Breastfeeding | Cara Melakukan Oral Stimulation Therapy Untuk Bayi Bermasalah Keliru Puting

Info Susu Ibu

Breastfeeding | Cara Melakukan Oral Stimulation Therapy Untuk Bayi Bermasalah Keliru Puting – Assalamualaikum. Hari ni Ummi nak kongsikan Cara Melakukan Oral Stimulation Therapy bagi bayi yang mempunyai masalah keliru puting. Ilmu yang sangat bermanfaat buat ibu-ibu.

Jika bayi mengalami masalah keliru puting, bukaan mulut yang kecil, sukar melekap semasa menyusu, bolehlah praktiskan oral stimulation theraphy.

Dalam video berikut, Doktor Hairin Anisa menunjukkan langkah demi langkah untuk membuat oral stimulation theraphy ini.

Ibu boleh buat sendiri kepada bayi di rumah sebagai langkah intervensi awal mengatasi masalah keliru puting. Jika bayi anda normal dan dapat menyusu dengan baik, tidak perlu membuat oral stimulation therapy ini. Hanya dilakukan jika bayi anda enggan menyusu secara direct.

Baca juga: Ulser Mulut Bayi

Berikut cara membuat oral stimulation theraphy:

1. Pastikan tangan dan jari dicuci bersih, kuku dipotong pendek.

2. Gunakan jari manis atau jari kelengkeng sahaja sesuai dengan saiz mulut bayi.

3. Basahkan jari dengan sedikit susu ibu.

4. Mulakan dari dalam mulut ke luar.

5. Gosok gusi seperti menggosok gigi.

6. Gosok dan urut bahagian pipi dalam mulut.

7. Urut juga atas lidah dan bawa lelangit bayi.

8. Buat sehingga lidah bayi aktif, menolak jari dan juga menghisap.

9. Selesai bahagian dalam mulut, urut atas mulut, bawah mulut, tepi mulut dan pipi bayi.

10. Mungkin perlu dibuat berulang kali sehingga masalah penyusuan selesai.

Untuk lebih perincian, boleh lihat video ya. Jom LIKE page Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB dan SHARE kan video ini semoga bermanfaat untuk ibu-ibu diluar sana.

Support Breastfeeding! ???

Breastfeeding | Cara Melakukan Oral Stimulation Therapy Untuk Bayi Bermasalah Keliru Puting.

Baca juga: Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Klinik Kesihatan Desa Paya Mengkuang (1 – 7 Ogos 2020)

Loading

Related Posts

3 thoughts on “Breastfeeding | Cara Melakukan Oral Stimulation Therapy Untuk Bayi Bermasalah Keliru Puting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!