DDHN – Menu of The Day 20102019

Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN – Menu of The Day 20102019 | Assalamu’alaikum. Very the lama hokkay Ummi tak post gambar Dari Dapur Hernee Nazir. Bukan tak masak, kadang nak cepat siap masak, cepat makan. Jadi tak kuasa la Ummi nak snap gambar hehe. Hari ni terrajin hahaha.

Dah tak buang masa marilah kita go through one by one.. dari pinggan ke pinggan. Ada kawan Ummi komen di FB dan IG suruh PM pinggan dan lagi satu kata bagus pinggan mangkuk ada nama tak bimbang hilang. Kahkahkah. Itu pinggan mangkuk custom-made ok khas untuk plating masakan Ummi ekeke. Just kidding!

Menu utama.. Sambal Udang. Tak ada idea nak masak apa. Nak buat bulgogi daging tapi tak beli daging batang pinang. Mereput dulu la ko pes.

Next penambah selera. Tempe goreng cicah sambal kicap. Syamil tanya “Berkhasiat ke tempe ni Ummi?”.. “Uisssyhhh memang la berkhasiat.. boeh jadi bijak makan tempe ni tau”. Usaha nak mengheret anak jadi peminat tempe macam Ummi dan Babah hahaha.

Next.. ikan kembung goreng tawar cicah kicap potong cili padi, bawang dan perah limau kasturi. Ni pun penambah selera hehe.

Oleh kerana Ummi malas masak sayur, jadi kita berulamkan timun je.

Fruit of the day.. mangga beli di kedai Acheh. Sedap ya ampun. Manis macam madu hehehe. Baru ngap dua sekali toleh tinggal satu Babah kerjakan hahaha.

Last but not least.. menu ni Ummi post di status whatsapp tanpa caption.. menjadi tanda tanya beberapa kawan apa benda ni hahaha. Ini menu boss kecil iols ok. Yang putih tu bubur, yang hijau tu brokoli, yang oren tu carrot dan yang krim tu serbuk ikan bilis homemade penyedap rasa. Itu Ummi belum gaul dan gaul tak lah rupa gitu ye dok hehehe.

Alhamdulillah kenyang anak-beranak. Petang kami keluar sebab The Ilham Buskers nak jamming kat Double Seven Jamming Studio di Jalan Permatang Utama, Kempas Baru hehehe. Malam dinner McD jek ehhhh. Gambar tiada sebab Ummi makan pun tak tentu arah sebab boss kecil tak reti diam hahaha. Ok that’s all. Babai!

Loading

Related Posts

4 thoughts on “DDHN – Menu of The Day 20102019

    1. kahkahkah.. acah jek.. itu tambah watermark jek sis ui.. ngalahkan chef handal nak bercustom-made bagai hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!