Rayuan Derma Darah Hospital Sultanah Aminah – Darah Kumpulan B

Health

??????????????

RAYUAN DERMA DARAH
Untuk makluman tuan/puan, kepada semua yang memenuhi kriteria kelayakkan menderma darah adalah dijemput untuk sama-sama menderma darah bagi menambah bekalan darah sedia ada.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

KAMI AMAT MEMERLUKAN KERJASAMA PENDERMA DARAH KUMPULAN B

Sila hadir ke lokasi berikut untuk menderma darah ?

Waktu operasi Unit Pendermaan Darah HSAJB (Guna aplikasi Google Map) yang terletak di Jalan Mahmoodiah berhadapan Calvary Church:

https://maps.app.goo.gl/Ecm8BbdTGakw9yXu8

Ahad-Rabu : 8.00 pg-4.00ptg
Khamis : 8.00 pg- 2.30ptg
Jumaat-Sabtu : TUTUP

Kerjasama anda amatlah dihargai

NOTA:
KUMPULAN O DAN KUMPULAN A JUGA AMAT DIGALAKKAN MENDERMA DARAH

KUMPULAN AB DIPOHON UNTUK MENANGGUHKAN NIAT KERANA SIMPANAN DARAH AB MASIH BANYAK.

—————————————————————-

??????????????
KRITERIA UNTUK MENDERMA DARAH

ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :
1. Sihat tubuh badan.

2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

3. Berat badan 45kg ke atas.

4. Tidur minimum 5 jam.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.

7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
a.Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
b.Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
c.Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
d.Bertukar-tukar pasangan seks.
e.Mengambil dadah secara suntikan.
f.Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas

9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.

10. Jangan menderma jika anda :
a.Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
b.Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.

11. Membawa salah satu dokumen ASAL berikut:

WARGANEGARA MALAYSIA
-Kad Pengenalan Awam/ Tentera/ Polis.
-Lesen Memandu
-Kad Pelajar dengan No Kad Pengenalan dan gambar.

BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
-Tinggal Di Malaysia melebihi 1 tahun.
-Passport
-Kad Pekerja dengan No Kad Pengenalan dan gambar.
-Permit Kerja dengan nombor passport dan gambar
-Kad Pelajar dengan nombor passport dan gambar

Buku Penderma darah (PDN 2) untuk penderma ulangan

12. Dokumen berikut TIDAK DITERIMA bagi pendaftaran ialah
Salinan dokumen-dokumen di atas
-PATI
-UNHCR

Boleh membaca dan memahami borang pendaftaran penderma samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (penterjemah tidak boleh)

♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️

p/s Ummi memang tak pernah menderma darah lagi. Pernah cuba tapi tak lepas. Tapi Ummi sangat berterima kasih kepada penderma/ pemilik darah B di HSA. Thanks a lot! Dengan izin Allah, asbab darahnya dah menyelamatkan nyawa Ummi 4 bulan lepas selepas melahirkan Ilham Syahid. Allahu Akbar! Jadi korang yang memang memenuhi kriteria penderma darah, bolehlah mendermakan darah korang ya. Sesungguhnya banyak nyawa-nyawa yang memerlukan bantuan korang.

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Rayuan Derma Darah Hospital Sultanah Aminah – Darah Kumpulan B

  1. Allahu…akak…..saya tak pernah derma darah bila sebab dulu berat badan tak cukup..sekarang semua syarat2 tu cukup untuk saya pergi….saya darah B……..rasa macam nak pergi! thanks kak!

  2. kak.. kite dah B.. penah derma darah sekali b4 kawen.. lepas derma darah kite pengsan kejap.. haha.. sbb sehari sblm tu puasa kot.. tula sekali jer derma darah.. pastu pregnant, bf, pregnant, bf.. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!