Pertandingan Mewarna Peringkat Anak-Anak Hernee Nazir

Homeschooling My Hero Kechik - Ilham Syahmi My Hero Kechik - Ilham Syamil

Assalamualaikum..

Tajuk Ummi kemain poyo ek hehehe. Ini aktiviti masa cuti sekolah Ummi buat untuk The Ilhams. Saja ajak diorang mewarna super heroes yang Ummi print out lebih masa SGM yang lepas.

Nampak tu bersemangat nak warna sebab memasing request nak pakai pensel warna baru. Ingat Ummi nak bagi ke? hahaha. Ummi bagi diorang pakai crayon baru je. Jangan kecam ya cara Abang Ilham pegang crayon tu. Dia bila time terlupa gitulah gaya dia pegang pensel ke pensel warna ke. Kalau kita tegur dia boleh lagi betulkan cara pegang pensel tu.

Abang Syamil nampak bersemangat nak mewarna. Ummi rasa ini sesi paling tekun. Dia ni sejenis pemalu, nak suruh baca ABC 123 pun kadang-kadang malu tau. Alhamdulillah ni dia dah ok, duduk sesorang pun kekadang nyanyi lagu 123. Yang menariknya, sebelum ni Syamil pun kidal. Tapi akhir-akhir ni Ummi tengok dia dah mula menulis dengan tangan kanan. Ummi ok je, tangan kanan ke kiri ke masing-masing Allah jadikan ada kelebihannya.

Hasil mewarna Syamil. Ehhh muka kemain lagi serius eh hahaha.

Hasil mewarna Abang Ilham.

Semua hasil kerja kita tampal kat notice board Abang Ilham sementara belum naik sekolah masa tu memang kosong la board tu kan. Kalau dah naik sekolah notice board tu Ummi suruh dia tampal surat-surat dari cikgu. Senang nanti Ummi Babah nak buat rujukan.

Ok, end of the session.. dua-dua pun pemenang pertandingan mewarna ni hehehe. Tak ada yang kalah hehehe. Batman dan Spiderman dapat peruntukan tukar costume warna pelangi tu yang semacam meriah warna baju diorang hehe.

Ok next, Ummi nak ajak diorang pasang dinosaur dari buku dinosaur yang Ummi belikan. Tapi tak tahu bila siap hehe. Stay tuned!

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Pertandingan Mewarna Peringkat Anak-Anak Hernee Nazir

  1. hahaha…unik betul the ilhams ni, yang sorang kaler spiderman elok, sorang lagi cincai…yang sorang kaler batman elok, sorang lagi cincai..saling melengkapi gituuuuu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!