Ilham Syahmi’s New Look!

My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Ilham Syahmi’s New Look! | Assalamu’alaikum. Cerita last week. Akhirnya Abang Iham specky like Ummi and Babah hahaha. Kemana tumpahnya rabun kalo tak ke anak. Ehhhh.. Sebenarnya dari darjah satu dia dah cakap dia tak nampak. Cikgu pun ada bagitahu, tapi Ummi ni in denial mode. Sorry Ilham. Ummi macam tak boleh terima kenyataan pulak anak Ummi pun nak bercermin mata hehe. Ummi dulu pun masa cakap rabun, arwah nenek tak percaya dia kata Ummi nak melawa pakai spec kahkahkah. Bila fikir-fikir mesti struggle kan Ilham nak tengok blackboard macam Ummi dulu. Sorry Ilham!

Ahad lepas Babah bawa ke kedai cermin mata baru Eye Qoo di Medan Selera Iskandar Malaysia. Check power dah cecah 200++. Sebelum ni dah juga check mata di Anjung Mydin. Bila dah dapat spec yang berkenan, terus je Babah belikan. So hari Rabu malam Khamis lepas kami ke sana ambil spec Abang Ilham.

Jom tengok muka orang baru pakai spec.

Cuba tengok macam Hernee ke macam Nazir bila dah pakai cermin mata ni? hehehe.

Dia masih bersabar lagi layan Ummi suruh posing. Walaupun mata ke lain hehehe. Maklumlah orang masih tak biasa lagi nak bercermin mata. Kelakar pun ya tengok dia macam kekok. Nak tunduk makan pun rasa lain macam agaknya hahaha. Eh apesal rambut macam Pekan bang oii. Tak pakai minyak rambut la tu hahaha.

Ummi suruh posing lagi. Tapi dia bagi mata ke atas pulak hahaha. Bertuah punya anak. So far nampak ok la dia berspec. Dia pakai masa sekolah je. Yang lagi best ayat dia “Ilham rabun masa sekolah pagi je.. sekolah agama Ilham tak rabun” kahkahkah. Boleh pulak rabun memilih temat ya bang. Sebenarnya sebab sekolah agama dia duduk depan jadi tak lah struggle sangat nak tengok blackboard. Ummi Babah pesan suruh hati-hati. Jangan melasak-lasak sangat sebab takut kang terjatuh ke apa. Jangan bagi kawan-kawan cuba spec tu kang kawan-kawan pulak rabun. Nak tidur make sure bukak spec. Ummi je boleh pakai spec masa tidur ekekeke.

Hopefully abang je la yang rabun. Dua orang lagi kekal sihat matanya. Dan.. dan la abang declare dia, Ummi dan Babah satu geng. “Geng Cermin Mata” kata dia hahaha. Gasak la bang. Itulah cerita anak sulong Ummi yang dah rabun. Till then, babai!

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Ilham Syahmi’s New Look!

  1. Sama macam anak Sis Yana, darjah 2 dah pakai spek mata..dan pernah jatuh sekali kena tolak kawan, luka di tepi mata, sampai sekarang ada parutnya…nsb juga tak masuk kaca dlm matanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!