Demam Beyblade Dah Terjebak Ke Belum?

The Ilhams Favourite

Assalamualaikum..

Koleksi Beyblade The Ilhams

Hai mak ayah.. anak korang dah terjebak dengan beyblade ke belum? The Ilhams semenjak Ummi berpantang ni memang dah terjebak jebuk la dengan ni ha. Dah berapa ketul beyblade jadi milik diorang. Gambar atas tu koleksi yang ada. Ada juga beberapa yang dah jadi korban.

Koleksi Beyblade yang terkorban di medan tempur

Rasa bersimpul lidah nak menyebut beyblade padahal gasing je hahaha. Kiranya gasing versi moden la kan. Mula asal memang Ummi Babah tak belikan pun. Mommy Ngah yang belikan diorang dari sorang satu eh jadi sorang dua. Bila Mommy Ngah dah jual beyblade lagi kemaruk diorang nak beli.

Ummi duk perati je diorang main. Kadang ‘mak ko ijo’ juga rasabila tengok diorang main tepi playpen Adik Syahid tengah tidur. Haisyhhhh geram. Tapi apa yang bagusnya main beyblade ni buat diorang lupa dengan gadget. Syok sangat main beyblade tu kan.

Ini gasing-gasingnya. Ummi tak tahulah pasangan dia yang mana. Macam dah bersepai dikerjakan dek The Ilhams ni. Mula-mula hari tu dorang main dalam. mangkuk besen Ummi.

Stadium Beyblade

Sekali dia mengecek nak beli stadium beyblade pula. Ummi layankan je la walau dalam keterpaksaan hahaha. Ummi bukan tahu pun ada stadium bagai ni. Mommy Ngah bawa diorang ke kedai beli stadium ni. Yang macam diorang punya ni harganya RM20. Beyblade diorang tu harga lebih kurang RM15 sekotak. Ada banyak jenis rupanya. Kata Ilham lagi power lagi mahal hahaha. Gasaklah nak.

Ini aktiviti petang diorang. Hari ni hujan, tak ramai yang datang. Kalau tak menderu kekawan setaman datang ke rumah. Pukul 5 petang je ada suara beri salam tanya Ilham nak ajak main beyblade. Diorang lawan level biasa-biasa je belum tahap tournament hehehe. Tunggu la kot Ummi rajin buatkan tournament beyblade untuk anak-anak setaman ekekeke. So far, Ummi biarkan je diorang main kat luar sambil-sambil perhati dari dalam rumah.

Ummi pasang telinga, ada 3 ayat mentera sebelum diorang melepaskan gasing/beyblade ke stadium tu. Sajalah Ummi tanya Abang Ilham apa yang diorang sebut tu. Rupanya ayat-ayat mentera kat bawah ni ekekeke.

  1. 3.. 2.. 1.. Ayuhhhh.. Hancurkan!!
  2. 3.. 2.. 1.. Goooooo.. shoot!!
  3. 3.. 2.. 1.. Beyyyyyyblade!!

Memacam ek hahaha. Syamil pun kemain lagi sekarang dah pandai main beyblade dengan abang-abang besar. Geli hati kekadang tengokkan gaya budak sorang ni.

Oklah penat Ummi membebel. Janji bahagia ya anak-anak. Hati-hati je la masa main beyblade tu, jangan pepandai nak modify bagai. Satu je pesan Ummi Babah kalau bersepah beyblade tu memang je tong sampah Ummi buat hehehe.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Demam Beyblade Dah Terjebak Ke Belum?

  1. ramai anak-anak yang dah terjebak. Kalau dulu gasing ek..Sekarang makin maju.Blaybade…Harga jangan cakaplah..Ada jugak tengok mahal giler…aduiii… bertabah la ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!