Lunch at FamilyMart Nusa Bestari

Eat Out

Lunch at FamilyMart Nusa Bestari | Assalamu’alaikum. Cerita Jumaat last week plan ke UDA Business Centre la apa la nak cari USB cable iPad sudahnya tersangkut kat FamilyMart Nusa Bestari ni. Kemain heaven lagi Ummi kau.

IMG_20190719_135855

Untuk yang belum pernah ke sini, Mudah je lokasinya sebaris RHB Bank Nusa Bestari. Inilah outlet Family Mart paling dekat untuk diterjah. Harap-harap nanti FamilyMart buka satu cawangan di Gelang Patah ekekeke.

IMG_20190719_134346

Pertama kali Ummi nak makan dan stay di Famima Cafe. Itu pun rezeki dapat meja dan kerusi kosong. Meja dan kerusi kat sini tak meriah.

IMG_20190719_132039

Dah lapar sangat, sudah tentu Oden jadi pilihan. Ummi snap cara-cara nak mengorder Oden hehehe.

IMG_20190719_133150

A bowl of Oden for me.. auwmmmm. Cekut-punya cekut amekawwww. Lapar teruk.

IMG_20190719_134325

Rasa macam semua Ummi nak cuba. 

IMG_20190719_133132 (1)

Oden ready to eat bersama minuman yang boleh tahan viral.

IMG_20190719_132958

FamilyMart  ‘Brown Sugar Bubble Milk’ RM6.90. So far tekak Ummi rasa sedaplah. Kena betul-betul kacau dan minum milk tu bersama brown sugar baru rasa dia ummpppphhh. Kalau tak kacau rasa biasa-biasa je macam minum susu semata hehehe.

IMG_20190719_133008

Zoom in brown sugar bubble.

IMG_20190719_134843

Yang paling diidamkan Matcha Sofuto. Dalam bahasa mudahnya aiskrim green tea. Oh my! This is Ummi’s favourite ok. Dulu paling tak suka matcha bagai ni. Sekali dah pekena Matcha Sofuto ni terus jatuh cinta. Dalam gambar ni satu je kan Matcha Sofuto. Kalau korang nak tahu Ummi bedal dua cone hahaha.

IMG_20190719_140544

Onigiri Spicy Chuka Kurage ni Ummi beli 2 pakcs. Dengan harapan sebagai bekalan di office untuk petang sebelum balik. Alhamdulillah kekenyangan jugalah makan Oden jek. Lepas makan terus berdezup balik office. Pulanglah ke pangkal jalan. USB cable untuk iPad tak dapat, kenyang yang dapat. Hmmmmmm.. :p

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Lunch at FamilyMart Nusa Bestari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!