Diari Seorang Exclusive Pumping Mom (EP Mom)

Diari Seorang Exclusive Pumping Mom (EP Mom) | Assalamu’alaikum. Perjalanan penyusuan susu ibu Ummi bersama Ilham Syahid berbeza dari anak-anak sebelum ini dan agak lebih mencabar.

Dengan Ilham Syahid Ummi belajar sesuatu yang baru. Belajar menjadi ibu kepada seorang anak istimewa yang tak boleh menyusu secara direct. Sedih? Memang ada sedikit rasa sedih, tapi cukuplah sedih sekejap saja. Selagi Allah beri rezeki susu untuk Ilham Syahid itu dah cukup buat Ummi rasa bersyukur. Ummi kena usaha lebih untuk Ilham Syahid. 

Dah masuk 4 bulan Ummi jadi EP Mom (Exclusive Pumping Mom) jadi sahabat baik Ummi tentulah Cik Lacte pemberian dari Babah Ilhams. Selain dari sokongan padu Babah Ilhams dalam dunia penyusuan susu ibu semenjak anak pertama, anak-anak juga adalah penyokong tegar Ummi. Merekalah yang banyak membantu dan menjadi penguat semangat Ummi dalam meneruskan perjuangan ini.

Abang Syamil tak lepas peluang nak “tambah pahala tolong Ummi” katanya. Dia memang rajin bantu Ummi bila sampai masa mengepam. Thanks Abang Syamil! 

Buat ibu-ibu rakan seperjuangan teruskan usaha murnimu itu. Bersyukurlah dengan setiap titisan emas anugerah Allah kerana tidak semua ibu bernasib baik seperti kalian yang mampu menyusukan anak seperti biasa. Doakan Ummi Ilhams ya! 

xoxo,
Ummi Ilhams
Your Breastfeeding Peer Counselor
Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB

Ummi join Pertandingan Fotografi 2019 anjuran Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB).. mana tahu ada rezeki terselit hehehe.. Ummi aim nak handsfree ekekeke..

 589 total views,  1 views today

3 Comments

Leave a Reply to Hernee Nazir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!