Pengalaman Pandu Uji Kereta Honda Sempena Roadtour “Terima Kasih 900K”

Blogger Events

Pengalaman Pandu Uji Kereta Honda Sempena Roadtour “Terima Kasih 900K” | Assalamu’alaikum. Genap seminggu berlalunya pengalaman Ummi dan rakan-rakan blogger memandu uji tiga (3) jenis model kereta keluaran Honda bersempena dengan Nationwide Roadtour ‘Terima Kasih 900K’. Kami diberi peluang memandu uji kereta Honda Civic 1.5L Turbocharged, Honda CR-V 1.5L Turbocharged dan Honda HR-V 1.5L Hybrid. Terima kasih Honda Malaysia kerana memberi peluang keemasan ini. Tahniah juga diucapkan kepada Honda kerana telah mencatatkan jumlah jualan ke 900,000 and of course I am one of the Honda user hehe.

Kami berkumpul di Eco Spring Lab, Taman Eko Flora. Sebelum memulakan perjalanan kami diberikan sarapan yang cukupppppppp banyak di Gold Bean 93 Cafe. Sempit rasa perut nak habiskan semua makanan hehe. Ummi acah-acah breakfast sihat tu kan. Padahal ada tiga lagi menyusul tu. Next..

Welcome notes dari Ms. Daphne Chen, Head of Brand Management.

Seterusnya Product Presentantion oleh Ms. Mastura dan Test Drive Briefing oleh Mr. Ivan dari Honda Malaysia.

Sebelum tu kami diberi peluang untuk merasai Space and Versatility Demonstration dan Honda SENSING Demonstration yang telah dipasang pada kereta Honda CR-V 1.5L Turbocharged. Masa ni memang rasa teruja sangat la kan. Tak sabar rasa nak drive dan rasai sendiri pengalaman mengaplikasikan sistem Honda Sensing tu.

Pengalaman Pandu Uji Kereta Honda Sempena Roadtour “Terima Kasih 900K”

Inilah barisan kereta-kereta berjenama Honda yang bakal dipandu uji oleh kami. Ada enam orang kesemuanya dan setiap kereta akan dipandu oleh dua orang secara bergilir-gilir. Guess who is my partner?

Siapa lagi kalau bukan Juju hehe. Pakat gelak jek lah berdua. Selain kami ada Pak Ya, Miera Hassan, Kim dan Cece.

Sebelum memulakan perjalanan kami dari Eco Flora ke Batu Pahat, kita bergambar beramai-ramai dulu bersama crew Honda. Masing-masing dah excited nak memandu uji kereta Honda.

Flag off by Ms. Daphne Chen. On your mark.. get set.. go!!

Kereta pertama yang kami pandu uji adalah Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged. Untuk perjalanan dari Eco Flora ke Bukit Indah (our first pit stop) kereta ni dipandu oleh Juju.

Pengalaman Pandu Uji Kereta Honda Sempena Roadtour “Terima Kasih 900K”

Kalau korang nak tahu, enjin Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged ni dibangunkan oleh Honda Earth Dreams Technology yang mana kehebatannya setanding dengan enjin 2.4L. Dengan teknologi ini dapat mengurangkan kesan sampingan kepada alam sekitar.

Antara kelebihan Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged ini adalah jimat minyak dengan hanya menekan butang Econ Mode, secara automatik sistem akan membantu menjimatkan penggunaan minyak.

Bentuk lampu belakang (Rear Combi Lights) seakan-akan bentuk boomerang menampakkan rekabentuk bergaya. Ummi suka sangat tengok bahagian belakangnya. Ia juga dilengkapi dengan fungsi Emergency Stop Signal (ESS) yang mana sekiranya korang stop kenderaan secara tiba-tiba lampu brek belakang dan hazard lights secara automatik menyala bagi memberi amaran kepada pemandu lain.

Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged ini juga mempunyai fungsi Cruise Control yang mana korang hanya perlu setkan kadar kelajuan yang diinginkan dan korang hanya perlu control steering. Memang membantu saat heavy traffic.

Ia juga dilengkapi dengan sistem Walk Away Auto Lock yang mana apabila korang bergerak selepas 30 saat atau sejauh 2 meter, automatik pintu kereta korang akan terkunci dengan sendirinya. Ini adalah salah satu ciri keselamatan yang diberikan untuk pengguna kereta Honda. Sekiranya korang tertinggal kunci kereta di dalam kereta, sistem penggera akan mengeluarkan bunyi dan kereta menjadi auto unlock.

Paling best bila Ummi tengok boot yang sangat luas. Kadar keluasannya adalah 519 liter. Senang nak angkut segala macam khazanah bila nak balik kampung hehe. Maklumlah Ummi kan kalau balik kampung sehari pun macam sebulan ekeke.

Dah asyik sangat bercerita kehebatan Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged sampai terlupa Ummi nak mention yang kami dah sampai di pit stop pertama yeay!! Jom sejukkan tekak dengan Tealive sambil-sambil tu jom kita masuk sekali pertandingan.

Kalau korang nak tahu, Tealive adalah salah satu rakan kolaborasi bersama Honda sempena Kempen Terima Kasih 900K.

Alang-alang korang tu dah suka sangat bubble tea bagai ni kan. Apa kata beli apa saja minuman Tealive dan korang snap gambar di standee macam gambar Ummi tu untuk sertai pertandingan ni. Hadiah lumayan sangat. Korang tak nak ke menang Honda Jazz secara PERCUMA. Tak nak? Kalau tak nak biar Ummi sorang yang join ekeke. Info lanjut berkenaan contest ni ada di bawah ya.

Next turn Ummi untuk sambung perjalanan dari Bukit Indah ke R&R Kulai dan seterusnya kami akan memandu uji kereta lain. Sekarang ni kan musim panas lit lit, jadinya korang tak perlu bimbang kepanasan dalam kereta bila masuk nanti sebab kereta Honda Civic dilengkapi dengan fungsi Remote Engine Start. Korang boleh standby siap-siap start enjin walaupun masa tu korang belum ready nak masuk kereta. Tujuannya untuk memastikan ruang dalam kereta selesa dan sejuk sebelum memulakan pemanduan.

Pertama kali bawa kereta Honda Civic edisi terbaru ni rasa memang syok sangat. Keluasan dalaman keretanya jangan katalah kan. Memang sangat selesa lagi-lagi kalau nak jalan jauh. Jalan kat highway berdezup laju tak sedar tekan minyak hahaha. Kata test drive kan, haruslah kita uji kelajuannya sekali.

Ok next, pit stop kedua adalah di R&R Kulai. Kami diarahkan bertukar kenderaan dan kali ini kami berpeluang memandu uji Honda HR-V 1.5L Hybrid. Psttttt.. kalau korang nak tahu, Ummi memang duk risik-risik Honda HR-V ni tau hehehe. Memang idaman Ummi ni hehehe. Suka sangat dengan design yang sporty ni.

Honda HR-V 1.5L Hybrid ini dilengkapi dengan sistem innovatif Sport Hybrid iDCD (Intelligent Dual-Clutch Drive) System.

Keluasan boot 404 liter (with rear seat up) dan 991 liter (with rear seat down). Pendek kata boleh masuk dua hingga tiga buah basikal uolls. Senanglah kalau Babah nak join event berbasikal lebih selamat nak bawa basikal tu kan. Semakin kuat alasan Ummi nak merisik HR-V ni tau hehehe.

Honda HR-V 1.5L Hybrid mempunyai Sport Mode dan dilengkapi dengan  7 kelajuan dual clutch transmission yang mana dual clutch membantu memastikan gear ditukar dengan cepat untuk meningkatkan penggunaan kuasa motor elektrik. Model kereta Honda ini juga didatangkan bersama dengan 6 airbags iaitu 2 di hadapan, 2 di tepi dan 2 lagi di tepi tingkap.

Eh gembira sangat muka Ummi dapat memandu uji Honda HR-V 1.5L Hybrid idaman dari R&R Kulai hingga ke Fika Cafe, Batu Pahat di mana di situlah pitstop kami seterusnya untuk berhenti makan tengahari. Syok weh berangan bawak HR-V. Berangan tu kan percuma.

Makan dulu uolls hehehe.

Perjalanan kami seterusnya ke BP Mall yang mana kami berpeluang menyertai Roadtour “terima Kasih 900K”.

Penerangan ringkas dan penuh berinformasi mengenai Kempen Terima Kasih 900K. Untuk menyertai peraduan ini korang boleh baca info di bawah ya.

Seterusnya kami menuju ke K.M Lim Motor Sdb Bhd, salah satu Honda Dealer yang berada di bandar Batu Pahat.

Korang berpeluang menyertai pertandingan Terima Kasih 900K dan berjaya mendapat 1 tiket sekiranya korang berjaya memandu uji mana-mana kereta Honda di Honda Dealer berhampiran. Atau pun korang cari emblem yang tersembunyi dan ikut arahan seperti di bawah.

Dari Batu Pahat hingga R&R Kulai, turn Juju memandu uji Honda CR-V 1.5L Turbocharged. Ummi duduk sebelah sambil menyaksikan kehebatan Honda CR-V 1.5L Turbocharged memejut di highway.

Honda CR-V 1.5L Turbocharged dilengkapi Honda SENSING diliputi dengan tujuh (7) ciri keselamatan iaitu Adaptive Cruise Control (ACC)Low-Speed Follow (LSF), Collision Mitigation Braking System (CMBS) dengan Forward Collision Warning (FCW), Lane Keeping Assist System (LKAS), Lane Departure Warning (LDW) dan Road Departure Mitigation (RDM).

Antara tiga jenis model Honda ni, Honda CR-V 1.5L Turbocharged mempunyai keluasan boot paling besar. Korang nak angkut 4 luggage pun masih muat lagi tau. Keluasan adalah 522 liter (with rear seat up) dan 1.084 liter with rear seat down). Memang selesa lah.

Memang syok woooo drive Honda CR-V 1.5L Turbocharged. Ummi tak pernah bawa SUV tau. Kira memang ini pertama kali. Lagi syok dapat test fungsi Adaptive Cruise Control (ACC). Senang betul, anya set kelajuan yang kita inginkan dan kita hanya perlu control steering. Once kita tekan brake fungsi ACC akan terbatal. Kalau perjalanan jauh dan heavy traffic pemandu dapatlah relax sikit kan.

Ummi memandu sehingga kami balik semula ke Eco Flora. Alhamdulillah selamat sampai dan menikmati jamuan petang. Thanks Honda Malaysia. Memang ini pengalaman paling berharga untuk Ummi dan kawan-kawan.

Korang jangan lupa sertai peraduan Terima Kasih 900K ni tau. Ada 4 cara nak menang 9 buah Honda. Korang baca cara-caranya di bawah. Jangan lepaskan peluang berharga ni ya. Mana tahu korang salah satu pemilik Honda HR-V Hybrid tu. Hmmmmm.. makan hati Ummi tengok hahaha.

Oklah, jom tengok video pendek sesi pandu uji dari Johor Bahru ke Batu Pahat bersama team Honda Malaysia.

TEALIVE X HONDA

➡️ SNAP➡️ WHATASAPP ➡️ WIN
26 August – 22 September 2019 

Macamana nak join? Mudah je..

▶️ Beli mana-mana minuman Tealive.. Snap gambar korang di standee Tealive X Honda: Road To Breakthrough
▶️ Lengkapkan slogan “Tealive and Honda are….”   tidak kurang dari 90 patah perkataan (Eng/BM/Ch). 
▶️ Whatsapp gambar & slogan ke +6017 619 4750 beserta Nama Penuh, No. K/P dan Alamat Email.

️ Contoh:
“Tealive and Honda are inspiring brand that promote breakthrough, Hernee binti Samshudin, 810516XXXXXX, hernee.nazir@gmail.com

Korang berpeluang mendapat hadiah yang sangat-sangat mengujakan tau..

GRAND PRIZE – 1 x Honda Jazz

WEEKLY TOP 3 – 1 tahun PERCUMA minuman Tealive + Finalis Grand Prize

WEEKLY TOP 30 – Finalis Grand Prize

Amacam? Tak nak cuba ke?  Kata orang, alang-alang beli Tealive baik masuk contest.. alang-alang masuk contest baik menang Honda Jazz

Dah apa tunggu lagi.. sila ke Tealive berdekatan korang ya. Apa info boleh check di Tealive Asia.

SYOK X HONDA

SYOK-ING HONDA GIVEAWAY‼️

Korang pernah dengar Astro radio dari apps Syok? Ummi memang dah lama installed senang nak dengar radio hehe.

Kata orang alang-alang dah install apps Syok tu, apa kata join sekali “Syok-ing Honda Giveaway” tu. Untung-untung rezeki sebuah kereta Honda. Caranya mudah sahaja.

Layari link dibawah, isikan form dan ikut arahan seterusnya. 
https://en.syok.my/Win/SYOK-ing-Honda-Giveaway

UNIFI X HONDA

Berita baik untuk pelanggan Unifi, sempena kempen “Terima Kasih 900K”, korang pun berpeluang untuk menyertai contest Honda ni tau. Rugi la kalau tak cuba dah alang-alang melanggan Unifi baiklah join contest Honda tu kan. Rezeki mana kita tahu kot-kot langgan punya langgan dapat sebuah kereta Honda HR-V Hybrid. Perghhh kereta idaman Ummi tu uii. Memang syok drive HR-V Hybrid ni. Korang tak nak ke? PERCUMA pulak tu.

Caranya memang mudah.. korang hanya perlu download app Unifi dan ikuti arahan seterusnya. Mudahkan? So, apa tunggu lagi. Honda HR-V Hybrid tak datang bergolek kalau tak cuba.

Sempena kempen “Terima Kasih 900K” Honda Malaysia berbesar hati untuk menghadiahkan 9 buah kereta berlainan model kepada anda semua secara PERCUMA! Ya PERCUMA je uolls. Suka tak? 
.
Caranya mudah saja. Korang hanya peelu ikut 10 langkah dalam seperti di dalam gambar tu ya..
.
Langkah 1 – Imbas kod QR ATAU layari honda.com.my/microsite/900k
.
Langkah 2 – Klik NEW ENTRY dan isi butiran anda. 

Langkah 3 – Klik SUBMIT. Pengesahan melalui e-mel akan dihantar kepada anda. 

Langkah 4 – Kunjungi Pengedar Sah Honda berdekatan anda. 

Langkah 5 – Di Pengedar Sah Honda, imbas semula kod QR yang sama ATAU layari semula honda.com.my/microsite/900k

Langkah 6 – Klik EXISTING ENTRY dan masukkan No. KP anda. 

Langkah 7 – Selesaikan salah satu atau kesemua aktiviti untuk mendapatkan e-tiket.
.
Langkah 8 – Masukkan e-mel pengedar Honda. 

Langkah 9 – E-tiket akan di e-mel kepada anda ATAU minta wakil pengedar untuk cetak e-tiket. 

Langkah 10 – Hadiri GRAND FINALE pada hujubg bulan September 2019.

Senang je kan? Jadi apa tunggu lagi. Tuah ayam nampak di kaki, tuah korang dapat sebiji Honda!

Jom like page HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

14 thoughts on “Pengalaman Pandu Uji Kereta Honda Sempena Roadtour “Terima Kasih 900K”

  1. Best kan kak Hernee dapat test ketiga-tiga jenis kereta Honda ni.. kite paling suka CR-V… Mantopppp sangattttttttttt…

  2. Wowww..nampak syoknyaaaaa test drive…. Canggihh semua kereta tu….banyak sistem keselamatan ye….

    Thanks info pasal contest tuuu…nak cuba nasibb….best lahai kalau ada rezeki…..

  3. lama mengidam nak pakai honda..Tapi tabung rumah tak penuh lagi…Nak penuh lambat la…hahaha..tapi best gak kalau join contest.mana tau ada luck kan

    1. tu lah..ukur baju di badan sendiri konsepnya kan.. join la contest tu untung2 rezeki..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!