DDHN | Menu Aidiladha 2019

Hari Raya Aidiladha

DDHN | Menu Aidiladha 2019 – Assalamu’alaikum. Late post hehe. Ehhh bukan banyak ke late post Ummi. Sepatutnya nak post masa hari raya or at least paling lewat semalam. Sekali entah plan kemana Ummi kemana. Selalu macam tu tau. Plan cuti nak marathon update blog tapi bila dah menghadap Syahid, kerja rumah semua kelaut dalam haha. Ok jom tengok menu Hari Raya Aidiladha kami berlima beranak yang berkonsepkan redho sebab mak kau malas nak masak banyak. Menu ni pun repeat dari pagi sampai ke malam with no complaints ekeke. Veto sangat!

Here we go our eat-sleep-and-repeat day!

Ummi masak nasi impit, ayam masak merah (must have!), lodeh dan sambal udang sahaja. Kekonon nak masak rendang daging tapi pergi kedai tengok tak ada daging fresh Ummi padamkan impian tu. Malas nak tunggu daging defross kekdahnya hahaha. Terimalah seadanya apa saja yang Ummi masak ya anak-anak dan suami ku sayang haha.

Jom zoom in one by one..

Nasi impit 30 biji sahaja hahaha.

Ayam Masak Merah aka Ayam Red. Kalau tak masak mahu merajuk Abang Ilham uii.

Lodeh hai mak lodeh, lodeh anak pak saleh.. kisahnya Ummi duk membelek apa yang rasa kurang sangat lodeh kali ni. Akhirnya Ummi dapat detect Ummi lupa beli kacang panjang ekeke. Makan je lah apa bahan yang ada ya.

Sambal Udang untuk menampakkan lauk banyak kahkahkah. Kalau tak dua jek lauk rasa kejam pulak. So Ummi repeat Sambal Udang. Nak buat serunding bagai memang mim.alif.lam.sin hahaha.

Pertama kali la Ummi bersenang lenang petang raya haha. Petang raya tu cuma siap nasi impit je. Cuma Ummi dah sesiap lumur kunyit garam pada ayam dan prepare rencah lodeh. Cili blender dan bawang memang masih banyak stok tu yang Ummi santai-santai. Malam siap dinner luar teman dengan Tok Ayah Nenek berbuka puasa di Nanny Ikan Bakar. Ummi bagitahu Babah, seumur hidup Ummi tak pernah malam raya Ummi keluar berjalan, this is the first time ok haha. Balik dari dinner, baru kau tahu langit tinggi rendah. Time tu lah baru kau nak goreng ayam, baru kau nak tumis cili kan. Saat mata kau rasa bagai digam-gam. Ahhhhh padan! hahaha. Nak tak nak kena siapkan Ayam Masak Merah sampai siap. Lodeh tu subuh punya cerita. Haaaa panjang Ummi bebel. Eh dah lah penat. Itu je la lauk pauk raya kami. The best part The Ilhams (except Syahid..of course!) makan nasi impit dari pagi sampai malam. Yeay! Achievement unlocked!

That’s all our eat-sleep-and-repeat day!

Loading

Related Posts

2 thoughts on “DDHN | Menu Aidiladha 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!