JJCM Kluang – Brunch at Kluang RailCoffee

Family's Activity Foods Review

JJCM Kluang – Brunch at Kluang RailCoffee| Assalamu’alaikum. Cerita dua minggu lepas masa public holiday Hari Pertabalan Agong, Babah ajak balik kampung (balik hari) Ummi on je. Tetiba muncul idea nak ajak Babah brunch di Kluang RailCoffee ekeke. Nampak permainan Ummi di situ ekekeke.

Berdezup Ummi snap I Love Kluang ni hahaha.

Mula-mula plan nak railway station tu, sekali sampai-sampai orang penuh gila. Siap ada yang berdiri menunggu kat luar. Cuaca dah semakin panas tak sanggup pulak Ummi nak menunggu.

As usual, sini pun orang kus semangat tapi masih ada meja kosong lagi. Maka sepantas kilat Ummi sambar meja kosong tu. Lalu tanpa membuang masa Ummi pun orderlah menu yang menjadi idaman kalbu. Lama ui tak pekena menu-menu kat sini.

Kopi Ais untuk Ummi dan Kopi Cendol Ais untuk Babah Fuhhhh. Mantap! Sekali sekala apa salahnya.. oppssss..

Orang dah terer minum kopi la katakan ekekeke. Budak dua ketul tu minum sirap ais dan sirap suam.

Roti Bun Bakar 2 set. Sekelip mata ghaib hahaha.

Nasi Lemak untuk Syamil.

Nasi putih lauk sambal sotong untuk Abang Ilham. Dia suka sangat sotong plastik ni hahaha.

Mee Hoon Kari untuk Ummi dan Mee Kari untuk Babah. Ya ampun sedap. Rasa pernah try sekali je dulu. Bila dapat semangkuk ni fuhh nikmat duniawi haha.

Tak complete kalau tak order telur separuh masak ok.

Total makan semua hanya RM40.60 hehehe.

Nak tahu kenapa Abang Syamil bermuram durja? Sebabnya dia merajuk, gelas air sirap dia tak sama tinggi dengan Abang Ilham hahaha. Merah mata ui menahan sedih. Semua nak sama abang. Ummi cakap je gelas dah habis hahaha.

Untuk menikmati setiap sudu mee hoon kari, Ummi haruslah berkorban bagi Babah makan dulu ekeke. Selalu pun memang gitu, makan bergilir. Barulah dapat menikmati makanan masing-masing hehehe. Berpeluh-peluh Babah menghirup kuah mee kari hahaha.

Ummi menanti penuh sabar sambil memegang budak cenonit ni yang tengah syok buat kuih hahaha.

Sebelum balik sempat Babah tapau kopi uncang Kluang RailCoffee untuk kami dan Tok Ayah.

Ok untuk korang yang belum pernah sampai ke Kluang RailCoffee dan belum berkesempatan menikmati menu-menu best kat sini, boleh lah sekali sekala Jalan-jalan Cari Makan ke Kluang. Letak sesiap dalam itinerary korang untuk singgah makan di sini. Serius sedap as always! Kalau nak makan mee hoon bungkus comel-comel boleh ke cawangan railway station.

31hb Ogos ni officemate Ummi buat majlis kahwin anak beliau di Dewan Serbaguna Taman Sri Kluang.. otak dah set dah ni nak mengopi kat Kluang RailCoffee ekeke. Harap Babah approve hehe. Wait and see lah ya.

Till then, babai uolls!

KLUANG RAILCOFFEE

Alamat:
20 & 21,1st Floor &Ground Floor, Jalan Tasik 1,Pusat Perniagaan Tasik,, 86000 Kluang, Johor

Phone: 
07-773 8391

Waktu Operasi:

Tuesday7am–10pm
Wednesday7am–10pm
Thursday7am–10pm
Friday7am–10pm
Saturday7am–10pm
Sunday7am–10pm
Monday7am–10pm

Loading

Related Posts

5 thoughts on “JJCM Kluang – Brunch at Kluang RailCoffee

  1. Taknak komen apa, tapi kopi Kluang tu gileee sedap!
    Adeii kecurrr nengok kopi…tolong!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!