Ilham Syahid 6 Months Update

My Hero Kecil - Ilham Syahid

Ilham Syahid 6 Months Update | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah anak istimewa Ummi sorang ni dah genap 6 bulan. How time flies. Tup-tup muncul update 6 bulan je kan. Cerita kelahiran pun Ummi tak siapkan lagi hahaha. Kalau diingatkan dari day 1 admitted di HSA, rasa kecut perut Ummi. Sesungguhnya Allah itu perancang terbaik! Redho dan pasrah dengan segala ketentuannya.

Ini gambar fresh pagi ni sempena 6 months hehe. Muka ketat budak cenonit baru bangun tidur. Malam tadi dia suruh Ummi over time layan dia sampai 3 pagi. Bangun tidur kepala Ummi yang ting tong. Berat sekarang lebih kurang 6.5kg. Dah makin kuat bebel, bising mulut dia. Bila Ummi acah-acah tinggalkan dia, dah pandai bagi aksi nak nangis. Bila dah nangis boleh tahan juga dia test vokal dia haha. Ada masa senang nak tidur, biarkan kat playpen pun senyap-senyap tidur sendiri. Ada masa Ummi zikir sampai 30 jenis zikir pun dia belum tentu tidur sampai Ummi yang tertidur. Syahid dah mula nak hisap jari kaki, kata orang tua kalau baby buat gitu nak minta adik hahaha entah apa kaitannya. Jangan nak memacam dik, Ummi dah officially pencen. Cukuplah Boboiboy Kuasa 3 yang ada depan mata ni hehehe.

Alhamdulillah 6 bulan sudah Ummi harungi segala ujian dan cabaran melahirkan anak istimewa cleft lip and palate. So far tak ada apa yang terlalu sukar untuk Ummi dan Babah hadapi. Syukur alhamdulillah. Untuk masalah cleft lip and palate tu memang dah sedia maklum bakal berhadapan dengan macam-macam appointment doktor. Jadi bersedia sajalah.

Sepatutnya Syahid dah buat operation lip 28 Ogos 2019. Oleh kerana ada sedikit ujian baru maka operation terpaksa ditunda. Syahid sekarang dah jadi penghidap eczema, effect dari plaster yang ditampal 24/7 pada pipi comel dia tu. Doktor Pakar Plastik & Surgeri suruh pulihkan dulu eczema ni. Tak apa lah Syahid, sikit je ujian ni. Syahid kan budak kuat dan hebat. Ummi dan Babah ikhtiar yang terbaik untuk Syahid. Ummi kena tambah ilmu untuk handle anak eczema sebab sebelum ni abang-abang memang tak pernah ada eczema. Allah dah aturkan semua cepat atau lambat operation tu. Tak perlu tergesa-gesa. Yang nak di operate tu Syahid, jadi biarlah Syahid betul-betul sihat dan bersedia untuk hadap semua tu. Ummi redho je.

Sijil buatan sendiri untuk pemangkin semangat Ummi hehe.. siapa dah achieve target.. nak sijil ni sila PM Ummi ya..

Dah genap 6 bulan ni juga maknanya perjuangan susu ibu Syahid dah mencapai tahap diploma hehe. Alhamdulillah. Walau bermacam dugaan dan cabaran yang Ummi harungi. Almaklumlah penyusuan susu ibu kali ni jauhhhhhhh bezanya dari abang-abang. Ummi terpaksa bergantung harap pada marmet dan breast pump. Walaupun stok susu Ummi sangat sendu, Ummi gagahkan juga. Masalah cleft lip and palate Syahid membuatkan dia tak boleh menyusu direct dari Ummi. Ummi dah test memang suction Syahid tak kuat disebabkan masalah langit-langitnya. Even boleh sekali pun doktor pakar plastik & surgeri tak advice untuk bagi direct untuk elakkan dia terbiasa nenghisap ditakuti effect pada proses penyembuhan bibir selepas operation. Ummi ikut apa saja keputusan yang terbaik dari doktor. Nanti Ummi share botol susu yang kami gunakan untuk Syahid, mudah-mudahan membantu ibu ayah yang mempunyai anak istimewa seperti Syahid.

Ummi ada join group whatsapp ibu ayah kepada anak-anak istimewa cleft, sempat juga tanya pendapat diorang tentang introduction to solid food. Either to proceed or to delay. Menurut diorang boleh je proceed nak introduce solid food. Ok insha Allah, long weekend Ummi cuti ni kita start berkenalan dengan puree buah-buahan ya dik. Pelan-pelan kayuh. Ummi tak nak paksa Syahid, memandang anak cleft ni terdedah dengan risiko tersedak (na’uzubillahi min zalik) jadi kita slow and steady je dik.

Oklah nanti Ummi update lagi perjalanan hidup Ilham Syahid yang teristimewa. Makcik pakcik mohon doakan urusan Muhammad Ilham Syahid dipermudakan ya. Syahid loves uolls! Muahhhhh!!!

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Ilham Syahid 6 Months Update

  1. Insyallah…Moga semuanya dipermudahkan untuk anak istimewa umi ni.Auntie tau Syahid anak umi yang kuat..
    Umi dia pun kuat jugak!!
    All the best beb

  2. Tyuyul boleh nampak yang satu hari nanti Syahid akan jadi anak soleh yang banyak kelebihan, akan jadi anak yang bijak, akan jadi anak yg bergeliga. Semoga Ummi tabah untuk besarkan anak syurga macam Syahid nih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!