Lunch Burger Sedap & Viral dari Woodfire Pontian

Foods Review

Lunch Burger Sedap & Viral dari Woodfire Pontian | Assalamu’alaikum. Cerita hari Rabu, gigih Ummi kumpul order kawan-kawan office bila tahu Woodfire Pontian ada buat delivery sehingga ke depan pintu hehehe. Memang dah lama rasa teringin nak cuba bila tengok kawan-kawan duk post pasal Woodfire Burgers ni. Nak ke Woodfire JB tengok gambar beratur panjang hmmmm konfem Babah malas nak layan.

Ok jom tengok apa yang Ummi order.

Menu kat atas ni antara menu yang available for delivery untuk Woodfire Pontian. Untuk info korang, Woodfire Pontian hanya buat delivery service, tak ada spesifik kedai atau kiosk. The best part Gelang Patah masuk list delivery yeay! hahaha. Complete info untuk order Ummi ada tepek kat bawah ya.

Ummi ambil slot lunch, delivery hour is around 12pm to 2pm. Tabah juga la kami menunggu burger sebab memasing perut dah berkeroncong untuk Ana. Sekali dapat call terus lega rasa haha. Seplastik haa sampai. Sekali buka ada 9 kotak je. Ok Ummi is cemas. Order 14 ketul kenapa sampai 9 kotak je. OMG! Panic attacked! Cisss tak payah nak panik sangat boleh tak? Cuba buka kotak tu dulu hehe. Sekali buka kotak oooo rupanya dalam satu kota tu ada yang diisi dengan 2 biji burger hehe. Ok mood kembali tenang.

Lunch Burger Sedap & Viral dari Woodfire Pontian

Inilah muka-muka yang kelaparan hahaha. Budak-budak Somalia pun tak lapar macam ni tau ekeke. Dah la lapar kena tunggu Ummi snap gambar dulu lepas tu agih-agihkan hahaha. Sabar je la korang ya.

Mula- mula Ummi order Gourmet Burger (Spicy Salted Egg Yolk Sauce – Toast Slice – Dill Pickle – Tomato – Lettuce), tapi entah macamana Ummi terkecur dengan perkataan stuff cheese lalu Ummi menukar order Stuff Cheese Burger Regular Patty (Coney Beef Sauce – 2x Cheese – Toast Slice Sweet Pickle – Onion – Lettuce). Tengok rupa sebenar, adoiii menjejes air liur.

Meh close up sikit beef patty yang sedap ni. Apa rasa Stuff Cheese Burger Regular Patty? Gila kau nak kata tak sedap? hahaha. Serious sedap ditekak Ummi. Coney Beef Sauce tu sedapnya la hai. Bila dah bergabung semua masuk dalam mulut memang padu rasa dia. Menyesal tahu tak Ummi beli regular size je. Kalau Ummi tahu, baiklah beli large terus hahaha. Rata-rata kawan-kawan yang beli semua kata sedap dan dah ada yang nak repeat hahaha. Jadi Ummi selaku makcik kantin akan kumpul order lagi next week. Sebenarnya dah beriya kumpul order malam Jumaat sekali Woddfire Pontian tak ada delivery daaaaaa.

Woodfire Pontian

Ummi tanya la dua orang adik Ummi yang mok-mok tu nak selit order tak. Ehhh laju je dedua nak selit. Ini burger diorang, BBQ Chicken Large Patty dan BBQ Regular Burger. Dua-dua kata sedap gila, Mama Cu kata antara chicken dan beef dia prefer beef lagi mantop.

Ini sebelum kejadian sebelum membaham seketul burger hehe. Om jadi mangsa kena kerah snap gambar Ummi hahaha. Sampai terkeluar ayat “bila ko nak makan” hahaha.

Overall, memang fully recommended untuk korang mencuba Woodfire burgers ni, tak kiralah korang nak order dari Woodfire Pontian mahupun korang sanggup beratur ke Wood fier JB di Taman Suria. Serious sedap uolls. Next week Ummi belanja Babah dan The Ilhams pulak ok. Ok lanjut baca kat bawah nun.

WOODFIRE JB

Walk in:

Woodfire JB
Food Court Suria Market, Jalan Suria 18, Taman Suria,
Johor Bahru 81100

+60 11-3999 1508

WOODFIRE PONTIAN

Berita baik untuk penduduk pontian!
Kini WOODFIRE DITEMPAT ANDA!

Mana nak dapat burger mewah rasa sedap ni weyh? WOODFIRE PONTIAN laa!

DELIVERY SERVICE ONLY. NO SHOP!
Korang stay jee dekat rumah, kita hantarkan!
Tunggu dan makan!

Duduk jee depan tv dan whatsapp kami 


+6019-7908785

Pastu bagitahu lokasi korang.
Kita cover area :

PONTIAN
 Bandar pontian
 Pontian besar
 Api – Api
 Rimba terjun
 Kayu ara pasong
 Teluk kerang
 Kukup
 Benut
 Ayer baloi

PEKAN NENAS
 Bandar pekan
 Jalan sawah
 seluruh area pekan nenas

PULAI
 Kangkar pulai
 Taman berdekatan kangkar pulai

GELANG PATAH
 Kg pulai
 Ulu choh
 Setia eco
 Rumah iskandar
 Lima kedai
 SILC
 PTP
 Tanjung kupang
 SELURUH GELANG PATAH

NUSAJAYA
 Medini
 Puteri habour
 Horizon hill
 Seluruh nusajaya

Best kan?

Jom follow kami untuk tengok menu – menu yang mengiuir kan 

FB : Woodfire Pontian
IG : 
www.instagram.com/woodfirepontian

+6019-7908785

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Lunch Burger Sedap & Viral dari Woodfire Pontian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!