Dinner di Nasi Lemak Secret Bonda Taman Nusantara

Foods Review

Dinner di Nasi Lemak Secret Bonda Taman Nusantara | Assalamu’alaikum. Cerita kami yang pertama kali mencuba menu-menu lazat di Nasi Lemak Secret Bonda. Sebenarnya dah lama nak cuba tapi entah la tak sempat-semapt nak singgah. Kali ni memang kami nekad nak juga merasa. Sekali dah pergi terus repeat sampai dua kali.

List of drinks.. banyak uolls. Sampai Ummi Babah pening nak pilih yang mana. Ada tiga jenis saiz, special.. jumbo dan jumbo special.

Makanan pun banyak pilihan. Ada Asean Menu, Western Food, Asam Pedas, Snack and of course the special menu adalah Nasi Lemak. Itu yang Ummi tak sabar nak rasa. Adakah sedap seperti yang digembar gemburkan. Ecehhhh.

Setelah kepeningan memilih air, akhirnya Babah pilih Kedondong Asam Boi (RM4.50) dan Ummi pilih Honey Lemon (RM5) fefeeling kurus minum lemon kahkahkah. Ya ampun menyesal Ummi tak order kedondong asam boi tau. Sedap gila. Pure! Kedondong tu di blend memang padu rasa dia. Sempatlah buat muka sedih ngecek air Babah. Air tu pun portion besar. Kata kawan Ummi air Avocado dia pun mantap.

Bab makan of course Ummi nak rasa nasi lemak.

Ummi pilih Nasi Lemak Udang Goreng (RM25). Memang betul-betul “secret bonda” la. Dari nasi lemak sampailah ke sambalnya sedap uols. Nasi lemak ni pada Ummi kekuatannya pada sambal tu. Dah la sedap korang tengok udang goreng tu, kemain besar tapak tangan Ummi hahaha. Sepingga ada 5 ekor. Siap boleh share anak beranak.

Close up.. udang goreng ni sedap tepung dia garing.

Babah dan Syamil makan Nasi Lemak Ayam Rempah (RM5.50). Pun sedap.

Abang Ilham tak nak makan nasi lemak, dia nak set Asam Pedas NLSB Siakap dan nasi putih. Satu set ada telur goreng, ulam dan sambal. Asam pedas dia secukup rasa. Style mak-mak punya hehe. Harga ikan ikut harga pasaran.

Time Babah pegang Syahid tu Ummi baru je nak menikmati nasi lemak udang goreng hehe. Tak nak makan sambil-sambil rasa macam tak dapat menikmati sepenuhnya jadi macam biasa kami decide makan gilir-gilir. Bagi Babah kenyang dulu hehehe. Alhamdulillah first time makan cukup kenyang dan puas hati dengan rasa dan harga. Agak-agak kami repeat lagi tak?

Hmmm..

Hmmmm..

Hmmmmm..

Yaaaaaaaa.. tora muncul lagi hahaha. Second time datang. Babah order set Asam Pedas sama macam Abang Ilham. Dua-dua ni memang hantu asam pedas hehehe. As usual sedap! Malas snap gambar.

Apa mimpi entah dua ketul ni nak air Milo Ais Tabur (RM3.50). Share je berdua sebab banyak.

Ummi dan Babah decided minum Milo Dinosaur Jumbo (RM9). Nasiblah beli satu je sebab besar portionnya. Kusssss semangat.

Nahhhh close up. Memang sedap, ditambah ada aiskrim. Banyak betul aksesori.

Budak gigi jarang tengah posing sebelah Milo Dinosaur Jumbo. Dia jakun tengok air besor gedabak. Sebenarnya Ummi suruh dia posing sebab nak join contest Nasi Lemak Secret Bonda sempena merdeka, bergambar dengan Milo Dinosaur Jumbo. Sekali Ummi ko lupa post gambar ni kat instagram daaaaaaaa. Due date dah lepas hahaha. Buat diam-diam je ni kalau Ilham tahu kang kena bebel hahaha.

Kali kedua Ummi order Kuey Teow Goreng NLSB Daging (RM9). Portion besar boleh makan berdua. Semput nyawa nak habiskan. Yang penting sedap hehehe.

Another best food at Nasi Lemak Secret Bonda.. Mee Siput. Ummi memang suka mee siput. Lagi-lagi kalau digoreng deep fried, maknanya seluruh mee tu masak rangup dan sambal pencicah tu sedap. Memang ngam lah! Sambal tumis ni memang kekuatan mee siput. Sedap!

Overall, Ummi dan Babah memang puas hati makan di Nasi Lemak Secret Bonda. Memang akan repeat la next time hehe. Dekat je pun masih dalam Gelang Patah. Korang yang ke Gelang Patah jangan risau laparlah ya. Kalau korang stay kat Hotel V3 memang ngam sangat la. Nasi Lemak Secret Bonda ni betul-betul bawah hotel tu hehe. Order je lah makan sampai kenyang hehehe. Untuk info lanjut boleh tengok kat bawah tu ya. Selamat mencuba!

NASI LEMAK SECRET BONDA

‘Nasi Lemak Secret Bonda menyajikan resepi terbaik dari Bonda. Mempunyai aroma dan kelazatan dengan harga berpatutan. Dibuka setiap hari .Kedai Viral Gelang Patah. Menu special kami Mee bandung muoo king, nasi lemak goreng kampung king, nasi lemak udang, nasi udang penyet.

Alamat:
39, 01, Jalan Nusaria 11/1, Taman Nusantara, 79200 Iskandar Puteri

Phone: 012-648 2564

Waktu Perniagaan: 9am- 12am

Baca juga: Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah

Loading

Related Posts

7 thoughts on “Dinner di Nasi Lemak Secret Bonda Taman Nusantara

  1. pergh udang tu menggiurkan…okay msk wishlist..bila ntah nak pergi try mkn jgk..mmg xjauh dr umah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!