Jom Tolong Ummi Packing Baju Baby

Ilham's Bonding Time Pregnancy Journey

Assalamualaikum..

Alhamdulillah baju-baju baby dah siap packing beberapa minggu lepas dibantu oleh abang-abang yang super duper excited nak tunggu kelahiran adik yang special ni.

Ummi siap-siap susun ikut kategori. Eceh Ummi awak punya skema kategori kata dia hahaha. Ummi susun sesiap ikut set. Satu set mesti ada baju seluar, diaper, barut, mitten & bootie dan bedung. Ummi guna plastik IKEA untuk memudahkan Babah nanti. Siap tampal label.

Abang-abang tolong masukkan dalam plastik IKEA. Nak masukkan ni pun kena ada giliran dan pembahagian plastik kena saksama ok. Kalau tak salah sorang tu nanti merajuk hahaha hati tisu macam Ummi ?? Macam biasalah anak-anak ni bila maknya nak melahirkan adik baru, emosi diorang pun terkesan. Mungkin rasa insecure. Takut Ummi dah tak sayang diorang. Mana mungkin Ummi tak sayang. Ummi letak kesabaran sampai langit ketujuh nak mendapatkan korang.. ujian demi ujian.. dan menyabung nyawa nak lahirkan korang. Ehhh Ummi pula terlebih emo ?

Setelah bergilir-gilir packing dengan gaya masing-masing, maka siaplah baju untuk adik baby. Ummi plan nak buat entri baru untuk ‘Persiapan Pakaian Ibu dan bayi Ke Hospital’ tapi belum ada mood lagi hahaha.

Ok ini final, ada 6 set baju utk adik baby. Di FB Ummi ramai duk cakap beg besar dan banyak macam nak pergi holiday. Ummi ada sebab kenapa Ummi bekal baju lebih bukan saja-saja nak menyusahkan Babah usung beg banyak. Well, Babah pun ok je, janji semua in order. Semuanya untuk memudahkan urusan kami. Tak semua akan dibawak masuk ke wad. Sebahagian akan ditinggalkan dalam kereta. Jadi tak perlulah nak penatkan Babah nak ulang alik dari hospital ke rumah. Kami pun tak tahu ujian Allah bagi selepas kelahiran nanti. Mohon doakan yang baik-baik ya. Harap-harap semuanya dipermudahkan. Ummi pun tak nak duduk lama-lama di hospital. Panjang pula ulasan Ummi hahaha.

Thanks abang-abang tolong Ummi packing baju adik baby. Nanti adik baby dah keluar rajin-rajin tolong Ummi ya. Semoga Allah pelihara anak-anak Ummi walau dimana mereka berada ??

Loading

Related Posts

13 thoughts on “Jom Tolong Ummi Packing Baju Baby

  1. Alahai memasing dah tak sabar ek nak dapat adik..
    Moga dipermudahkan semuanya Her..

    Sis ko dulu, bawa bakul-bakul sekali ke spital, baju plak balut dengan lampin punjut2punjut hahahah zaman dulu mana ada jual plastik macam ko tu..

  2. rajinnya ummi dan abang2 ilham.. saya bawak 2 pasang je sebab saya bersalin kat gomen. nanti pakai baju hospital je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!