Anak Dapat Result Exam Teruk.. Ibu Ayah Tolong Jangan Stress!

Rambling

Assalamualaikum..

Tajuk Ummi tu macam pakar motivasi lagaknya hahaha. Ehhh.. taklah. Saja Ummi nak cuba bagi pendapat sendiri sebagai ibu yang anak baru je setahun melangkah ke alam persekolahan. Pendapat Ummi mungkin tak sama dengan pendapat orang lain, sila raikan pendapat masing-masing ya. Idea nak meluahkan rasa ni sempena musim cuti sekolah yang bersaing dengan result exam akhir tahun hari tu.

Pada Ummi, bila dapat result exam anak yang agak teruk ibu ayah tak perlu sakit otak nak stress gila lagi-lagi bila anak tu baru je melangkah ke masuk darjah 1. Kadang-kadang ada sesetengah ibu ayah yang nak anak dia dapat nombor 1 dengan A yang beratur dari atas ke bawah. Bila anak tak mampu capai target ibu ayah sudahnya ibu ayah yang stress. Bila stress anak jadi mangsa. Pada Ummi kalau anak tu baru setakat darjah 1, 2, 3 jangan lah terlalu didesak dipaksa untuk ikut kehendak ibu ayah. Ummi sangat yakin anak-anak kita semua Allah cipta dengan kelebihan tersendiri. Takut nanti anak-anak stress dan buat sesuatu tindakan diluar kawalan. Menyesal tak sudah. Nak dapat anak bukan senang dik non.

Kurang cemerlang dalam bidang akademik tak bermakna mereka tak boleh cemerlang dalam bidang lain. Sebagai ibu ayah kita kena cari mana kelebihan dan potensi anak-anak kita. Lagi satu, tak perlu berlumba-lumba dengan anak orang lain. Jangan bezakan pencapaian anak-anak kita dengan orang lain. Cari bakat lain anak-anak kita dan gilap. Raikan kejayaan akademik mereka dengan gaya kita. Jangan kecewa kalau anak tak naik pentas ambil anugerah untuk kecemerlangan akademik mereka. Kita raikan mereka di rumah itu dah mencukupi dan membahagiakan mereka.

Ummi tak kisah pun Ilham dapat nombor berapa dalam kelas di sekolah kebangsaan mahu pun sekolah agama. Walaupun tak dapat nombor satu tapi keputusan yang Ilham dapat tu dah cukup membanggakan Ummi Babah. Ummi Babah tetap bagi pujian atas usaha Ilham tu. Silibus pembelajaran zaman Ummi Babah tak sama dengan zaman Ilham yang lebih advanced.

Panjang pula Ummi membebel, harap jangan kecam pendapat Ummi ya. Marilah raikan kejayaan anak-anak kita dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Perjalanan kehidupan anak-anak kita masih panjang lagi. Banyak lagi cabaran akan datang. Let them enjoy their kids life. I think the best thing we can do for our children is to allow them to do things for themselves and allow them to experience life on their own terms. I’m not the best mother, but I try to be the good one! Banyak lagi yang Ummi Babah kena belajar. Masih banyak kekurangan dalam bidang keibubapaan. Sama-samalah kita belajar untuk jadi ibu bapa yang terbaik di mata anak-anak.

Oh sebelum terlupa, Abang Ilham punya request selepas dapat result exam boleh tahan gempak. Dia request nak hadiah dompet dan “makan kat kedai warna hitam dekat Legoland yang ada ikan sedap tu”. Bersimpul otak Ummi memikirkan makan kat mana, rupanya nak makan kat Absolute Thai hahaha. Amboiiii kemain demand hahaha. Hadiah dompet dah pun Ummi tunaikan semalam. Babah belikan dompet transformer di pasar malam. Nak makan-makan nanti weekend lepas ke Dinosaur Kingdom kita makan ya.

So mommies and daddies out there, don’t be stress ok. Tenang-tenang sudah dalam masa yang sama kita pantau prestasi anak-anak kita. Ok till then, penat bebel. Babai!

 

Related Posts

4 thoughts on “Anak Dapat Result Exam Teruk.. Ibu Ayah Tolong Jangan Stress!

    1. kan dilah..tenang2 je..ni result upsr keluar hari ni..harap2 xde ibu ayaha yg stress..

  1. kan point akk bg tu sebijik penah adin ckp jgk..hargai anak & cari potential dlm diri anak..lebih pd akademik, vokasional atau minat blaja tahfiz ke..tgk kt fb ramai suka tayang result anak berderet A..maybe tempias mak2 xdpt A jadi stress tgk anak xde A..hehe

  2. betul jugak tu.kita tak payah nak banding² kan akademik anak.Setiap anak ada kelebihan diorang memasing.Janji kita dah usaha berikan yang terbaik untuk mereka.Dan mereka pun dah lakukan yang terbaik untuk diri mereka.BIla kita selalu menghargai mereka,mereka akan rasa ingin dapat lebih pujian dan akan lakukan yang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!