Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.
Hanya susu ibu sahaja dari lahir hingga genap 6 bulan (180 hari)
Perkenalkan makanan pelengkap pada usia bayi genap enam bulan (180 hari) dan teruskan menyusui bayi sehingga 2 tahun (atau lebih).
Apakah itu penyusuan secara eksklusif?
Memberi bayi hanya susu ibu sahaja dari lahir sehingga genap 6 bulan dan tidak memberi apa-apa minuman atau makanan lain (termasuk air kosong) melainkan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.
2,034 total views, 7 views today