Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Menggunakan Toros Pro Chef

Dari Dapur Hernee Nazir

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Menggunakan Toros Pro Chef | Assalamu’alaikum. Hari ni Ummi nak kongsi aktiviti masak memasak Dari Dapur Hernee Nazir. Dapur Ummi le tu, takkan dapur jiran sebelah pula hehe. Oleh kerana anak-anak duk berzikir nak ayam panggang jadi Ummi tunaikan juga. Semenjak ada Toros Pro Chef Hot Air Fryer ni laju je Ummi menggrill ayam hehe.

Jom tengok cara Ummi membuat ayam panggang. Gaya tak nak kalah ok, nak style Kenny Rogers juga hehehe.

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS MENGGUNAKAN TOROS PRO CHEF

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) 
  • Bahan-bahan untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
  • Sedikit mentega

CARA-CARA:

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Set mode Roast. Bakar selama lebih kurang 40 minit atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. Tapi Ummi sempat buat coleslaw je hehehe.

Ini ayam yang Ummi dah siap make-up kan. Sexy uuuuu..hahaha.

Ready untuk di grill menggunakan Toros Pro Chef.

Jom tengok video pendek sepanjang proses menggrill ayam.

Setelah berpusing ke kiri ke kanan akhirnya siap juga Ayam Panggang Ala Kenny Rogers. Amacam? Bertambah seksikan ayam panggang Ummi hehehe.

Kata nak ala-ala Kenny Rogers kan, jadi haruslah ada homemade black pepper sauce yang sedap. Ummi add on mushroom.

Ini homemade coleslaw. All cooked and prepared by Ummi. Nak tengok macamana rupa Ayam Panggang Ala Kenny Rogers yang dah siap plating?

Taraaaaaaaaa.. Inilah dia Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Menggunakan Toros Pro Chef. Dah siap disirami homemade black pepper sauce. Ummi terlupa nak bubuh coleslaw dalam pinggan hahaha.

Alhamdulillah Babah dan The Ilhams makan dengan suka hati. Memang sedap ayamnya tau. Juicy! Masak sekata pastinya menggunakan Toros Pro Chef. Nanti Ummi cuba buat menu lain pula ya. Will share in my blog.

Till then, selamat mencuba uolls!

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Menggunakan Toros Pro Chef

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!