Dating Dengan Uyul Rosli di Secret Recipe Mall of Medini

Foods Review Team JDT Blogger

Dating Dengan Uyul Rosli di Secret Recipe Mall of Medini | Assalamu’alaikum. Cerita last week after event EduCity Educator Conference 2019 di Newcastle University Medicine (NUMed) dua-dua dah kebuluran. Jadi kami terus ke Mall of Medini mencari makanan apa yang patut disumbat dalam perut ni hehe. Sudahnya kami ke Secret Recipe.

Ummi dating dengan menantu hahaha. Kenapa menantu? Sebab boyfriend Uyulicious ni nama dia Syahmi, sama pula nama Ilham Syahmi haha. Dulu skandal dengan Syamil, sekarang dengan Syahmi pulak.

Ummi nak snap gambar Chocolate Ice Blended ok bukan muka Uyul.. hmmmm.. dia syok posing.

Ni air Uyul, lime asam boi ke apa nama entah. Oleh kerana dahaga macam baru lepas merangkak di fadang fasir.. Ummi pun order segelas.. ehhhh..

Oleh kerana dah agak lama tak makan-makan dengan Geng Jumaat di Secret Recipe, maka Ummi tak tahu pun ada promo SR-Haeyo Korean Kravings. Kalau tahu dah lama Ummi terjah. Nampak menarik lalu Ummi pun mengoder.

Taraaaaaaa.. Korean Fried Chicken Platter. Ada 6 pcs dengan harga RM20.90 per plate. Ada 2 smoked BBQ, 2 soy garlic atau 2 hot gochujang. Ummi rasa semua sedap hahaha. Korang pergilah cuba.

Close up sikit. Memang melazatkan hehe. Tekak Ummi jarang tak sedap :p

Kami tak hanya makan itu saja ok. Ada main menu hahaha. Noodle in Tom Yum Kung all time favourite. Lama tak hirup kuah tom yum kung yang sedap tu. Lepas makan memasing dah kekenyangan. Uyuk yang awalnya pening lah nak muntah lah terus segar dapat makanan hahaha.

Sebelum masing-masing pulang ke pangkal jalan, sempat la wefie satu kali bersama instafamous sorang ni ekeke. Lepas tu bersurailah kami. Entah bila dapat makan sama-sama lagi padahal dekat je haha.

Short video sebab Ummi terlebih rajin. Sila lah view. Okbai!

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Dating Dengan Uyul Rosli di Secret Recipe Mall of Medini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!