Ronda-ronda EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri

Entertainment

Ronda-ronda EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri | Assalamu’alaikum. Kesinambungan dari entri Ummi Ilhams @ EduCity Educators Conference 2019, seterusnya kami meronda ke kawasan EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri. Nama je orang Gelang Patah, tapi Ummi belum habis explore lagi. Pernah datang sini ikut Babah main volleyball je hehe. Ok let’s start!

Main entrance EDUCITY SPORTS COMPLEX.

EduCity Sports Complex mempunyai sebuah stadium yang memuatkan 14,000 tempat duduk. Antara kemudahan yang disediakan adalah padang bola sepak, padang rugbi, trek 400 meter, kolam renang (saiz olimpik), kolam menyelam, indoor arena yang dilengkapi dengan gelanggang badminton, bola keranjang dan gelanggang futsal dan outdoor field untuk tenis, bola tampar dan futsal.

3 Objektif utama penubuhan EduCity Sports Complex (ESC):

  1. Kompleks Sukan EduCity adalah kemudahan sukan bersepadu untuk semua pelajar EduCity yang menawarkan program weekly – Sports Enrichment programme.
  2. Menyediakan kemudahan sukan kelas dunia kepada masyarakat sekitar Iskandar sebagai sebahagian daripada agenda kesihatan & kesejahteraan di kawasan ini. Untuk tujuan ini, Kompleks Sukan EduCity dibuka kepada rakan kongsi awam & korporat yang menawarkan kelas keahlian, kecergasan & latihan dan kemudahan penyewaan. Kompleks Sukan juga menjadi tuan rumah pelbagai kelab sukan yang memanfaatkan kemudahan yang hebat ini.
  3. Kompleks Sukan EduCity digunakan sebagai tempat untuk perayaan, pameran, pertandingan, dan konsert.

EduCity Outdoor Court yang menempatkan gelanggang 1 gelanggang futsal, 1 gelanggan bola tampar dan 3 gelanggang tenis.

EduCity Indoor Arena yang menempatkan gelanggang badminton, futsal dan bola keranjang. Ada juga yang menyewa ruang ini untuk majlis-majlis korporat, keramaian dan sebagainya. Ia mempunyai lebih kurang 1500 tempat duduk.

Aquatic Centre yang menempatkan kolam renang saiz olimpik dan kolam menyelam.

 EduCity Aquatics Centre meliputi kolam renang 50m (jarak jauh) dengan menempatkan sebanyak 488 kerusi untuk penonton. Kolam ini mempunyai 8 lorong yang semuanya dilengkapi dengan blok permulaan (di kedua-dua hujung)

Kolam renang ini boleh digunakan untuk kemudahan ahli atau sesiapa sahaja yang datang walk-in. Ia juga boleh disewa untuk acara renang atau tempahan aktiviti berenang dan juga kelab menyelam (diving club).

EduCity Aquatic Centre juga menawarkan kelas renang berbayar yang dikendalikan oleh Ezy Swimming Academy. Gambar di atas adalah dua peneraju utama Ezy Swimming Academy dan Diamond Heart Charitable Organization.

Kami berpeluang menyaksikan kelas renang yang dijalankan pada setiap hari Jumaat untuk anak-anak Orang Asli Kg. Tenom, Sungai Danga. Mereka adalah di antara 34 orang anak-anak Orang Asli yang terpilih untuk menyertai Orang Asli Swimming Development Program di EduCity Sports Complex. Program ini telah bermula sekitar 15 Julai 2019. Seramai 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan yang terpilih akan dilatih diperingkat yang lebih professional. Untungkan diorang. Kiranya ini adalah salah satu CSR Program EduCity.

Sempat juga Ummi wefie seketul.

Sebelum kami meninggalkan kawasan Aquatic Centre ni sempatlah bergambar beramai-ramai bersama pihak media dari Pulau Batam, Indonesia.

Aktiviti kelas renang yang dikendalikan oleh Ezy Swimming Academy. Jurulatih bertaraf professional yang mana antara mereka adalah bekas perenang negara.

Seterusnya kami melawat EduCity Main Stadium. Sebelah kiri dan kanan main entrance tu ada kaunter tiket ya.

Ok let’s go!

Sampai ke hujung Ummi meronda stadium ni hehe. EduCity Main Stadium mempunyai 6,000 tempat duduk termasuk trek olahraga Grade 2 IAAF dan padang bola sepak. Banyak acara-acara padang, hari sukan sekolah, perayaan, pertandingan bola sepak dan pelbagai lagi aktiviti diadakan di sini. Trek olahraga mempunyai lapan lorong dengan dua kawasan untuk acara triple dan long jump.

Rasa segar sangat bila tengok padang bola sepak yang menghijau.

Sempatlah Ummi selfie-syok-sendiri sesorang ya buat kenangan hehe.

Last but not least, EduCity juga menyediakan gymnasium yang mana terdapat kemudahan seperti weight machines, CV machines dan free weights. Kesemua peralatan dibawah Technogym, keahlian untuk orang dewasa bermula dari RM636.

Ok kali ni betul-betul last hehe. Kasi can la Ummi posing depan EduCity Sports Complex kan. Untuk korang yang nak melawat EduCity Sports Complex boleh refer info di bawah ni ya. Kot la nak sewa kemudahan di EduCity ke apa kan. Harap info tak seberapa ni membantu ya uols! Till then, babai!

EDUCITY SPORTS COMPLEX, ISKANDAR PUTERI

Jalan Persiaran Kampus
Kota Ilmu,
79250 Iskandar Puteri, Johor.

+6075095776
bookings@educitysport.com

Loading

Related Posts

One thought on “Ronda-ronda EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!