Impian Bercuti Ke London Yang Best

Rambling

Assalamu’alaikum..

Apa khabar kepada semua pembaca setia blog herneenazir.com yang sentiasa di hati? Harap-harap korang sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Thanks kepada korang semua yang awesome sebab sudi baca artikel Ummi yang tak seberapa ni tapi berinformatif. Haha. Saje nak puji diri sendiri. So this time around Ummi just nak sembang dengan korang tentang angan-angan Ummi nak ke London, UK.

Sebelum kita pergi haruslah buat research dulu kan. Bila dah mula mencari info barulah Ummi tahu yang tarikan-tarikan yang ada sana telah berusia lebih daripada seabad! Kiranya penuh dengan nostalgia dan keindahan alam semula jadi yang mengasyikkan, London bukanlah destinasi pelancongan biasa tapi luarbiasa. Jangan terkejut, kat lokasi yang tidak disangka-sangka pun boleh tersorok khazanah London yang mengubah dunia dan yang mampu buatkan jiwa korang bergelora. Haha geloralah sangat kan.

Sebelum tu korang kena bukak web atau apps traveloka, korang cuba find out berkenaan emirates airlines booking sebab kat situ korang tak payah nak bayar additional booking fees. Terbaekk. Terfikir-fikir aktiviti unik yang menarik untuk dibuat semasa ada kat city London? Apa kata kalau korang sekeluarga pergi menonton filem kat atas bumbung bangunan yang berlatar belakangkan scenery pencakar-pencakar langit kat sekitar London?

Rooftop Film Club ditubuhkan untuk memberikan pengalaman out of ordinary kat mana wayang bersatu dengan scenery dan udara segara kat luar. Siapa kata nak tengok wayang mesti duduk dalam tempat tertutup? Bukan itu sahaja, kerusi yang disediakan juga sangat comfy dengan sesetengah tempat lengkap dengan headphone berkualiti tinggi untuk korang mendengar dialog tanpa sebarang gangguan bunyi. Pernah jumpa aktiviti macam ni kat Malaysia?

Korang mungkin pernah dengar tentang muzium patung lilin manusia yang realistik ni kat mana-mana bandar besar kat dunia, tapi kalau korang nak tahu Madame Tussauds London adalah muzium original patung lilin ni. Ianya mula diwujudkan pada tahun 1836 kat Baker Street London. Walaupun harga tiketnya bukanlah murah, tapi korang sekeluarga dapat mendekati ramai selebriti dan orang-orang besar kat dunia untuk bergambar dengan mereka walaupun sekadar patung. Sangat real! Kat sini terdapat lebih daripada 250 buah nama besar untuk korang ‘temui’ dan bergambar bersama. Antara tarikan menarik yang ada kat sini adalah patung lilin Prince Harry dan Meghan, yang menariknya, korang boleh memilih latar belakang kat mana korang ingin ‘menemui’ mereka, sama ada kat pantai, semasa wedding dan banyak lagi.

Leadenhall Market adalah pasar tertutup London yang terletak kat Gracechurch Street. Pasar ini merupakan salah satu pasar yang tertua wujud kat London. Berapa tua? Ianya telah wujud sejak abad ke-14 lagi! Pasar yang dulunya dipenuhi dengan jualan daging dan barangan basah yang lain kini merupakan location shopping yang padat dengan pelbagai jenis kedai seperti butik, restoran, kafe dan lain-lain lagi.

Eel Pie Island adalah sebuah pulau kecil yang bersaiz hanyalah 8 ekar yang terletak kat River Thames kat Twickenham. Walaupun kecil, pulau ini sebenarnya menyimpan sejarah yang sangat menarik untuk didengar. Untuk pengetahuan korang, pada suatu ketika dulu pulau ini pernah memiliki sebuah hotel yang terkenal dengan pelbagai pertunjukan muzik seperti Rolling Stones, David Bowie, The Who, Pink Floyd dan banyak lagi! Namun kini, hotel tersebut telah dijadikan muzium. Selain dapat melawati pulau yang pernah dijejaki nama-nama besar dalam industri muzik pada suatu ketika dulu, korang juga dapat melawat studio-studio kaki seni yang dibuka kat sini kepada orang awam dari bulan Jun ke Disember setiap tahun.

So far korang rasa banyak tak info pasal tempat-tempat yang korang boleh pergi ke London. Hopefully Ummi boleh simpan duit banyak-banyak sebab boleh travel tanpa fikir pasal kos. But no worries dengan Traveloka korang boleh book cheap flights to London online without additional booking fees and korang boleh bayar melalui Maybank2u lagi. Bestkan? Senang pun senang. So apa lagi geng, cepat kumpul duit, then book flight ticket and of course jangan lupa book hotel sekali tauu. Senang nanti korang nak plan itinerary trip korang nanti. Ehhh kita pergi London saing yok! hehehe.

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Impian Bercuti Ke London Yang Best

  1. assalamualaikum hernee…jomlah mama tumpang sekali…hahahha kena plan utk tahun depan kn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!