Busana Jamilah “One Stop Family Boutique” Pilihan Ramai

Hari Raya Aidilfitri Ramadhan Al-Mubarak

Busana Jamilah “One Stop Family Boutique” Pilihan Ramai | Assalamu’alaikum.. Kalau dah namanya bulan puasa ni mesti masing-masing busy duk mencari keperluan raya kan. Bagi Ummi semua dah settle alhamdulillah. Pertama kali buat persiapan raya lebih awal dari biasa. Dua hari sebelum puasa kelengkapan hari raya kami anak beranak dah siap. Nanti Ummi ceritakan dalam entri khas persiapan raya. Entri ni Ummi nak cerita keterujaan Ummi menambah koleksi baju raya hehehe.

Ceritanya Ummi duk pusing-pusing Angsana Johor Bahru Mall, TERsinggah butik Busana Jamilah. Sebab TERtarik dengan baju raya yang suwit muwit warnanya. Awak ingat awak sorang ke nak bergaya dengan baju cantik Busana Jamilah? Ummi nak juga ok.

Baik butik mahu pun booth kedua-duanya penuh dengan pelanggan uiiii. Itulah faktor yang menguatkan lagi Ummi nak TERbeli baju kat sini hehehe.

Credit pic: Sis Lin

Nasib baiklah sesorang dapatlah Ummi test satu persatu bajunya. Askar-askar semua dengan Babah tunggu dalam kereta Kalau diorang ikut sekali tak sempatlah Ummi nak bergaya hehe. Dah belek satu baju ke satu baju ehhhhh.. Ummi TERbeli sepasang. Ikutkan hati nak tambah lagi sepasang, tiba-tiba rasa macam kena tampar kat pipi kiri kanan sambil dengar orang jerit..

“Uiii Ummi.. kan dah ada 4 pasang baju raya kat rumah tu? Nak banyak-banyak buat apa? Ummi ingat Ummi artis ke? ”

Ehhh.. suara Babah ke tu? Ok ok.. ni last.. lepas ni janji tak beli lagi. Kalau tak, boleh Ummi beli 2 pasang baju dari Busana Jamilah ni. Serious cantik, selesa, banyak pilihan warna dan patuh syariah.

Kalau korang yang suka lace, memang sesuai sangatlah korang beraya sambil menggayakan baju dari Busana Jamilah ni.

Lace ni high quality tau. Bukan calang-calang. Tengok pun boleh tahu la materialnya bagus ke tidak.

Busana Jamilah “One Stop Family Boutique” Pilihan Ramai

Siap boleh sedondon lagi dengan anak dara.

Kurung Amelda
Kurung Arella
Kurung Carmela
Kebaya Ezara

Ada Kurung Amelda, Kurung Arella, Kurung Carmela dan Kebaya Ezara. Korang pilih nak yang mana. Harga berpatutan dengan kualitinya. Alah membeli, menang memakai gitu.. ecehhhh.

Kalau nak tambah meriah, carikan la cik abang kurta KACAX. Konfem bergaya uolls.

Ini versi sedondon anak beranak. Aduhaii mengancam pulak warna baju ni. Sedondon habis. Kira macam one stop family boutique tau. Dari anak sampai. ke ibu ayah cari baju raya setempat je tak perlu ke tempat lain. Haaa gitewww! Memang recommended.

Cuba teka Ummi sambar kurung mana satu dan warna apa? Siapa dapat jawab Ummi bagi hadiah hehehe.

Berita baik juga untuk korang, dengan pembelian minimum RM100 di mana-mana butik/booth KACAX & BUSANA JAMILAH korang layak untuk menyertai peraduan Buy & Fly. Nak fly kemana tu? Ada 3 destinasi percutian menarik untuk dimenangi. Untuk syarat lain sila rujuk di belakang borang penyertaan. Peraduan berlangsung sehingga  dari 1 April hingga 15 Julai 2019.

Dah pergi serbu Busana Jamilah cepat sebelum melepas!

*Pembelian dengan promo code bagi customer online atau offline akan layak mendapat diskaun sebanyak 20%. Tawaran sah sehingga 27 Mei 2019 sahaja.

BUTIK BUSANA JAMILAH

Aras 4, Angsana JB Mall
Lot 4.3 berhadapan UMobile

Aras3, Angsana JB Mall
Lot No 45 & 46 bersebelahan Butik Cheza, Butik Everaph

Aras2, Angsana JB Mall
Lot 27&28 berhadapan HABIB JEWEL

FACEBOOK: BUSANA JAMILAH

INSTAGRAM: BUSANA JAMILAH

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Busana Jamilah “One Stop Family Boutique” Pilihan Ramai

  1. Umi telan ayaq luir nengok babu baby pompuan, kalau tak, Ummi dah soping sedondon dah kannn hehehehe….

    Kita boria lah gamaknya raya ni hahahahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!