Aidilfitri 2019 – Beraya Rumah Uncle Wan

Hari Raya Aidilfitri

Aidilfitri 2019–Beraya Rumah Uncle Wan | Assalamu’alaikum. Sambung lagi cerita raya ekekeke. Jumaat malam Sabtu kami ke rumah Uncle Wan beraya. Last minute plan hehehe.

IMG_20190614_211659

Semua kena pause sebab Ummi nak snap gambar ekekeke. Yang datang beraya kami anak beranak, Kak Leen dan anak-anak, Yap, Mizan dan Su.

IMG_20190614_212919

Kesian Mak Yong pun kena hold tak boleh makan dulu haha. Belakang tu tuan rumah.

IMG_20190614_211901

Eh apa hal muka Ummi kembang semangkuk? hahaha. Ummi pakai tudung Bawal Arabella dari Hijabs by Hanami. Hasil shopping online masa dalam pantang haha. Senang je terus sarung dan pin. Saiz pun besar.

IMG_20190614_212859

Part paling best kalau beraya rumah Uncle Wan ni adalah menu dari Pantai Timur hehehe. Kali ni Kak Bed masak nasi kerabu dan laksam. Dua-dua sedap hingga menjilat jari. Sampai laksam pun Ummi lupa snap kahkahkah. Ayam percik kelantan tu sedap. Ada lagi satu menu, Ketupat Sotong. Eh ketupat sotong pun tak ada gambar. Dulu masa first time cuba Ummi rasa tak boleh telan sebab manis. Sekarang ehh dah ok sedap je hehehe. Dasar kuat makan.

Sebelum balik sempat meninjau balcony garden Uncle Wan dan sempat melamar pepokoks beliau haha. Itu pun sekejap je, Babah dah warning ajak balik haha.

IMG_20190615_100311

Pokok pegaga, yang secoet ni Ummi rendam dalam air.

IMG_20190615_100432

Secoet lagi Ummi tanam dalam pasu.

IMG_20190615_100446

Yang ni daun pudina. Adalah tinggal beberapa helai sekarang ni. Cuaca panas sangat lecur daunnya. Sempat lagi kan beraya sambil berkebun hahaha. Multitasking gitu.

Ok, next kita sambung cerita beraya ke rumah Capt. Haji pulak.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!