Value Set Lunch Di Delish Restaurant Ramada Meridin Johor Bahru

Foods Review Geng Jumaat

Value Set Lunch Di Delish Restaurant Ramada Meridin Johor Bahru | Assalamu’alaikum. Cerita dua minggu lepas. Petang Rabu Ummi ternampak post Value Set Lunch di facebook page Ramada Meridin Johor Bahru. Maka Ummi teruslah mengetag Geng Jumaat menyatakan hasrat di hati hehe.

Tak tunggu Jumaat, lunch hari Khamis kami dah berdezup ke sana. Bukan jauh mana pun dari PTP ke Ramada ni. Lebih kurang 10 minit sampailah. Dekat je dengan Legoland.

Sementara menanti waiter sampai, meh la kita buat apa yang patut haha.

Ini dia Value Set Lunch RM15.90 nett di Delish Restaurant, Ramada Meridin Johor Bahru. Ada empat (4) jenis menu semuanya, iaitu Char Kuey Teow Set, Cantonese Kuey Teow Set, ‘Kampung’ Fired Rice Set dan Masala Curry Chicken Set. Set Value Lunch ini boleh didapati pada hari Ahad hingga Jumaat dari jam 12.00 tengahari hingga 3 petang.

Ini pula Value Sets RM28.00 nett terdiri daripada empat (4) menu, Crispy FIsh Burger Set, Grilled Chicken Wrap Set, ‘Javanese’ Lamb Skewer Set dan Teriyaki Ginger Beef Set. Value Sets ini boleh didapati pada hari Ahad hingga Jumaat dari jam 12.00 tengahari hingga 10.30 malam.

Nons in action hahaha. Muka amacam serious tapi jiwa halus setara dengan suaranya yang halus gemersik bak buluh perindu.

Ummi layan peminat nak bergambar ekekeke.

Kasi can lah kita nak juga bergambar sesorang. Bila bergambar-gambar ni dapat juga kill the times kan hehe. Sementara menunggu tu dorang serve mushroom soup untuk kami bertiga. Ok makanan dah sampai.

Ini Char Kuey Teow Set.. Ummi yang punya. Dihidangkan dengan buah-buahan dan air serta jeruk lada.

Close up sikit. Char Kuey Teow ni banyak tau. Memang tak lokek rencah.. ada kerang, udang, fishball. Memang puas hati. Semput juga Ummi nak habiskan.

Ini Cantonese Kuew Teow Set.. Noni yang punya. Dihidangkan juga dengan buah-buahan dan air.

Ini Kampung Fried Rice Set untuk Eqa. Ada papadom dan telur mata sebiji. Juga dihidangkan dengan air dan buah-buahan.

Sempat lagi wefie. Apa ada hal. Geng Jumaat aka Geng Makan dah immune dah dengan perangai Ummi. Ke diorang redho jek? hahaha.

Next to the counter ada mother’s room and kids play area. Itu yang buat Ummi tertarik. Senanglah emak-emak nak urus anak kalau ke sini hehe.

Surau wanita pun luas. Dekat je dengan tandas.

Dalam lift pun sempat posing lagi. Muka kekenyangan hahaha.

Ummi dengan baju keparat korporat. Kebetulan hari Khamis tu ada department’s photoshoot. Nasib baju tu muat tau hahaha. Jenuh tarik nafas sepanjang office hour hahaha.

Pepanas berdenting ni rasa nak terjun dalam swimming pool je haha. Ummi tak pasti swimming pool ni open untuk orang luar yang tak stay sini ke tak. Kalau open cun juga ek, boleh bawak The Ilhams kecebushhhhhh kat sini hehe.

Oklah, promosi Value Set Lunch tu masih berlangsung. So kalau korang nak cuba silalah ke Ramada Meridin ni ya. Tak tahu location ada map kat bawah tu. Kalau orang Gelang Patah sesat ke sini memang nak kena babap hahaha. Actually, dah dua kali Ummi lunch set ni haha. Big boss skodeng IG Ummi lalu terkecur dan ajak kami makan kat sini. Itu next entry la ya. Keluar bila tak tahu hehehe. Ok till then, babai!

Alamat:
No 5, Jalan Legoland,
Bandar Medini Iskandar,
79250 Iskandar Puteri, Johor,
Malaysia.

Phone:
+607-531 8888

Email: 
info@ramadameridinjohor.com

Loading

Related Posts

8 thoughts on “Value Set Lunch Di Delish Restaurant Ramada Meridin Johor Bahru

  1. Memang sedap makan di Ramada, mahal ke murah ke memang puashati semua menunya..terus teringat buffet ramadhan dia..

  2. sekarang ni banyak hotel buat set lunch murah berbaloi2 kannnnn!

    kak oo kak…compress la gambar before upload, lambat dia loading kalo saiz besar ngat aihhh :p

    1. gelang patah dulu bukan yg sekarang ok..dulu senang je nak cari tempat makan.. orang luar je yg tak tahu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!