Resepi Kerabu Kerang Simple & Sedap

Assalamualaikum..

Menu hari ini.. BUKAN Dari Dapur Hernee Nazir. Semuanya ditaja oleh Dapur Nenek hehehe. Semalam Ummi duk share resepi Kerabu Kerang dari FB Seminit Resepi. Berangan nak suruh Babah cari kerang pagi ni, tup tup malam tadi Nenek kata esok dia buatkan. Ya ampun. Ummi tak buli Nenek tau.

Ok resepi ni Ummi parking sesiap dalam. blog. Nanti nak buat sendiri.

== Bahan-bahan ==

1kg kerang
4 biji bawang putih
1 biji bawang besar
5 batang cili padi
3 tbsp sos ikan
10 tbsp air limau nipis
3 tbsp daun ketumbar
2 tbsp gula
2 batang serai
Air secukupnya

== Cara-cara ==

Rebus kerang air dengan serai hingga kerang masak.

Sejukkan kerang dengan air ais dan kupas separuh kerang.

Dalam kuali lain, masukkan bawang putih, bawang besar, daun ketumbar, cili padi, air limau nipis, gula dan sos ikan.

Masak seketika dan masukkan kerang. Sedia dihidang.

==

Sampai je Kerabu Kerang terus Ummi bedal sikit hahaha. Sedap.. thanks bebanyak Nenek. Bukan kerabu kerang je Nenek bagi, pakej mee goreng basah sebab semalam Ummi terbayang mee goreng basah pedas.

Sekali Nenek. bagi amekawwww berdesing terus telinga haha. Mee goreng basah Nenek meriah dengan sotong dan udang.

Tak dilupakan pakej lauk cucu-cucu. Kari Ayam versi Nenek. Thanks Nenek. Kemain heaven Ummi masak nasi je hari ni eh hehe. Pagi tadi sarapan nasi goreng. Dapur tetap berasap.

Oklah, korang yang nak cuba buat kerabu kerang boleh la cuba resepi kat atas tu ya. Nanti kalau Ummi buat sendiri Ummi. post lagi ok. Babai!

Credit Resepi: Seminit Resepi

Credit Masakan: Nenek The Ilhams

424 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Resepi Kerabu Kerang Simple & Sedap

Leave a Reply to Hernee Nazir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *