FootGolf Pertama di Johor Bahru Hanya di Pulai Springs Resort

Blogger Invitation Info Sharing

Assalamualaikum semua..

Minggu lepas Ummi berpeluang menyaksikan perasmian FootGolf pertama di Johor Bahru iaitu di Pulai Springs Resort. Wahhhh memang teruja tau tengok diorang beraksi. Maklumlah baru pertama kali permainan ni wujud di negeri Johor dan kedua di Malaysia. Kiranya Pulai Springs ni antara yang pertama memperkenalkan permainan FootGolf. Nasiblah Ummi ni tengah memboyot bawa perut kalau tak memang Ummi join sekali tendang bola keliling padang golf tu tau hehehe.

Short video khas sebagai preview sepanjang aktiviti FootGolf tempohari.

Pulai Springs Resort telah menggabungkan dua tarikan utama iaitu bola sepak dan golf untuka mewujudkan satu aktiviti yang menyeronokkan untuak semua iaitu FootGolf. 
Pulai Springs Resorts dengan kerjasama FootGolf Malaysia telah menawarkan lokasi pertama sukan FootGolf di Johor. FootGolf merupakan sukan yang telah berkembang sejak sedekad yang lalu di seluruh dunia. Ia merupakan acara sukan yang menggabungkan antara kedua-kedua permainan iaitu golf dan bola sepak. Namun begitu, peraturan permainannya lebih kepada permainan golf. 
Semua tetamu jemputan dijemput mencuba sendiri permainan FootGolf di Pulai Springs Resort bersama Encik Sunny Soo, Pengurus Besar Pulai Springs Resort dan Pengarah Urusan FootGolf Malaysia Mr. Jason Winter.
Taklimat keseluruhan permainan telah diberikan kepada semua pemain sebelum mereka berpeluang mengujia 9 lubang (9 holes) footgolf di padang golf.
Pemain wanita sedang bersedia mengambil giliran untuk menendang bola sepak saiz 5 ke dalam cawan (cups) atau dkenali sebagai lubang berukuran 21 inci. Pemaian yang dapat melengkapkan permainan dengan tendangan paling sedikit adalah dikira sebagai pemenang.

Team wanita sempat posing.. sporting sangat diorang ni 😉

Setiapa peserta dibekalkan dengan ‘score card’ yang tertera maklumat peserta serta jumlah score.

Juga disediakan Pulai Springs FootGolf Course Layout untuk rujukan pemain.

Korang tidak semestinya perlu mempunyai pengalaman bermain golf. Semua orang layak bermain footgolf selagi korang boleh menendang bola.

Pemain sedang gigih merekodkan jumlah tendangan masing-masing.

Ms. Michelle sedang beraksi disaksikan oleh pemain-pemain lain yang menanti giliran tendangan.

Barisan ‘orang-orang kuat’ Pulai Springs Resort dan FootGolf Malaysia yang juga tidak melepaskan peluang beraksi.

Kami sangat teruja dan bangga kerana melancarkan padang footgolf pertama dia bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Keindahan sukan ini ialah sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dan berseronok ~ Mr. Sunny Soo, Pengurus Besar Pulai Springs Resort
Ini adalah inisiatif baru yang hebat iaitu penggabungan bola sepak dan golf serta sukan yang menyeronokkan bagi semua lapisan masyarakat. Ia sesuai untuk menggalakkan gaya hidup sihat. Permainan ini mempunyai peraturan yang sama seperti golf dan hampir semua orang boleh bermain termasuk dewasa dan kanak-kanak. Anda tidak boleh kehilangan bola, anda tidak memerlukan peralatan mahal dan anda tidak memerlukan latihan ~ Mr. Jason Winter, Pengarah Urusan FootGolf Malaysia.

< p style=”text-align:center”>Acara terakhir penyampaian hadiah kepada pemenang bagi kategori lelaki dan wanita.

< p style=”text-align:center”>Tempat kedua, Ms. Daisy dari Iskandar Regional Development Authority (IRDA)

Tempat pertama, Ms. Michelle Lew.

Pemenang kedua kategori lelaki.

Pemenang pertama kategori lelaki, tuan guru besar.

Ummi ronda separuh je padang golf, selebihnya Ummi tumpang naik golf buggy hehe. Semput nak ronda habiskan 9 holes tu kalau berjalan. Ok harap maklumat di atas dan dibawah ni dapat membantu korang yang berminat nak mencuba permainan FootGolf ni. Cuba tau! Memang menarik. Ummi nak ajak Babah dan The Ilhams ke sini mencuba skill bermain footgolf nanti hehe. Ok baca harga promo kat bawah tu.

FOOTGOLF PULAI SPRINGS RESORT, JOHOR BAHRU

Masa:

8.00am to 12.00noon (sesi pagi)

12.00pm to 6.00pm (sesi petang)

HARGA PENGENALAN FOOTGOLF

9 HOLES:

✔ Hari Biasa (Isnin – Jumaat) KadarBiasa: RM20+ seorang
✔ Hujung Minggu (Sabtu & Ahad) Kadar Biasa: RM30+ seorang

18 HOLES:

✔ Hari Biasa (Isnin – Jumaat) KadarBiasa: RM30+ seorang
✔ Hujung Minggu (Sabtu & Ahad) Kadar Biasa: RM45+ seorang

Dapatkan kadar istimewa bagi yang berkumpulan.

Pemain boleh memilih untuk membawa bola sendiri atau menyewa.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan slot anda, boleh kunjungi website 

http://www.pulaisprings.com/Promotions/Promotions/FootGolf-at-Pulai-Springs-Resort

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!