Homeschool Activities | Eksperimen Telur & Cuka

Homeschooling The Ilhams Learning Phase

Homeschool Activities | Eksperimen Telur & Cuka. Assalamu’alaikum. Ini kisah homeschool activity sebelum Ummi bersalin. Kiranya memang minggu last sebelum Ummi terdampar di hospital hehehe. Dah lama sebenarnya Ummi nak ajak The Ilhams buat projek telur dan cuka ni tapi asyik tergendala je. Akhirnya Ummi tunaikan juga.

IMG_20190302_113639

Bahan-bahan untuk menjalankan aktiviti EksperimenTelur & Cuka.

1. Telur ayam mentah
2.Cuka makan
3. Gelas kaca

 

Objektif eksperimen ini untuk anak-anak mengamati apa perubahan dan tindakbalas yang berlaku apabila telur direndam di dalam cuka.

IMG_20190302_113757

Prosesnya tersangatlah mudah. Hanya tuangkan sebotol cuka kedalam gelas yang berisi telur.

IMG_20190302_114025

Pastikan telur tenggelam dan kemudian tutupkan gelas dan biarkan selama 24 jam. Sepanjang tempoh 24 jam tu boleh la nampak perubahan yang terjadi kepada telur tu. Awal-awal pun daha nampak gelembung-gelembung udara di sekitar telur. Sebenarnya ada gambar lagi yang Ummi snap menunjukkan perubahan pada kulit telur, tapi tak jumpa gambarnya. Kelihatan warna coklat juga muncul dari kulit telur menandakan warna kulit telur terhakis akibat tindakbalas cuka.

IMG_20190302_113942

Nampak Abang Syamil yang excited dan ternganga tengok bila Ummi masukkan telur dalam cuka.

IMG_20190308_103648

Sebenarnya eksperimen telur dan cuka kami ni dah melebihi dari tempoh 24 jam. Dah jadi berhari-hari hehehe. Dan hasilnya boleh dilihat pada gambar telur di atas,.

Hasil pemerhatian dari Eksperimen Telur dan Cuka:

1. Saiz telur menjadi lebih besar.
2. Kulit telur menjadi hilang dan telur menjadi kenyal dan dapat menembusi cahaya.
3. Kulit telur akan terhakis sekiranya direndam dalam tempoh masa yang lama di dalam gelas berisi cuka.
4. Cuka membantu dalam proses pematangan telur.
5. Gelembung yang kelihatan pada telur adalah karbon dioksida (CO2). Kulit telur mengandungi kalsium karbonat, manakala cuka mengandungi campuran 4% asid asetik dan 96% air dan bertindakbalas lalu menghasilkan kalsium asetik + air + karbon dioksida. Karbon dioksida membentuk gelembung pada kulit telur.

Alhamdulillah, anak-anak suka sangat dengan eksperimen ni. Walau tak faham sepenuhnya lagi tapi bolehlah kan buat-buat pendedahan dengan ilmu sains hehehe. Ummi pun rasa jakun tengok telur yang dah hilang kulitnya tu. Memang kenyal tau bila pegang hehehe. Sejak dari Ummi bersalin dah 3 bulan ni kami bercuti dari buat eksperimen/ projek di rumah. Dah ada suara-suara halus tanya bila nak mula lagi. Ok, tunggu nanti Ummi dah ada list ni, tunggu masa terluang je la nanti ya.

Ok, that’s all our experiment. Till then, bye!

Like page: herneenazirdotcom

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!