14 July 2019 | Ilham Syahmi Turns 8!

My Hero Kechik - Ilham Syahmi

14 July 2019 – Ilham Syahmi Turns 8! | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah hari ni genap usia anak sulong Ummi, Muhammad Ilham Syahmi my precious baby yang ke 8 tahun. Bila kenangkan balik usaha nak mendapatkan anak ni rasa sayu hati. Alhamdulillah akhirnya Allah bagi rezeki anak untuk Ummi Babah. Hadirlah Ilham Syahmi 8 tahun lepas dengan wajah Koreanya hahaha. Sekarang dah tak berapa Korea tekak je dah ke arah Korea Jepun hahaha.

Ummi, Babah, adik-adik sayang Abang Ilham. Semoga dipanjangkan usia yang penuh berkat, dapat menjadi anak dan abang yang soleh yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Allah melindungi Ilham dari melakukan segala perbuatan keji dan mungkar.

Sempena birthday ke 8 ni Abang Ilham ada wishlist. Tapiiiiiii.. ada tapinya.. “8th Birthday Wishlist” ni agak sukar untuk Ummi dan Babah tunaikan.

Ilham request Babah anjurkan pertandingan nyanyian sebiji macam Ceria Megastar Ministar.. dia suruh buat kat dewan.. Tok Ayah jadi juri.. Ummi pun dia kerah jadi juri.

Daddy Ngah & Uncle Cu kena tolong Babah kemas dewan.. dia nak buat konsert 10 minggu.. dia dah siap ada list 6 buah lagu tapi Syamil tak boleh pilih lagu sama dengan dia.. nanti dia nak ajak 12 orang kawan dia join pertandingan ni.. masa Babah tolak cadangan dia ni.. muncung dia dah jejak Singapore.. hahahaha.

Aduhaiii dia ingat senang ke nak buat event tu.. lagi satu dia ingat Ummi sebagai juri nak pilih anak sendiri menang ke? hahaha. Ada sesiapa sudi join pertandingan nyanyian Ilham ni? Meh register. Ke kalau ada syarikat gergasi nak sponsor event “Desa Paya Mengkuang Megastar Ministar” sila tampil ke hadapan.

Inilah dia Abang Ilham Syahmi. Dia takkan puas hati kalau benda yang dia suka dia tak cuba sendiri. Dia bagitahu Ummi nanti kalau kat sekolah ada pertandingan menyanyi dia nak masuk sebab cikgu ada bagitahu hari tu hahaha. Heyyy apa kes anak Ummi semua suka menyanyi ni? hahaha. Menurun perangai Ummi gamaknya. Tapi Ummi menyanyi level bilik air dan kat workstation je la hahaha.

Semalam birthday boy request nak makan bakar-bakar kat Seoul Garden. Ko rasa Ummi nak reject ke permintaan beliau? Mana mungkin kan hahaha. Lagi Ummi suka ada lah hehe. Nanti Ummi update sesi menjamu selera kami 5 beranak ya. Ehhh.. sorang lagi tukang tengok je hehe.

Ok penat bebel. Babai!

Loading

Related Posts

4 thoughts on “14 July 2019 | Ilham Syahmi Turns 8!

  1. happy birthday ilham syahmi.. perghhh.. dahsyat wishlist ilham ni.. kalau ummi buat event tu jgn lupa jemput auntie dilah ye.. dapat jadi juri awam pun jadi la.. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!