Family Mart Dah Bersepah Di Johor | Review Makanan di Family Marttahu kan apa dia. Bermula branch pertama Family Mart di Taman Sutera Utama, kini Family Mart boleh dikatakan dah bersepah di negeri Johor terutamanya Johor Bahru.
Ummi pun tak lepaskan peluang mencuba bulan lepas hehehe. Tapi Ummi ke Family Mart Nusa Bestari la paling dekat. Nak juga cuba Oden sebenar dari Family Mart. Nasib Mommy Ngah nak layan hehehe. Dapat semangkuk wah sedap juga. Hirup kuah tomyam panas-panas fuhhhh. Of course lah kalau nak puas hati ko buat sendiri lagi muai kata orang. Tapi sekali sekala cuba why not. Kami tapau je dengan askar-askar tak larat Ummi nak stay.
Paling Ummi rasa tak cukup satu dan termakan dua adalah Matcha Ice Cream. Ya ampun awat sedap sangat uii. Terus craving lagi nih hahaha.
Next, Ummi cuba Hanajuku Cheese. Makan sambil pejam mata. Nyumssss. Kenapa la sedap sangat.
The last one.. banana milk (banana uyu). Habis Ummi sedut hingga ke titisan terakhir hahaha.
Overall, Ummi sukalah dengan apa yang Ummi cuba di Family Mart. Ikut tekak Ummi la kan. Tekak korang Ummi mana tahu hehehe. Nanti nak ajak Babah dan The Ilhams cuba bento dan sushi memandangkan diorang dah jadi peminat sushi hehehe. Ok till then, silalah terjah Family Mart yang semakin tumbuh bagai cendawan di JB ni. Babai!
Instagram: FamilyMart Malaysia
Baca juga: Review Caramel Dalgona Sofuto FamilyMart
Ada jugaklah masuk ke beberapa FM, memang rasa macam tanak keluar ek sbb khayal tengok packaging yg comel2
kan mak inche. ehhhh dah 3 tahun baru reply hahaha
Nanti test eskrem baru dia, rasa mangga, sedap nak mateyyy hahahahaha
jawab dah 3 tahun kemudian, tak sempat makan eskrem mangga hahaha
assalamualaikum hernee….mmg dah byk family mart ni skg…nak kata semua tempat dah ada kan…seronok kalau masuk ronda2 kat dlm kedai… tempat mama yg paling terdekat kat Mutiara Rini tapi akan ada yg terdekat lagi akan dibuka di Aeon Tmn U pula…
ralit ma masuk dalam FM ni. boleh pokai.
Saya yang duduk Johor Bahru pun belum pernah lagi pergi ke family mart. Ada peluang nanti mungkin saya boleh try ke branch yang terdekat.
sila cuba ya. sekarang CU Mart pun dah tumbuh macam cendawan.