60 Pasangan Bakal Menerima Tajaan Rawatan Kesuburan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF)

Info Sharing
60 Pasangan Bakal Menerima Tajaan Rawatan Kesuburan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF)

60 Pasangan Bakal Menerima Tajaan Rawatan Kesuburan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) | Seramai 60 pasangan bakal menerima tajaan rawatan kesuburan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) bulan depan yang dipilih bersempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-60 tanggal 30 Julai ini.

CARA MEMOHON TUNKU AZIZAH FERTILITY FOUNDATION (TAFF)

KRITERIA KELAYAKAN:

1.Berdaftar sebagai pasangan suami isteri
2.Pasangan suami isteri adalah rakyat Malaysia
3.Umur isteri tidak melebihi 45 tahun
4.Bukan penderma sperma / ovum
5.Maksimum pendapatan bulanan bersama pasangan tidak melebihi RM4,000.00
6.Tempoh perkahwinan melebihi 3 tahun

JIKA MEMENUHI KRITERIA:
Pasangan hendaklah melengkapkan dan menandatangani borang permohonan berserta borang penilaian Pakar Sakit Puan

HANTAR KEPADA:
Jawatankuasa Teknikal sebagai saringan untuk penilaian

JIKA DITERIMA, HANTAR KEPADA :
Kelulusan Lembaga
**Borang permohonan boleh diperolehi dari Pusat Fertiliti yang mengambil
bahagian atau dengan menulis kepada:

Tunku Azizah Fertility Foundation
Istana Abdulaziz, Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel. : 09-573 3241
Email : taff2004@yahoo.com

Sumber: Bernama News Channel

p/s Ummi juga faham perasaan mereka yang berusaha untuk mendapatkan zuriat. We are in the same shoes. Yang menepati kriteria silalah cuba mohon. Mana tahu rezeki korang dapat tajaan Tuanku.

Baca juga: Anugerah Penyusuan Ibu Istimewa Johor 2021 Kategori Cleft Lip & Palate

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Related Posts

26 thoughts on “60 Pasangan Bakal Menerima Tajaan Rawatan Kesuburan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF)

  1. Assalamualaikum, saya berminat dan di mana untuk dapatkan borong untuk mohon

  2. ASALAMUALAIKUM.. nak Tanya berkenaan tntg borang TAFF,..adakah masih ada kekosongan ..sbb saya pun ada dapat Surat Dari pihak hospital kerajaan untuk memohon tentang ivf…sbb saya mmg dah mmg xda left right tube..

  3. Assalammualaikum…. sy nk mohon TAFF ni ye…. mcmane? Pihak hospital minta sy cuba ivf….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!