Manjakan Kulit Muka Dengan Althea Milk Peel Cream Mask

Beauty

milk peel cream mask.png

Assalamualaikum..

Petang-petang hujung minggu tak ada kerja marilah kita membelai kulit muka. Eceehhhh.. Sekali sekala nak juga Ummi ber”mask” bagai kan hehehe. Pilihan Ummi of course produk kecantikan Althea Korea dan nak lebih spesifik lagi produk terbaru, “Milk Peel Cream Mask” yang super duper best ni. Barang-barang kecantikan Althea ni memang best tau. Kalau dah terjebak satu maka berderet-deret lagi la korang boleh terjebak hehe. Jom lah kita berkenalan dengan Milk Peel Cream Mask ni.

ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK

Milk Peel Cream Mask adalah produk eksklusif terbaru dari Althea. Ianya mengandungi ekstrak AHA dan BHA, membantu pengelupasan kulit yang lembut tetapi efektif untuk menanggalkan sel kulit mati. Ia dirumus dengan ekstrak protein dari susu untuk merangsang semula dan melembapkan kulit. Hasilnya kulit menjadi lebih sihat dan lebih anjal. Yang paling best Milk Peel Cream Mask ni sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Kandungan sebotol Milk Peel Cream Mask 50ml dengan harga RM36. Murah je kan. Pada Ummi memang harga mampu milik la.

BAHAN-BAHAN UTAMA YANG TERDAPAT DALAM MILK PEEL CREAM MASK

  • Ekstrak protein susu – Melembapkan dan menguatkan kulit
  • AHA & BHA – Mengelupas sel-sel kulit mati dengan lembut untuk kulit licin
  • Kaolin – Meretoksifikasi dan mengeluarkan kotoran dari liang-liang

MILK PEEL CREAM ALTHEA SESUAI UNTUK:

  • Jenis kulit kombinasi (Combination Skin Types)
  • Pembesaran pori-pori
  • Kuit kasar dan sensitif yang memerlukan pengelupasan lembut
  • Kulit kering yang perlu dilembapkan walaupun selepas mengelupas

CARA MENGGUNAKAN MILK PEEL CREAM MASK

Lembapkan bahagian kulit muka dan sapukan Milk Peel Cream Mask ke bahagian kulit muka. Urut sehingga keluar buih dan biarkan selama lebih kurang 30 saat hingga 60 saat sebelum dibilas dengan air suam. Korang akan rasa gelembung-gelembung buih pada kulit (self-bubbling clay texture) yang mana membantu menanggalkan sel-sel kulit mati. Nampak tak tu, ada gelembung-gelembung pada tangan Ummi haaaa itulah self-bubbling clay texture tu.

Overall, Ummi sangat recommend produk ni pada korang. Memang best tau dengan harga yang berbaloi. Dah jangan berlengah kalau nak mencuba bolehlah jengah-jengah sambil cuci poket di website Althea Korea. Link semua ada di bawah untuk rujukan korang ya.

PENGHANTARAN PERCUMA untuk semua produk eksklusif Althea dengan menggunakan CODE: PBSHIP 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, korang boleh jengah link di bawah ya:

Website : http://althea.kr/ 
Instagram : https://instagram.com/altheakorea
Facebook: https://www.facebook.com/altheakorea

Related Posts

2 thoughts on “Manjakan Kulit Muka Dengan Althea Milk Peel Cream Mask

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!