Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020

Info Sharing

Info untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), anda mungkin layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP) yang akan diagihkan bermula Januari 2020.

Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020 boleh dibuat bermula 15 Oktober 2019 di portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP).

Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 bagi kereta dan RM12 bagi motosikal yang dikira setiap bulan.

Penerima BSH perlulah memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan seperti di bawah:

  • Kereta ≤ 1,600cc
  • Kereta > 1,600cc dan berusia ≥ 10 tahun
  • Motosikal ≤ 150cc
  • Motosikal > 150cc dan berusia ≥ 7 tahun

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SUBSIDI PETROL (PSP)

Syarat kelayakan terkini bagi permohonan subsidi Petrol (PSP):

  1. Mestilah terdiri daripada penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Memiliki kenderaan berdaftar dan mestilah memiliki lesen kenderaan yang sah.
  3. Had pemilikan adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja.

Buat semakan segera ya! Mana tahu anda layak menikmati subsidi petrol. Klik link di bawah.

SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL 2020

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!