Sea Life Malaysia Daya Tarikan Terbaru Di Legoland Malaysia Resort

Family's Activity

SEA LIFE Malaysia Daya Tarikan Terbaru Di Legoland Malaysia Resort | Assalamu’alaikum. Cerita bulan lepas, Ummi dan The Ilhams berpeluang merasai pengalaman menarik di SEA LIFE Malaysia di Legoland Malaysia Resort. Budak berdua tu of course lah happy semacam. Memang itulah yang diorang doa-doakan nak ke Legoland.

IMG_20190525_160931

Sementara menanti launching of the event, diorang redho je Ummi suruh posing hehehe.

IMG_20190525_161301

Siap ko bentang map ye nak. Macam lah tak pernah sampai sini hahaha.

IMG_20190525_161108

Wefie dengan body guard Ummi.

IMG_20190525_164617

Sebelum kita menerokai SEA LIFE, kita menyaksikan Launch of LEGOLAND® SEA LIFE Malaysia oleh Mr. Kurt Stocks, General Manager at LEGOLAND® Malaysia,Kristian Griffin, General Manager, SEA LIFE Malaysia and Thila Munusamy, Sales and Marketing Director, LEGOLAND® Malaysia Resort bersama SEA LIFE Malaysia Junior Rangers. yang comel di tengah-tengah tu adalah SEA LIFE Malaysia mascot, Sharkie.

IMG_20190525_162616

SEA LIFE Malaysia merupakan akuarium 2 tingkat terletak bersebelahan dengan Merlin Entertainments, LEGOLAND® Malaysia Theme Park, LEGOLAND® Water Park dan LEGOLAND® Hotel dengan keluasan 2,123m². Ianya merupakan akuarium bertema LEGO® interaktif pertama di negara ini. Akuarium interaktif di SEA LIFE Malaysia menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik yang menggabungkan pendidikan dan pemuliharaan dengan gabungan pendekatan imaginasi bangunan LEGO® melalui permainan, Mempunyai 25 tank dan 11 zon habitat merangkumi 13,000 hidupan laut dari 120 spesis. SEA LIFE Malaysia mempunyai tanki terbesar yang dipenuhi dengan 400,000 liter air (Ocean Tank) dimana pengunjung boleh menyaksikan sendiri Stingrays, Zebra Sharks, Black Tip Reef Shark, Seahorses,dan hidupan laut yang lain. SEA LIFE Malaysia memanfaatkan edutainment untuk mengekalkan lautan dan melindungi hidupan laut.

IMG_20190525_165032
IMG_20190525_165046

Baru jumpa first akuarium diorang dah excited. Geram tengok ikan-ikan comel.

IMG_20190525_165250

Jangan bimbang kalau korang tak faham apa jenis ikan yang ada di sini, SEA LIFE Tourist Guide ada dan yang bestnya diorang sangat friendly dan very knowledgeable. Di setiap akuarium pun akan ada display untuk segala informasi berkaitan hidupan laut. Mudah untuk pengunjung membuat rujukan.

Ok jom kita teruskan pengembaraan di dalam SEA LIFE Malaysia.

Apa yang best di SEA LIFE MALAYSIA?

Shoaling Ring
Rock Pool
Malaysia Rainforest
Jellies
Seahorse Nursery
Stingrays Bay
Coral Reef
Amazing Creations
Sunken Shipwreck
Ocean Tunnel
Ocean Cave
Behind-The-Scene Sea Life Malaysia

SEA LIFE Malaysia Daya Tarikan Terbaru Di Legoland Malaysia Resort

AQUARIUM ZONES

Jom kita terokai “underwater world experience” di SEA LIFE Malaysia dengan 11 zon bertema  unik.

SHOALING RING

600x300-shoaling-ring-2
IMG_20190628_163020

Dalam akuarium ni ada beratus-ratus ikan jenis fusilier berekor kuning. Memang nampak cantik sangat.

ROCK POOL

Korang pernah ada pengalaman memegang tapak sulaiman mahu pun gamat? Kalau tak pernah, korang berpeluang memegang sendiri di Rock Pool area.

Pakar-pakar di Rock Pool akan membantu pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut mengenai habitat mikro yang menarik di sini.

IMG_20190525_165414
IMG_20190525_174434
IMG_20190525_174440

Abang Ilham excited dapat pegang Tapak Sulaiman (Chocolate Chip Sea Star/ Protoreaster Nodosus). Tapi tak boleh angkat tapak sulaiman tu tau. Staff kat situ dah pesan pada setiap pengunjung terutamanya kanak-kanak.

IMG_20190525_174448

Syamil pun tak lepaskan peluang.

IMG_20190525_174458

MALAYSIAN RAINFOREST

MALAYSIAN RAINFOREST sea life

Pengunjung akan melalui kawasan hutan hujan yang subur yang dikelilingi oleh sungai. Inilah peluang untuk mempelajari tentang Sungai Johor yang ikonik. Di sini pengunjung dapat menemui sejarah Sungai Johor, kerja-kerja pembersihannya dan yang paling penting haiwan apa yang hidup di dalamnya. Tahu tak berapa panjang Sungai Johor? Sungai Johor adalah 123 km panjangnya. Kalau korang nak tahu lagi info menarik tentang hidupan yang ada di Sungai Johor korang bolehlah berkunjung ke SEA LIFE Malaysia. 

JELLIES

Ok kita beraloh ke kawasan akuarium obor-obor. Adakah korang tahu bahawa obor-obor lebih tua daripada dinosaur? Ummi pun baru tahu hehehe.

IMG_20190525_165806
IMG_20190525_165824

The Ilhams kagum sangat tengok Obor-obor Bulan (Moon Jellies/ Aurelia Aurita).

IMG_20190525_181202

Sebenarnya Ummi punya tengkuk meremang bila tengok obor-obor almaklumlah dulu masa Form 2 ada sejarah disengat obor-obor masa mandi-manda di Batu Feringghi, Pulau Pinang hehe. Tapi Ummi nak juga bergambar kenangan di sini. Rasa amazing gila tengok obor-obor ni.

SEAHORSE NURSERY

IMG_20190525_174250
IMG_20190525_174323

Seterusnya Sea Horse Nursery. Korang berpeluang mengetahui spesies laut yang unik ini dengan memerhatikan tabiat hidup dan pembiakan mereka. Bila kita fahami lebih banyak tentang hidupan ni ianya akan membantu kita memelihara spesies dan habitat mereka.

STINGRAYS BAY

IMG_20190525_165559

Ini juga antara kawasan kegemaran The Ilhams, Stingrays Bay. Apa tidaknya diorang berdua memang suka makan ikan pari jadi bila tengok the real ikan pari berenang-renang diorang teruja habis.

IMG_20190525_165609

Siap suruh Ummi masak asam pedas ikan pari.. Adooomakkk! Nampak cantik sangatkan ikan pari tu. Ada kawasan luas tau untuk korang duduk dan menyaksikan ikan pari ni.

IMG_20190525_165616

Nampak cantik sangatkan ikan pari tu. Ada kawasan luas tau untuk korang duduk dan menyaksikan ikan pari ni.

CORAL REEF

Di Coral Reef area di mana korang boleh menyaksikan batu karang yang sangat cantik.

IMG_20190525_171931

Kemain suka lagi Abang Ilham tu kan. Kesian Syamil tu nampak dahi je hahaha.

IMG_20190525_172009

Dalam terumbu karang ni korang boleh tengok ada regal tang fish, blue spotted butterfly fish dan clownfish yang cantik. Rasa amazing sangat ciptaan Allah.

IMG_20190628_171419

IMG_20190628_171405

IMG_20190628_171425

AMAZING CREATIONS

Di Amazing Creation, kanak-kanak berpeluang memilih dan mewarna hidupan laut mereka dan menjadikannya hidup di lautan digital. Mereka juga boleh memberi makan hidupan ciptaan mereka tau.

IMG_20190525_173347

Abang Ilham warnakan obor-obor.

IMG_20190525_173356

Abang Syamil pula warnakan ikan.

IMG_20190525_173402
IMG_20190525_173548

Yeay! Ikan Abang Syamil dah berenang-renang.

SUNKEN SHIPWRECK

600x300-sunken-shipwreck
IMG_20190628_170605

Pernah tengok kapal karam yang tenggelam yang dikelilingi sotong kurita dan belut? Haaa di Sunken Shipwreck korang boleh tengok tu semua. . Terokai kapal karam Portugis Wanli Shipwreck yang menakjubkan dan misteri, dan pelajari bagaimana ianya telah menyumbang pengetahuan mengenai pengeluaran, perdagangan dan pengedaran seramik yang membentuk bahagian penting sejarah maritim di rantau Asia Tenggara.

OCEAN TUNNEL

Seterusnya jom nikmati pemandangan 180 darjah dunia bawah laut di Ocean Tunnel. Jangan tak tahu, korang boleh tengok sendiri Black Tip Reef Sharks berenang-renang di sekeliling akuarium ni tau. Selain itu ada juga Zebra Sharks tau. Zebra Sharks diklasifikasikan sebagai haiwan terdedah kepada bahaya dalam senarai merah IUCN(International Union for Conservation of Nature).

IMG_20190525_172215
IMG_20190525_172217
IMG_20190525_172222
IMG_20190525_172231
IMG_20190525_172247
IMG_20190525_172259
IMG_20190525_172309

Nampak tu Zebra Sharks berenang-renang di sekeliling akuarium.

IMG_20190525_182249
IMG_20190525_172339

Ummi suruh posing dah keluarlah memacam gaya dari diorang.

IMG_20190525_182536
IMG_20190525_182541

Yeahhhh.. one for the memories.. ehh two ekekeke.

IMG_20190525_171859

IMG_20190525_172815

IMG_20190525_173027

Nampak tu lain macam posing sekarang, dah macam gaya Abang Zaki Awak Makan Apa? hahaha.

OCEAN CAVE

Di Ocean Cave pengunjung berpeluang melihat gua laut dalam dan juga menonton pelbagai ikan di depan mata melalui kaca cekung.

IMG_20190525_172417

Ummi suka gila gambar The Ilhams posing kat depan Ocean Cave ni tau. Next another best part of Sea Life.. Behind-The-Scene Tour.

BEHIND-THE-SCENE TOUR

Behind-The-Scene Tour ni pengunjung berpeluang mengetahui cara penjagaan, pemuliharaan dan pemakanan yang diberikan kepada hidupan di Sea Life. The Ilhams excited masuk dalam ni tau. Untuk ke sini ada bayaran yang berasingan dari tiket masuk tau. Harga tiket Behind-The-Scene Tour boleh rujuk info di bawah.

IMG_20190525_165945

1. Life Support System – dapat mengetahui sistem sokongan hayat haiwan termasuklah peralatan yang digunakan dan sebagainya.

IMG_20190525_171124

2. Animal Health Care – dapat mengetahui cara penjagaan kesihatan haiwan.

IMG_20190525_170024

3. Laboratory – Makmal untuk menjalankan uji kaji ke atas haiwan dan pemakanan.

IMG_20190525_170020
IMG_20190525_170534

4. Food Preparation– Penyediaan makanan untuk haiwan.

IMG_20190525_170151
IMG_20190525_170352

Nampak tu The Ilhams tengah excited merasa tekstur makanan untuk ikan.

IMG_20190525_171340

Ini adalah kawasan untuk kuarantin hidupan yang bermasalah.

IMG_20190525_172438

Sebelum pengunjung menuju keluar Sea Life, jangan lupa dapatkan gambar sepanjang korang menerokai Sea Life ya. Gambar yang diambil dari photographer bertugas boleh di print mengikut pakej yang disediakan.

Satu lagi laluan bahaya untuk Ummi hahahaha. No.. no.. bukannya ada sharks.. bukan. Ummi takut kena cukai dengan The Ilhams hehehe.

IMG_20190525_172447
IMG_20190525_182640

Sebelum betul-betul keluar dari Sea Life, korang boleh dapatkan merchandise Sea Life di sini.

IMG_20190525_182855

Memang rambang mata tau. Cantik betul fridge magnet ni.

IMG_20190525_183246

Tapi sudahnya Ummi beli dua firdge magnet untuk The Ilhams, satu nemo satu lagi shark. Untuk Ummi, Ummi beli lanyard comel Sea Life. Memang kami enjoy menerokai Sea Life. Harap next time dapat meronda lagi. Balik rumah memang tak habislah potpet diorang berdua bercerita dengan Babah.

Untuk korang yang nak merasai sendiri pengalaman meneroka hidupan laut di Sea Life bolehlah baca info di bawah ya. Harga tiket semua Ummi ada sertakan.

HARGA TIKET SEA LIFE MALAYSIA

BEHIND-THE-SCENE SEA LIFE TOUR

RM25/pax, need to buy SEA LIFE entry ticket first
Max allocation – 15 pax per session (20 minutes)

FULL GATE RATE (DAY TICKET) FOR MALAYSIAN/ SINGAPOREAN/ INTERNATIONAL

Themepark – Adult RM231, Child RM185
Waterpark – Adult RM157, Child RM128, Toddler RM11
SEALIFE – Adult RM95, Child RM74
1 Day Themepark + SEA LIFE – Adult RM278, Child RM221
1 Day Themepark + Waterpark + SEA LIFE – Adult RM313, Child RM250
2 Day Themepark + SEA LIFE – Adult RM336, Child RM279
2 Day Themepark + Waterpark + SEA LIFE – Adult RM371, Child RM308

ANNUAL PASS RATE FOR MALAYSIAN

Single park pass (Themepark) – Adult RM231, Child RM185
Double park pass (Themepark + SEA LIFE) – Adult RM278, Child RM221
Triple park pass (Themepark + Waterpark + SEA LIFE) – Adult RM313, Child RM250
*For Singaporean – plus RM58 for every prices
*For International – plus RM98 for every prices

Untuk promosi dan aktiviti terkini LEGOLAND® Malaysia Resort sila ikuti melalui Facebook dan  Instagram.

Loading

Related Posts

3 thoughts on “Sea Life Malaysia Daya Tarikan Terbaru Di Legoland Malaysia Resort

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!