Aktiviti Petang Ahad – Memanah Bersama Cikgu Babah

Family's Activity The Ilhams Learning Phase

Aktiviti Petang Ahad – Memanah Bersama Cikgu Babah | Assalamu’alaikum. Semenjak berkecimpung dalam dunia pemanahan.. wahhhhh ayat Ummi ko hahaha memang bila ada masa terluang weekend or weekdays Babah akan ajak dua orang hero ni berlatih memanah.

Lokasi memanah ni di sekitar kawasan office dan stor Tok Ayah hehe. Masa ni kawasan ni belum ditambak. Sambil memanah sambillah diorang main pasir. Sekarang Babah dah ada port baru, kawasan hujung jalan taman perumahan kami.

Stand memanah DIY hasil idea dan kerja tangan Babah dan pekerja Indon Tok Ayah hehehe. Guna bahan-bahan yang ada di stor. Archery Board tu Babah beli online.

Alhamdulillah Abang Ilham semakin ada improvement.

Turn Babah pulak. Gambar Syamil mana entah hehehe. Sekarang Syamil pun dah ada busur sendiri dan dah ada nama hehehe. Nanti next entri Ummi cerita. Di rumah pun dah ada ruangan khas untuka tiga orang pemanah Kelasi 7 ni hehehe.

Itu hasil latihan memanah Babah. Ummi tukang snap gambar diorang je. Pernah cuba sekali dua. Nanti dah lega-lega sikit baru Ummi belajar dengan Babah. Guna je la busur The Ilhams hehe. Lepas raya Babah kata baru dia dan Ilham aktif semula masuk kelas memanah bersama Coach Syah Rino di PEDETA -TRADITIONAL ARCHERY ACADEMY.

Ok till then, nanti sambung lagi ya aktiviti The Ilhams yang lain.

Aktiviti Petang Ahad – Memanah Bersama Cikgu Babah

Baca juga: 100+ Aktiviti Homeschool Yang Boleh Dilakukan Bersama Anak

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Aktiviti Petang Ahad – Memanah Bersama Cikgu Babah

  1. Wowwww Ummi ada cuba tak? Janji masuk circle jangan ke bukit nunn hahahaha
    Bagus memanah ni, sunnah dan sukan kesukaan Nabi ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!