Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Melembabkan Kulit Anda

Products Review

Assalamualaikum..

Apa khabar korang? Ummi sihat alhamdulillah. Ehhh tapi selsema dan batuk sikit ni..kira tak sihat la ek ekeke. Aduhaiii seksa betul nak menahan batuk ni tau.

Sambil-sambil tu Ummi nak kongsikan dengan korang produk best yang baru je Ummi cuba pada diri sendiri semenjak pregnant dan pada kulit Ilham Syamil. Produk apa? Produk NEEM BALM keluaran ZM Beauty. Ummi tak pasti korang pernah dengar atau tidak. Jangan buang masa jom kita berkenalan dengan produk best ni.


APA ITU NEEM BALM?

Neem Balm adalah sejenis balm yang dihasilkan daripada daun neem, minyak zaitun dan lilin lebah dengan fungsi utama sebagai sapuan ‘magic’ untuk kulit.


SIAPA YANG BOLEH GUNA NEEM BALM?

Neem Balm sesuai digunakan oleh semua peringkat usia dari bayi hingga dewasa dan seterusnya warga emas tanpa sebarang kesan sampingan kerana ia adalah produk 100% natural.

KESAN SAMPINGAN MENGGUNAKAN NEEM BALM?

Insha Allah tiada kesan sampingan kerana ia adalah 100% natural.

BERAPA HARGA NEEM BALM?

Harga Neem Balm adalah RM45 tidak termasuk postage beserta free gift berupa termometer exclusive ZM Beauty (sah sehingga 10,000 pcs pertama sahaja).

TESTIMONI UMMI & SYAMIL SEBAGAI PENGGUNA NEEM BALM

Sepanjang pregnant yang lepas, Ummi ada mengalami alahan kulit kering pada lutut kiri. Ummi dah ikhtiar beberapa krim organic tetap tak mujarab sehingga lah Ummi cuba Neem Balm keluarkan ZM Beauty ni. Alhamdulillah, alahan kulit Ummi dah semakin pulih, kulit Ummi kembali lembab. Berbeza sangat masa tengah alahan teruk tu, kulit jadi kering dan gatal. Gambar bukti tiada ya harap maklum hehe.

Ni kes kedua.. Ummi duk membelek tangan Syamil tetiba Ummi tengok ada satu bahagian yang kering. Cepat-cepat Ummi ambil Neem Balm dan sapu pada kulit kering tu. Alhamdulillah dah pulih dah kulitnya nampak lembab dan sihat.

Kalau korang antara 10,000 pelanggan yang terawal korang berpeluang mendapat termometer eksklusif ZM Beauty macam yang Ummi dapat ni. Yeay! Boleh standby untuk check suhu badan adik baby.

Oklah, kalau korang ada masalah kulit kering dan berminat untuk dapatkan produk NEEM BALM ni, korang boleh klik link di bawah ni ya:

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Melembabkan Kulit Anda

  1. Memamg best pakai Neem Balm ni, bau dia pun segar aje…lembab kulit jadinya kalau pakai Neem Balm ni …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!