Happy 38th Birthday To My Dearest Self! Henneh Yenneh!

My Birthday

Assalamu’alaikum..

Alhamdulillah 16 Mei 2019 bertambah seangka lagi usia Ummi. Semakin menghampiri 4 series hehe. Kekadang rasa macam tak percaya dah nak dekat 40 tahun. Itulah hakikatnya. Age is just a number bebeh! hahaha.

Terima kasih Allah untuk udara yang dihirup, untuk nikmat dan rahmat yang tak terjangkau dek akal hambaMu yang kerdil ini. Terima kasih buat bonda dan ayahanda yang membesarkan tanpa pernah berkira walau sekuman sekali pun. Tanpa mereka siapalah Ummi. Terima kasih suami dan anak-anak yang dipinjamkan buat sementara waktu. Semoga Ummi dapat menghabiskan sisa-sisa hidup yang berkat bersama kalian.

Terima kasih kawan-kawan yang sudi meluangkan masa menulis ucapan birthday untuk Ummi. Semoga Allah merahmati kalian.

Tak ada hadiah yang Ummi harapkan. Cukup kalian doakan urusan Ummi sekeluarga terutamanya Muhammad Ilham Syahid dipermudahkan oleh Allah SWT. Aammiin..

I remind myself every year on this special day how blessed I am to have been given another year to experience the wonders of this beautiful world! Allah is good! My birthday is a day I cherish and love.

TQ for the wish Mr. Google!
TQ Althea for the wish.. tak sabar nak redeem hadiah ;p

p/s Jangan tanya apa maksud “Henneh Yenneh” tu.. itu permintaan Geng Jumaat, Makcik Dilah dan Makcik Eqa.. diorang memang suka merepek.. Ummi sekadar menjaga hati diorang kahkahkah.. Entri ni Ummi scheduled tepat jam 12.45pm waktu Ummi dilahirkan secara homebirth di Kg. Tg. Kupang, Gelang Patah.. ?

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Happy 38th Birthday To My Dearest Self! Henneh Yenneh!

  1. Hepi besday Hernee…
    Moga sentiasa dirahmati Allah swt..

    Bukan google je wish, cuba ko bkk twitter, kompom kuar belon hahahaha tu pun kalau ko letak besday ko laaa di situ hehehehe

  2. Selamat hari jadi hernee…Moga apa yang diimpikan tercapai hendaknya.Kalau ada yang tak tercapai tu, maknanya Allah swt ada perkara yang lebih baik dari apa yang kita impikan.. peaceeee 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!