29 Oktober 2019. So 28 Oktober kami kena datang ke HSA untuk admit. Ya Allah, rupanya dugaan kereta berbunyi tu ada juga terselit kemanisannya kan. Makin lajulah jantung Ummi. Nanti hari kena admit, Syahid bakal dipuasakan dari minum susu bermula jam 2am, hanya boleh beri air masak sehingga jam 6am. Itu prosedurnya. Cerita kereta berbunyi tu tetiba ok je kereta kami tu hahaha.

Sampailah hari yang dinanti-nantikan. Tapi ada dugaan baru. Tiba-tiba dua hari sebelum admit Syahid diserang batuk dan selsema. Masa tu jugalah tetiba mata kiri dia merah. Allahu..kesiannya anak Ummi. Ya Allah, Ummi gagahkan juga kemas baju dan siap-siap untuk admit. Dalam hati Allah je yang tahu. Redho je memang boleh agak dah apa yang bakal jadi. Untuk operation, baby kena sihat sepenuhnya, kalau ada batuk dan selsema confirm postpone. Bukan Ummi doa yang tak elok tau, tapi memang itulah yang doktor dah terangkan sebelum ni.

Pagi 28 Oktober kami bersiap-siap ke hospital. Abang-abang memang tak ikut. Dua-dua duduk rumah Opah, kebetulan cuti sekolah. Nampak tak tu mata kiri Syahid merah.

Abang-abang dah fefeeling sedih dah tu. Sedih Ummi bakal duduk hospital dengan Syahid. Abang Ilham pujuk Ummi, “Ummi boleh tak cakap dengan doktor jangan buat apa-apa kat Syahid.. Ilham tak nak dia sakit”. Allahu.. Ummi jawab elok-elok. “Abang.. kita kena betulkan bibir Syahid.. doktor nak tolong hensemkan Syahid.. kalau kita tak betulkan bibir dia, nanti kesian dia susah nak makan” Ummi malas nak sambung panjang-panjang itu je alasan Ummi mampu bagi sebab hati Ummi pun sayu. Ummi tahu abang-abang sayang gila kat Syahid. Ummi minta abang-abang doakan je Syahid. Sebelum diorang turun kereta Ummi bagi diorang cium Syahid puas-puas. Dalam hati Ummi doa, mudah-mudahan kasih sayang abang-abang tak pudar untuk adik diorang yang super special sorang ni.

Alhamdulillah sampai Klinik Pakar Bedah Plastik, sementara Babah cari parking kosong Ummi meneruskan misi ke klinik menanti giliran. Boleh tahan ramai orangnya. Sampai turn kami, Babah masih tak dapat parking. Ummi kuatkan hati jumpa doktor. Bila Ummi beritahu situasi terkini kesihatan Syahid, terus doktor kata tak boleh proceed untuk operation. Kali ni Ummi redho. No more tears.. hehehe. Sebab Ummi dah tahu risikonya. I don’t want to lose my precious baby. Doktor kata kalau kita teruskan juga, akan effect pada Syahid. Syahid bakal dibius sepenuhnya, ubat bius boleh bagi kesan dari batuk (batuk tekak bengkak) tu semua. Doktor tak nak sampai Syahid terpaksa dirawat di ICU selepas operation. Selisih! Na’uzubillahi minzalik. Tak apa lah Syahid, Allah is the best planner. He knows everthing. Insha Allah Ummi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Doktor kata, lepas ni kena tunggu Syahid betul-betul sihat. Dua minggu selepas sihat baru call klinik semula untuk diorang check ok ke tak. Baiklah doktor. Ummi ikut apa yang terbaik. Ummi call Babah, tak payah parking sebab semua dah settled. Ummi tunggu nurse bagi appointment card.

Tengah tunggu tu Kak Rima lalu, sempatlah Acik Rima dukung Syahid. Kemain lagi dia suka dengan Acik Rima. Dulu arwah mak jaga anak-anak Kak Rima ni. Jadi kami dah anggap dia sefamily macam family kami sendiri. Dah berbual-bual, Kak Rima pun sambung kerja dia hehehe.

Settled dapat appointment card Syahid, kami pun berlalu dari klinik. MA lelaki tu yang memang selalu ada situ cuba menenangkan hati Ummi (maybe dia teringat kejadian lepas Ummi nangis depan doktor kahkahkah). Dia cakap “sabar ya puan, insha Allah sampai masanya nanti”. Ummi pun jawab “ok takpe.. saya ok je”.

Ya Allah.. your are the best planner! Kita hanya mampu merancang.. sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik! Syahid jangan risaunya ya, sampai masanya Syahid hensem jua. Macam ni pun dah buat hati Ummi melting setiap hari. Teruskan memberikan senyuman manis Syahid pada semua orang ya. Ummi doakan semoga Ilham Syahid sihat hendaknya. Doakan Syahid ya aunties and uncles.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Ilham Syahid 7 & 8 Months Update

    1. aamiin tq aunty sheila.. alhamdulillah dari dalam perut saya ah physco abang2.. diorang faham adik yg special..doakan abang2 tetap hatinya ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!