My So Called “Me Time”

Anything About Me

My So Called “Me Time” | Assalamu’alaikum. Tajuk macam beriyakan. Macam “Me Time” nya tu 5 hari hahaha. Bila dah start jadi mak-mak ni faham-faham je lah. Masa banyak habis dengan anak-anak. Memang susah la nak jumpa masa bersendirian unless working mom ada la masa kat office yang tanpa gangguan anak-anak. Untuk ibu-ibu hebat yang tak bekerja, Ummi tabik spring kat korang yang memang 24/7 365 days dengan anak-anak.

Bercerita pasal “Me Time”, ada yang setuju ada juga yang kurang setuju. Pada Ummi tak salah pasangan kita diberikan “me time” masing-masing. Mungkin dengan “me time” dapat refresh segala energy, emosi, dan sebagainya. Tapi perlu diingat, semua itu dalam kadar berpada-pada, janganlah over sampai lupa tanggungjawab hakiki pada anak dan suami atau isteri. Ummi memang kurang masa dengan kawan-kawan kecuali waktu bekerja, jadi bila dapat keluar kemana-mana sorang-sorang tu, Ummi fefeeling “me time” sangat ekekeke. Eventhough masanya tak lama mana. Pergi kedai Acheh sorang-sorang pun “me time” ok hahaha. “Me time” Babah buat masa ni adalah cycling time dengan geng kayuh dia.

Ini “me time” Ummi, sambil berangan sorang-sorang di Secret Recipe, Mallof Medini. Teringin nak sedut Chocolate Ice Blended, tapi yang datang rasa kopi. Kopi pun kopi lah labu.

Abaikanlah muka Ummi tu ya. Entah-entah ada orang meja sebelah perati je makcik kampung ni selfie sesorang hahaha. Sebenarnya ni lepas balik event Legoland yang Ummi terlewat sampai tu datang makan je hahaha. Masa ada banyak lagi sebelum balik office. Almaklumlah rehat hari Jumaat. Kalau dengan Geng Jumaat haruslah masuk mana-mana restoran. Tapi ni sesorang dan perut pun dah kenyang makan sedap kat Market Restaurant, Legoland Theme Park. Just buang-buang masa sambil scroll facebook hahaha.

Ni sempat duduk kat foyer Mall of Medini hahaha.

Nampak tu banyak time lagi hahaha. Bukan nak tunjuk jam murah tu ya. Saja gatal tak buka hand band hahaha.

Nampak tu Ummi tukar topi jadi geng media kejap. Kita geng media level makcik kampung jek wak. Ikut sedap kita je nak update blog and social media hahaha.

Last but least, masa selfie ni Ummi nampak pak guard tepi Burger King perati je kahkahkah. Beranganlah kau makcik!

Loading

Related Posts

2 thoughts on “My So Called “Me Time”

  1. betul tu kak.. kite pun rasa dapat g kedai sorg2 pun dah cukup best.. apa lagi kalau dapat gi minum sorang2.. haha me time sangat rasanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!